Mungkin pelacur adalah satu istilah yang biasa bagi kita sejajar dengan profesion pelacuran sebagai kerjaya tertua di dunia. Ini pula bukan bermakna bahawa dua lagi istilah itu, zina dan liwat, bukan biasa walaupun liwat adalah perbuatan yang luar biasa, luar tabi'e.
Akhir-akhir ini dua perkataan ini menjadi semakin popular akibat 'penemuan' sebuah video tahap 'xxx' percuma. Video xxx boleh didapati bersepah-sepah di pasaran, tak kira pasaran gelap atau terang.
Tetapi istimewanya video ini pula adalah kerana ia melibatkan orang yang amat terkenal, bukan sembarangan orang, bukan orang biasa, malah luar biasa, kerana dia juga dikatakan amat gemar kepada perbuatan yang luar biasa.
Video ini berkumandang setiap saat di laman-laman blog dan tidak pernah diambil tindakan akan penyiarannya oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Tiada aktakah?
Tetapi yang jelas ianya dibiarkan atas sebab politik yang mana alasan ini menghalalkan segala-galanya selagi ianya memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.
Memang jelas politik merentas semua sempadan sehingga ia tidak langsung mengambil kira akan kesan sosial yang dibawa olehnya.
Dengan tertayangnya video ini setiap saat, maka perbuatan hina yang ditunjukkan oleh video itu akan menjadi perkara biasa malah ia akan terus membarah dan melahirkan generasi yang begitu serasi dengan zina, liwat dan lacur.
Sesungguhnya video ini telah memaparkan ketiga-tiga gejala buruk ini. Insan lelaki dalam video itu berzina, mempunyai rekod dakwaan liwat dan pelacur yang melayan insan lelaki itu.
Maka dengan demikian sesuai dengan pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa, maka GEN3 ini akan terus wujud dan membarah sehingga hancur tamadun bangsa ini.
No comments:
Post a Comment