Thursday, August 7, 2014

Nasib Rakyat Selangor dan Ghazzah Sama?

Braveiron faham kenapa seluruh dunia tidak mampu berbuat apa-apa tentang isu Palestine dan kemusnahannya akibat sifat kebinatangan golongan Zionis. Ini kerana golongan itu sudah menguasai negara terkuat dan punya pengaruh terbesar dalam dunia dalam semua bidang, Amerika Syarikat. Seolah-olah umat manusia kini tidak boleh hidup tanpa Amerika. Itu satu bab.


Tapi apa yang lebih menghairankan ialah di Tanah Melayu ini, penyokong kuat Zionis pun punya pengaruh yang sama? Seolah-olah individu ini, yang tidak punya kuasa yang termaktub, boleh merobah kepimpinan sebuah negeri!


Sudahlah itu, yang bakal penggantinya itu ialah rakan sekatilnya pula (yang didaftarkan halal). Nepotisma? Peduli apa dengan nepotisma? ia hanya terpakai dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Dalam Pakatan Rakyat semuanya halal.


Nak sedapkan cerita lagi, mereka semua bukan orang Selangor dan KWK (Kak Wan Kipas) pula tidak dilahirkan di Selangor, malah tidak pula lahir di Tanah Melayu! Dia lahir di bumi Yahudi Timur.

Sifir kepimpinan Selangor ini dah memang tahap mengarut dah. Tapi yang menghairankan bukan sahaja orang PKR boleh terima malah orang Selangor pun hanya mampu bersuara dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Masalah mental? Atau rakyat Selangor kini setaraf dengan umat Gaza yang menanti untuk dijamah oleh penyokong kuat Zionis ini.



Begitu juga parti Islam PAS yang tenggelam punca, sehingga sepotong hadis yang melarang wanita menjadi imam pun tak dapat dikeluarkan. Hai PAS, kamu ni kata parti Islam. Mungkin cuma pada nama tapi pada hakikat kamu ni bertaraf anjing penyokong Zionis pada hakikatnya.


No comments: