Friday, June 10, 2011

Kenapa Cemburukan Kelab Isteri Taat?

Sudah pasti penubuhan Kelab Isteri Taat mempunyai misi dan visinya yang tersendiri. Sekali imbas pada namanya sahaja kita sudah pasti bahawa wadah yang dibawanya adalah tidak lain dari menyahut syariat Islam dalam institusi keluarga.

Kelab ini telah dipandang serong oleh banyak pihak terutama dari orang kafir yang mengambil peluang untuk menghentam syariat Islam. Wanita Islam juga mengeluarkan kenyataan yang berbau kecaman terutama dari Ketua Puteri UMNO yang amat sihat, Rosnah Shirlin. Mengapa apabila sebuah pertubuhan Islam yang hanya mengeluarkan pendapat dan perspektifnya dilihat sebagai seksis dan menghina wanita sedangkan dalam Islam hubungan kelamin suami isteri adalah penting dalam menjaga institusi keluarga. Tidak dinafikan bahawa ada perkara lain yang tidak kurang pentingnya untuk dijaga tetapi apakah kenyataan yang menggalakkan isteri menlayan suami seperti pelacur kelas satu itu begitu dikecam sekali?

Tidak dinafikan bahawa ia adalah keterlaluan, tetapi bolehkah tokoh-tokoh pemimpin wanita Islam ini memanggil dan berunding secara matang tanpa mengeruhkan lagi suasana. Mengapa ini perlu dikecam secara terbuka sehingga mendedahkan Islam itu sendiri dilihat sebagai agama yang seksis.

Kepada Fatimah Abdullah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan Rosnah Shirlin 'broadband' cubalah memberikan tumpuan terhadap perkara haram lain yang melibatkan wanita Melayu Islam yang lain. Cubalah pergi di kelab-kelab dan pusat-pusat karaoke dan lihat sendiri berapa banyak gadis Melayu yang menjadi GRO dan sundal? Ini perkara haram. Kenapa buang masa untuk memberikan komen kepada hubungan suami isteri yang sudah sememangnya halal?

Biarlah bagaimanapun cara isteri layan suami yang hendak disyorkanoleh Kelab ini namun ia tidak memberikan sebarang kesan dari segi hukum, kenapa harus dicemburui?

3 comments:

Anonymous said...

Kepada yang membantah kelab taat suaimi ini, dicadangkan supaya menubuhkan sebuah kelab yang dinamakan KELAB TIDAK TAAT SUAMI.

Bagi yang beristeri 4 bolehlah tahu isteri mana masuk kelab yang mana.

Anonymous said...

Kepada yang membantah kelab taat suaimi ini, dicadangkan supaya menubuhkan sebuah kelab yang dinamakan KELAB TIDAK TAAT SUAMI.

Bagi yang beristeri 4 bolehlah tahu isteri mana masuk kelab yang mana.

tempeyekmelaka said...

Kena tengok dulu kenapa mereka tidak taat.