Sunday, June 12, 2011

Apa Salah Isteri Jadi Pelacur?

Asalkan pelanggan itu suaminya. Datuk Md Nooh Gadut pun satu. Sebagai seorang ulama mengapa beliau membuka gelanggang bagi membidas kenyataan Kelab Taat Suami itu sedangkan apa yang dicadangkan tidak langsung bercanggah dengan syariat?
Biarlah isteri itu berlagak seperti jalang di depan suaminya agar dia tidak mencari jalang yang sebenar.
Jika itulah yang disenangi oleh suami apa salah ianya dilakukan oleh isteri? Mengapa ada terdapat pemimpin kaum Hawa yang amat sensitif dengan perkataan pelacur? Apakah mereka yang demikian itu terasa mereka juga adalah pelacur?
Mengapa mereka tidak memberikan perhatian kepada pelacur-pelacur yang merupakan gadis-gadis yang mengaku Islam yang bersepah-sepah di serata Malaysia?
Hairan juga mengapa pertubuhan yang songsang yang kononnya membela kaum wanita seperti Sisters In Islam tidak disanggah dan sepatutnya dibubarkan pendaftarannya akibat kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja tidak tepat tetapi lari dari aqidah?
Apakah mereka juga terasa seperti pelacur kerana tidak berpakaian yang diseru oleh Islam.
Teringat saya pada peristiwa AlMarhum Raja Faisal yang melawat Indonesia sekitar tahun 60an dahulu. Kenyataan beliau apabila menjejakan kakinya ke bumi Suharto ialah, kalau wanita Indonesia ini masuk syurga, aku akan tanya Allah mengapa pelacur dimasukkan ke neraka?
Hayatilah ayat ini...
"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu
bercucuk-tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana
saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan
bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan
menemui-Nya." Al-Baqarah,
ayat 223.***

2 comments:

Anonymous said...

ah isteri sekarang da di cucuk awal lagi..entah berapa ramai petani haram sebelum ni bercucuk tanam.. akhirnya dapat lah petani kekal..jika susah sangat bercucuk tanam di tanah cina doll...murah dan tak ada dosa..janji x ada 4 orang saksi melihat kita bercucuk tanam...mudah bukan !!!!!!

tempeyekmelaka said...

Gurunya banyak sangat.