Monday, September 22, 2014

PAS BERTELANJANG DI PENGKALAN KUBOR

Walaupun keputusan PRK Pengkalan Kubor nanti tidak memberikan apa-apa impak yang besar pada senario politik negara ataupun Kelantan tetapi satu perkara menarik yang pasti kita mahu lihat adakah trend pengundi di sini kali ini.
Almarhum Noor Zahidi telah meletakkan tahap 
tertinggi dalam memberikan khidmatnya kepada 
masyarakat Pengkalan Kubor
BN, melalui calonnya Almarhum Noor Zahidi Omar pada PU 2013 telah meraih majoriti sebanyak 1736 undi mengalahkan calon PKR pada masa itu, Saharum Ibrahim, manakala calon bebas Izat Bukhari telah hilang wang deposit dengan hanya meraih 65 undi.
Noor Zahidi juga telah memberikan perkhidmatan terbaik sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Tetapi kali ini calon BN, Ustaz Mat Razi Mat Ail berdepan dengan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Kelantan adalah merupakan kubu hidup mati parti Islam itu. Satu lagi calon yang bertanding adalah calon bebas  Izat Bukhari yang bertanding untuk kali kedua.
PAS kini bergelut dengan isu-isu prinsip parti yang telah dinodai oleh DAP dan PKR sejak berada di dalam Pakatan Haram.
PAS telah berdepan dengan pelbagai dilema yang mengundang pelbagai spekulasi dan perkembangan yang tidak sihat sebagai sebuah parti Islam.
Daripada penggunaan kalimah Allah, isu LBGT, isu liwat Anwar Ibrahim, terpaksa menyokong caln wanita DAP di Teluk Intan, strategi langkah Kajang yang dibuat sendirian oleh PKR dan DAP yang terus membabitkan perlantikan Menteri Besar Selangor.
PAS seperti sudah tenggelam punca apabila keputusan Majlis Syura tidak langsung dipedulikan dan dua ADUN mereka Saari dan Hasnul telah melanggar bai'ah dan menyokong keputusan PKR ingin melantik isteri KETUM PKR sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Isu-isu ini adalah isu yang terbesar yang membabitkan PAS selepas isu video aksi Setiausaha Agungnya Mustafa Ali pada tahun lalu.
Tetapi apakah pengundi di Pengkalan Kubor termakan akan isu-isu ini? Apakah pengundi Pengkalan Kubor akan hanya mengabaikan isu-isu ini dengan ketaksuban yang tebal? Apakah isu royalti yang digembar-gembur oleh PAS akan memberi kesan yang positif buat PAS?
PAS kini sedang bertelanjang akibat sikap dan prinsipnya yang tidak 
menentu akibat keghairahan untuk bertahaluf dengan puak 
sekularis, sosialis dan anarkis
Isu-isu terkini telah menelanjangkan PAS akan sikap Presidennya, Timbalan Presidennya, apa tah lagi Setiausaha Agungnya yang telah mendahului, Ahli-ahli jawatankuasa pusatnya dan gelagat Anwarinas yang sudah terang-terangan dibuktikan.
Kita lihat sahaja keputusan PRK Pengkalan Kubor nanti sebagai kayu pengukur sikap pengundi dan penyokong PAS samada mereka sanggup bertelanjang sekali atau mahukan perubahan yang dijanjikan BN.


No comments: