Tuesday, August 3, 2021

DIAZ: OUT OF OPTIONS, NOT COURAGE

 


Kesang Tua, where we grew up, is merely a typical Malay kampung which sees and experiences minimal impact of urbanization and economic opportunities. Life would go on day by day without any unusual happenings around until suddenly a pinhead dropped that put Kesang Tua on the world map through an unprecedented triumph of Hidilyn Diaz, a Filipino weightlifter who secure a gold medal in the Tokyo Olympics 2020.


Melaka state as where it is located, itself is a historical state with abundance of historical sites back to the days of Portugal, Dutch and British colonializations. The Melaka Sultanate also posed a reign of excellence in trade and Islamic religious centre for the entire archipelago.







Kesang Tua offers no mystical charms or any magical spell that fills the air around that became the main ingredient of Diaz’s success. Her victory denotes courage, guts and perseverance to give her all for her country despite being trained in a Malay kampung where facilities are scarce so are the city social life which she may enjoy if she would have been in Kuala Lumpur.


Through the efforts of Ahmad Janius and his wife Rafidah, the youngest of our siblings, Hidilyn was ferried to Kesang Tua since February 2020 to fill her strict training schedule for the prestigious Olympic Games. Though minimal training facilities, the team has to make the best of what our kampung residence had to offer; basic ‘training garage’ and a place to stay.


Maybe COVID19 was fated to put her in this situation, but her spirit and determination exceeds all obstacles that she has to face.  Given all these, she quenched a 97-year Philippines thirst for gold medal in the Olympics.


Kesang Tua is our birthplace and will always be nostalgic to us as it is where we saw our parents, Cikgu “Mat Long” and Hajah Rahmah toiled their blood, sweat and tears to raise us up, received our spouses, grieved for lost lives and learnt to lead our youthful life through thick and thin.


For Hidilyn however, Kesang Tua will prevail as a reminiscence of the beginning of her journey to achieve a beacon in her life.


Kudos to Hidilyn Diaz from the family of Cikgu “Mat Long” and Hajah Rahmah and may you reach further heights in what you do best.


Hidilyn’s success is a classic lesson to be learnt by all our athletes; courage, confidence, perseverance, disipline and team spirit surmount all obstacles.

Thursday, October 16, 2014

BADUT-BADUT PAS PKR YANG BAKAL HANCURKAN ISLAM DI MALAYSIA

Baru kini Kerajaan Indonesia menyebelahi golongan agama yang meminta Mahkamah Persekutuan tidak tunduk pada cabaran dalam petisyen untuk menggugurkan Undang-undang Perkahwinan 1974 yang mahukan pengiktirafan perkahwinan antara agama.
Perkahwinan antara agama sudah menjadi perkara yang lumrah di negara yang lebih 90 peratus rakyatnya beragama Islam itu.
Kes yang paling sukar dilupai adalah melibatkan artis Lydia Kandou dan Jamal Mirdad. Jamal Mirdad Islam manakala Lydia Kristian.
Walaupun tidak mendapat pengiktirafan selama ini, namun kini ia telah dicabar oleh sekumpulan penuntut-penuntut undang-undang Universiti Indonesia supaya perkahwinan antara agama dibenarkan agar ia memudahkan urusan perkahwinan dan perceraian.

Kita kena akui bahawa Malaysia mempunyai sistem pengurusan yang terbaik dari segala aspek dari aspek ekonomi (pengurusan harta), sosial dan juga kekeluargaan. Badan-badan agama di negara ini telah berjaya menggaris dan melaksanakan undang-undang yang memelihara aqidah umat Islam dan memenuhi hak-hak waris yang terlibat dalam apa jua kemaslahatan umat.
Malaysia tidak seperti Indonesia yang punya ramai penganut agama Islam, malah melebihi seluruh penduduk Malaysia tetapi hak beragama mereka agak longgar dan kelihatan seperti tidak terpelihara mungkin atas faktor-faktor kelalaian mengambil mudah.
Dalam sebuah negara yang punya ramai penganut agama Islam, undang-undang Islam boleh dicabar oleh segelintir rakyat yang mungkin berlainan agama yang mahu melihat Islam itu dicemar kesuciannya. Proses ini telah berlalu berdekad-dekad lamanya dan seorang orientalis terkenal Shnuck Groenger telah berjaya mencetuskan kekeliruan dan huru-hara di kalangan penganut Islam di seluruh rantau Indonesia.
Proses ini masih berjalan dan usaha yang dilakukan untuk mengiktiraf kahwin antara agama ini adalah salah satu dari proses untuk memusnahkan Islam di negara yang punya penduduk Islam teramai di dunia.
Mungkin inilah sebabnya Malaysia juga telah menjadi sasaran mereka yang mahu mencabar keuntuhan perundangan Islam yang terbaik di kalangan negara-negara OIC.
Kemusnahan Islam mengikut sejarah sering dilakukan dari dalam dan tidak hairan banyak pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri di Malaysia bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mencetuskan perpecahan dan huru-hara antara umat Islam. Akhir-akhir ini mereka hampir berjaya untuk memusnahkan ketumbukan politik orang Melayu Islam apabila BN, dalam dua pilihanraya umum tidak berjaya meraih sokongan padu, walaupun dari umat Islam sendiri.

Umat Islam di negara ini telah dikelirukan dalam pelbagai sudut, politik, ekonomi dan agama sendiri bila PAS dengan terang-terang menolak perpaduan dengan UMNO yang sama-sama Islam dan menjalin hubungan yang kuat dengan parti DAP yang jelas mahu menghancurkan Islam!
Nasib baik kita punya perlembangaan yang utuh yang perlu di pelihara dan helaian-helaian keramat inilah yang mahu dimusnahkan agar memudahkan kerja mereka untuk menghancurkan terus umat Islam di negara ini.
Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat telah dimansuhkan dan kini Akta Hasutan pula hendak dimusnahkan, padahal inilah undang-undang yang telah memelihara keharmonian negara selama ini. Parti-parti yang majoritinya dianggotai oleh orang Melayu, PAS dan PKR bakal menjadi agen pada kemusnahan Islam di Malaysia jika mereka terus meletakkan diri mereka di papan pemotong DAP.
Kepada pendokong politik dari pembangkang, jadilah pembangkang yang baik dan ikhlas dalam menegur dan saya berdoa agar petualang-petualang agama dapat dihapuskan dari muka bumi ini dan mengekalkan Malaysia dipimpin oleh orang Islam sehingga kiamat.

Saturday, September 27, 2014

Amikaw PKR-Titah Penuh DYMM Sultan Selangor

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.
Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13.
Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.
SultanKemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.
Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat.
Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.
Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.
Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.
Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna.
Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.
Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.
Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.
Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.
Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.
Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini.
Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.
Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.
Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.
Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.
Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini.
Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.
Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru.
Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka.
Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.
Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor.
Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.
Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.
Sekian.

Monday, September 22, 2014

PAS BERTELANJANG DI PENGKALAN KUBOR

Walaupun keputusan PRK Pengkalan Kubor nanti tidak memberikan apa-apa impak yang besar pada senario politik negara ataupun Kelantan tetapi satu perkara menarik yang pasti kita mahu lihat adakah trend pengundi di sini kali ini.
Almarhum Noor Zahidi telah meletakkan tahap 
tertinggi dalam memberikan khidmatnya kepada 
masyarakat Pengkalan Kubor
BN, melalui calonnya Almarhum Noor Zahidi Omar pada PU 2013 telah meraih majoriti sebanyak 1736 undi mengalahkan calon PKR pada masa itu, Saharum Ibrahim, manakala calon bebas Izat Bukhari telah hilang wang deposit dengan hanya meraih 65 undi.
Noor Zahidi juga telah memberikan perkhidmatan terbaik sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Tetapi kali ini calon BN, Ustaz Mat Razi Mat Ail berdepan dengan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Kelantan adalah merupakan kubu hidup mati parti Islam itu. Satu lagi calon yang bertanding adalah calon bebas  Izat Bukhari yang bertanding untuk kali kedua.
PAS kini bergelut dengan isu-isu prinsip parti yang telah dinodai oleh DAP dan PKR sejak berada di dalam Pakatan Haram.
PAS telah berdepan dengan pelbagai dilema yang mengundang pelbagai spekulasi dan perkembangan yang tidak sihat sebagai sebuah parti Islam.
Daripada penggunaan kalimah Allah, isu LBGT, isu liwat Anwar Ibrahim, terpaksa menyokong caln wanita DAP di Teluk Intan, strategi langkah Kajang yang dibuat sendirian oleh PKR dan DAP yang terus membabitkan perlantikan Menteri Besar Selangor.
PAS seperti sudah tenggelam punca apabila keputusan Majlis Syura tidak langsung dipedulikan dan dua ADUN mereka Saari dan Hasnul telah melanggar bai'ah dan menyokong keputusan PKR ingin melantik isteri KETUM PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Isu-isu ini adalah isu yang terbesar yang membabitkan PAS selepas isu video aksi Setiausaha Agungnya Mustafa Ali pada tahun lalu.
Tetapi apakah pengundi di Pengkalan Kubor termakan akan isu-isu ini? Apakah pengundi Pengkalan Kubor akan hanya mengabaikan isu-isu ini dengan ketaksuban yang tebal? Apakah isu royalti yang digembar-gembur oleh PAS akan memberi kesan yang positif buat PAS?
PAS kini sedang bertelanjang akibat sikap dan prinsipnya yang tidak 
menentu akibat keghairahan untuk bertahaluf dengan puak 
sekularis, sosialis dan anarkis
Isu-isu terkini telah menelanjangkan PAS akan sikap Presidennya, Timbalan Presidennya, apa tah lagi Setiausaha Agungnya yang telah mendahului, Ahli-ahli jawatankuasa pusatnya dan gelagat Anwarinas yang sudah terang-terangan dibuktikan.
Kita lihat sahaja keputusan PRK Pengkalan Kubor nanti sebagai kayu pengukur sikap pengundi dan penyokong PAS samada mereka sanggup bertelanjang sekali atau mahukan perubahan yang dijanjikan BN.


Sunday, September 21, 2014

Parti Bahalol Parti Tolol

Kalaulah ada satu badan yang menilai parti-parti politik sudah pasti bagi kategori parti paling bodoh adalah Parti Islam Setanah Melayu, atau PAS.
Lagak alim atau lagak bodoh?

Adat orang berniaga mahu untung tapi kalau ada peluang dilepaskan begitu saja, baik tutup perniagaan. Adat berpolitik adalah untuk berkuasa dan pengaruh tapi bila ada peluang untuk mendapatkannya dilepaskan sahaja lengkap dengan usul dalam muktamarnya.
PAS parti yang jadi bola yang disepak ke kiri kanan atas dan bawah. 

Sebagai sebuah parti yang lama PAS hanya wujud dari sebuah parti yang memperjuangkan Islam kepada sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan yang kelam bila bersama puak yang jelas menentang Islam dan puak yang bersekongkol dengan gerakan Zionis.
Bagi menghalalkan perjuangan songsang ini PAS yang kononnya punya kepimpinan ulama telah mengutarakan konsep Tahaluf Siyasi satu kaedah yang digunapakai oleh Nabi saw bila berdepan dengan puak Quraish.
Tahaluf yang diamal PAS tidak meletakkan Islam ke kedudukan yang menguntungkan malah meletakkan Islam di kedudukan melukut di tepi gantang.
Timbalan Presidennya sendiri telah menghina parti itu sendiri dengan menelah bahawa parti itu tidak akan bertahan lama jika menguasai kedudukan Menteri Besar Selangor.
Pada kita PAS bukanlah sebuah parti yang semakin matang tapi parti yang semakin kontang walau pun telah wujud lebih setengah abad.

Monday, September 8, 2014

HADI KECEWAKAN PAS?

Apakah Hadi kini sedang mengecewakan harapan dan perjuangan Almarhum Ustaz Fadhil Noor?
Terkejut juga bila Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS menyebut Perlembagaan Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan. Ini kerana sejak Amanat beliau dijaja ke hulu ke hilir sehingga anak tak mengaku bapa, isteri diceraikan, sembelihan orang UMNO kononnya haram, kejadian dua imam masih terjadi hingga kini, pendek kata, perpecahan umat Islam yang amat ketara telah berlaku.

Amanat Hadi yang begitu keras terhadap Perlembagaan
 negara yang telah mencetus isu kafir mengkafir 
antara umat Islam

Tragedi ini penyebabnya hanya satu, ketaksuban umat Islam PAS dalam menerima Amanat Beracun itu.
Kini pengeluar amanat itu telah mula menyebut-nyebut Perlembagaan negara yang dianggap perlembagaan yang berdasarkan perlembagaan penjajah di mana sesiapa yang terlibat menyokong dan mengguna pakai perlembagaan ini adalah kafir dan menentang puak-puak ini adalah mejadi tanggungjawab PAS dan jika mati, mati itu adalah mati syahid.
Itulah inti pati Amanat Hadi yang sehingga kini Presiden PAS itu tidak berusaha langsung menarik balik Amanat itu dan tidak berusaha langsung untuk memohon maaf kepada semua umat Islam yang sudah termakan dengannya.
Golongan yang mengaku ulama dalam PAS kini sedang bertarung hebat dengan golongan penyokong Anwar bila keputusan Majlis Syura yang merupakan pembuat dan pemelihara dasar perjuangan PAS dientengkan oleh Jawatankuasa PAS pusat dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor yang baru.
Sebenarnya PAS juga telah dilihat terbelah sejak isu kalimah Allah lagi di mana keputusan yang tidak jelas antara golongan ulama itu sendiri dan golongan berpendidikan sekular dalam PAS.
Golongan sekular dalam PAS ini telah mula mendapat tempat sejak zaman Datuk Fadhil Noor lalu di mana arwah telah begitu tegas dalam kenyataannya mengingatkan para penyokong akan prinsip perjuangan PAS. Beliau seolah-olah telah merasakan kehadiran beberapa individu ketika itu yang mempunyai misi perjuangan yang agak berbeza dari tradisi perjuangan parti itu.





Kehadiran golongan Anwarinas benar-benar mencabar 
keutuhan PAS yang mahu perjuangkan Islam.

Hari ini jelas kebimbangan Almarhum itu benar dan PAS kini berani untuk mengubah haluan perjuangan dan melupakan terus hasrat untuk menegakkan Daulah Islamiah di negara ini.
Hadi yang telah memberikan sinar memelihara perjuangan sebenar PAS kini merelakan parti itu luluh dan hancur di persada politik Malaysia sehingga parti yang berusia lebih setengah abad itu sudah seperti lori balak mendaki Bukit Putus, Negeri Sembilan. Apakah Hadi kini sedang mengecewakan PAS dan harapan Almarhum Fadhil Noor?
Kita tidak mahu melihat PAS lemah atau berkubur, tapi mahu melihatnya sebagai parti yang boleh mengimbangi kuasa UMNO dalam memelihara Islam dan golongan yang menegur kesilapan pentadbiran dan pengurusan umara'.

Wednesday, September 3, 2014

PERLUKAH UNDANG2 UNTUK MANUSIA YANG TAK PEDULI UNDANG2?


Kaki fitnah utama dalam Pakatan Rakyat kini mahu Akta Hasutan dihapuskan
PKR hari ini telah mengumumkan akan menggerakkan kempen untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, 
Naib Presidennya Rafizi Ramli berkata PKR akan mengatur road show untuk menuntut pemansuhan akta itu sesuai dengan janji kerajaan Barisan Nasional. Beliau mendakwa bahawa akta itu digunakan oleh kerajaan untuk menekan pihak-pihak tertentu dalam menyuarakan pendapat mereka. Rafizi juga menyifatkan bahawa akta yang diwujudkan pada tahun 1948 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada masa ini.
Kalau dibiarkan manusia seperti inilah yang bakal mencetuskan huru-hara dalam negeri ini
Malah, dakwa Rafizi lagi Najib telah menggunakan akta ini untuk membuat beberapa pendakwaan terhadap pihak-pihak tertentu khususnya pengamal undang-undang.
Sudahlah Piji, PKR pun lintang pukang, pemilihan pun makan masa 4 bulan, beratus kerusi jadi bahan balingan, KETUM kamu pun tak ada dalam perlembagaan. PKR bukanlah parti yang layak untuk menuding jari pada kerajaan dan membuat tuntutan yang tidak-tidak termasuk bermati-matian berjuang menentang Sultan Selangor menuntut kerusi Menteri Besar kepada isteri KETUM.
Pelempang saja tak cukup untuk mamat ni
Tanpa Akta Hasutan pun PKR bakal terima padah dan akan berkubur seperti parti-parti Melayu lain yang cuma wujud untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin yang penuh dendam kesumat. 
Satu akta yang lebih celaka untuk ajar manusia celaka?
Apa yang dibuat oleh PR/PKR bukanlah sekadar menyuarakan pendapat tetapi menyalurkan fitnah yang boleh memporak-perandakan masyarakat. 
Kita sudahpun menyaksikan ramai yang tak dikenalipun di kalangan orang kafir yang sudah berani menghina dan memaki bangsa Melayu dan agama Islam setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan oleh Najib. Mereka bebas dengan sekadar memohon maaf sahaja.
Mamat ni pun dah macam DAP, malah lebih teruk lagi. Lebih sudu dari kuah.
Kita juga sudah lihat betapa berleluasanya kes-kes jenayah setelah Ordinan Keselamatan Dalam Negeri juga dimansuhkan oleh Najib.
Kini keadaan sudah mendesak dan kerajaan harus memberikan keselamatan sebagai keutamaan dan perlu diwujudkan beberapa akta yang lebih keras dari akta-akta yang ada yang sudah dimansuh supaya isu-isu sensitif tidak lagi ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 
Tetapi, jika kita fikir secara logik, perlukah kita pakai undang-undang untuk mereka yang tak peduli dan tidak hormat pada undang-undang demi keselamatan negara? 

Monday, September 1, 2014

KETUM PKR TERUS DIASAK


Ketua Umum PKR, KETUM, terus diasak oleh ahli PKR sendiri akibat kedegilannya mahu menobatkan isterinya menjadi MB Selangor yang baru.
Terbaru, seorang pengamal undang-undang, Felicia Ling, seorang yang tegar menyokong perjuangan Pakatan Haram kini telah berpeluang ke arah KETUM dan menyelarnya sebagai orang Melayu yang tidak beradab dan buta sejarah.
“Kemelut Menteri Besar di Selangor secara tidak langsung telah menampakkan betapa biadapnya seorang bergelar Melayu yang bernama Anwar Ibrahim.
“Kalau dia hari ini hendak langgar pagar SUK, kita mampu tahan.
“Tapi kali ini kamu hendak langgar pagar istana, kamu telah langgar adat istiadat orang Melayu. Orang Selangor bukan orang biadap macam orang Pulau Pinang yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya ketika berucap pada Himpunan ‘Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor’ di Padang Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Himpunan itu disertai beberapa buah NGO termasuk Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Sunday, August 31, 2014

Isyarat Anwar Mahu Hapus Raja Melayu?

Sultan Selangor menitahkan setiap parti komponen Pakatan Haram 
mengemukakan sekurang-kurangnya 2 nama untuk jawatan MB
Adakah kedegilan Anwar untuk mengemukakan hanya nama isterinya untuk jawatan Menteri Besar sesungguhnya adalah satu isyarat jelas bahawa beliau memang berhasrat untuk memberitahu rakan-rakan bukan Melayunya khususnya DAP dan pengundi  bukan Melayu bahawa dia mahu menghapuskan sistem beraja?

Baginda Sultan Tuanku Sharafuddin telah menitahkan bahawa semua parti di bawah Pakatan Haram mengemukakan sekurang-kurangnya 2 nama untuk jawatan Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim tetapi KETUM PKR itu tegar mahu isterinya dilantik menjadi Menteri Besar hanya dengan harapan agar Tuanku Sultan Selangor menggunakan budi bicaranya kerana undang-undang tubuh negeri Selangor tidak memihak kepada hasratnya itu.

Beliau berharap jika kuasa raja berjaya dihapuskan bahawa hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri atau Presiden Malaysia akan menjadi lebih cerah. Untuk mempercepatkan proses itu, beliau sedang menggunakan kuasa sentimen kebencian rata-rata kaum Cina khususnya terhadap raja Melayu.

Adakah kedegilan Anwar mahu isterinya menjadi Menteri Besar 
Selangor satu isyarat beliau mahu hapuskan institusi Raja di Malaysia ini?

Pada sesetengah golongan ini mereka telah menyaksikan bagaimana kuasa raja-raja Melayu telah menyelamatkan kuasa politik Melayu hancur khususnya di Selangor dan Perak. Kuasa raja-raja Melayu juga telah berperanan sebagai kuasa pengimbang perbalahan politik antara parti Melayu sendiri seperti apa yang berlaku di Terengganu dulu.
Samada beliau berjaya atau tidak percubaan ini adalah sebagai permulaan untuk dia mencabar kuasa Raja Melayu sehingga kuasa itu hilang dan impiannya untuk melihat Malaysia yang dikuasai secara mutlak oleh penguasa politik.
Jika sekiranya Sultan Selangor itu menggunakan budi bicaranya dan menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar pertama wanita, ia adalah satu kejayaan besar Anwar ke arah memansuhkan sistem monarki di negara ini, satu situasi menang-menang di antara Dinasti Anwar dan DAP.