PKR berbohong bukan satu news lagi kerana ia berlaku setiap kali pemimpin mereka buka tu dia mulut. |
Berita Harian hari ini membawa berita muka depan "PKR BOHONG". Akhbar itu merujuk kepada kenyataan KETUM PKR, Anwar Ibrahim yang beberapa hari lalu mengatakan bahawa telah menjadi kebiasaan dan secara konvensyennya Pakatan Haram itu menghantar hanya 1 calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU 2013 dan PRU 2008.
Menurut Menteri Besar Khalid Ibrahim, pada tahun 2008 dan 2013, nama bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga telah dicalonkan. Permohonan itu menurut Khalid dibuat secara berasingan.
Bagaimanapun pencalonan Hasan Ali telah dibantah sendiri oleh Hadi Awang atas semangat setiakawan dan dengan sokongan PAS dan DAP pencalonan Azmin telah ditolak oleh PKR.
Jelas sekali PKR bukan sahaja berbohong tetapi memang sentiasa berbohong dan akan terus berbohong.
Ketua Pengarang Berita Harian harus lebih peka dengan tajuk muka depannya kerana dengan tajuk sebegini, ia bukan lagi boleh dianggap sebagai berita kerana berbohong adalah amalan PKR.
No comments:
Post a Comment