MB Selangor, Khalid Ibrahim kata beliau tak mahu tabur janji dalam kempen pilihanraya Hulu Selangor yang bakal hangat menjelang 15 April ini.
Agaknya beliau dah sedar bahawa politik tabur janji sudah tidak boleh menjadi bahan untuk meraih undi lagi kerana sudah terlalu banyak janji pilihanraya dulu masih tertunggak. Nak disenaraikan satu persatu agak banyak di sini. Di billboard-billboard kempen pilihanraya Pakatan Rakyat masih lagi tertera janji-janji itu.
Nampaknya Pakatan bakal kehabisan modal untuk kempen kecuali cara maki hamun dan sumpah seranah sahaja. Tuduhan liar apatah lagi. Nak cerita fasal pembangunan dan apa yang berlaku di Selangor, banyak yang tak baik daripada yang baik.
Anwar sudah memulakannya dengan membawa sentimen Israel dalam dewan. Mula-mula dia kata 1Malaysia idea yang sinonim dengan 1Israel kemudian dia jolok lagi dengan membuat tuduhan bahawa dalam Bukit Aman sendiri ada perisik Israel.
Sama-sama kita tunggu cerita-cerita dongeng yang bakal dibawa Pakatan Rakyat pada masa kempen ini berlalu. Kita mungkin terhibur dengan cara penglipur-penglipur lara dari PAS, DAP dan PKR ini bersandiwara.
Apapun BN khususnya UMNO tidak boleh mengambil mudah dalam PRK ini. Pembersihan dalam UMNO itu sendiri pula mesti berjalan terus. Pemimpin-pemimpin UMNO yang kotor perlu dikikis dan dikukus supaya parti ini kembali ke landasannya tanpa kesan-kesan buruk.
Masalahnya pula kebanyakan mereka pula 'ada cerita'. Sebut sahaja pemimpin ternama UMNO di Selangor, pasti 'ada cerita'.
Mana-mana parti yang menang di PRK Hulu Selangor pastinya bukan parti yang baik tetapi adalah parti yang kurang keburukannya.
No comments:
Post a Comment