Friday, April 9, 2010

PERKASA: Bukti Kegagalan UMNO?

Satu lagi NGO Melayu telah mendapat tempat di hati orang Melayu yang mana ia telah diberikan sambutan luar dugaan semasa mesyuarat agung pertamanya 30 Januari lalu. Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh mantan PM, Tun Mahathir itu telah menunjukkan bahawa orang Melayu amat menghauskan pembelaan terhadap perlakuan terhadap kaum itu oleh golongan oportunis Cina, India, Benggali dan Melayu yang tidak sedar diri.
UMNO seolah-olah tidak mampu walaupun untuk tergeliat walaupun telah digugat dan dipersoalkan hak istimewanya, agamanya dan yang penting sekali, maruahnya.
Semua orang Melayu tertanya-tanya mana Pemuda UMNO yang dulunya bertaring dan akan lantang bersuara jika nasib orang Melayu di negara ini digugat. Mana dia pemimpin UMNO yang berani tampil dan berdepan dengan pengkhianat-pengkhianat negara yang terus meneruskan memperlekeh orang Melayu dan agama Islam?



Semuanya diam menyepi demi menjaga undi bukan Melayu di mana undi Melayu sudah dipecah riuk. Semuanya mengikut telunjuk pemimpin tertinggi akibat beberapa sebab tetapi sebab utama ialah takut hilang jawatan dan dinafikan projek-projek kerajaan.
Jelas Melayu hampir hilang segala-galanya. Punah sudah harapan dan falsafah Dasar Ekonomi Melayu.
Demi undi dan sokongan bukan Melayu, Melayu UMNO dan Melayu PR berlumba-lumba menjadi jaguh untuk menggadaikan apa yang sebelum ini dikatakan hak Melayu di bumi sendiri.
Maka kemuncaknya ialah bila Ibrahim Ali tampil dengan penubuhan PERKASA yang menjadi harapan dan wadah untuk orang Melayu melihat semula apa yang telah diberi, digadai dan diserah untuk dimamah oleh anasir-anasir yang biadap.
Orang Melayu kini menganggap bahawa PERKASAlah badan yang boleh mengajar kebiadapan Karpal Singh and son, Lim Kit Siang and son, Ngah dan Ngeh, Nizar dan Anwar, Nik Aziz dan lain-lain dalam PAS yang kini tinggal serban.
Apakah benar UMNO kini menjadi parti politik yang bacul? Masihkah UMNO mampu menjadi sandaran dan pertaruhan Melayu menjelang pilihanraya akan datang? Namun kononnya kini imej BN dan UMNO sudah pulih akibat kelemahan pembangkang tetapi apakah itu memadai untuk orang Melayu bangkit dan memperjuangkan semula hak-hak yang telah dicabul, diserah dan digerkah? UMNO perlu bangkit semula DENGAN KEKUATAN SENDIRI.
Mungkin kini PERKASA boleh dianggap sebagai wadah Melayu, tetapi sebelum ini ada juga badan-badan NGO yang membela Melayu. Tetapi apa sudah jadi? Badan NGO Melayu seperti PERKIDA sudah wujud sekian lama tetapi tercemar namanya apabila ahli-ahlinya terlibat dalam gangterism dan kaki pukul.
Jangan pula PERKASA menjadi seperti PERKIDA atau lain-lain NGO Melayu yang pada mulanya gah tetapi apabila mula berkuku timbul pula golongan yang mahu mengambil kesempatan sambil menghancurkan semula pertubuhan itu.
UMNO hampir hancur akibat gejala perebutan kuasa setelah sekian lama. Jadikanlah ini satu pengajaran, pelajaran serta iktibar agar Melayu dan Islam subur semula dan tidak mampu digugat oleh anasir-anasir asing dan Melayu sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

perkasa malukan melayu