Monday, April 19, 2010

Jangan Bawa Masuk Monyet Ke Parlimen!

P94 adalah satu medan yang terlalu penting bagi kedua-dua BN dan PR. Bagi BN ia adalah satu penanda aras yang memungkinkannya untuk menyediakan pelan tindakan yang sesuai untuk menguasai kembali negeri terkaya di Malaysia itu.
BN amat mempercayai bahawa ini adalah masa terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih relevan dan mampu mengemudi negara kembali ke landasan yang betul.

Tetapi adakah pemimpin BN bermimpi di siang hari atau PR sebenarnya sedang kehilangan punca? Rakyat sudah pun menilai akan pretasi kedua-dua parti ini terutamanya BN yang pasti mempunyai lebih banyak rekod buruk sebab ia lebih lama memerintah.
Pencetus rekod buruk BN/UMNO masih wujud di dalam parti itu dan ada juga di dalam PR kerana hampir kesemua pendokong PR khususnya PKR adalah dari UMNO, MIC, MCA dan lain-lain-lain parti komponen BN. Tidak hairan bagi kita baik BN atau PR yang berkuasa, keadaannya serupa sahaja. PAS pula tidak semena-mena terikut-ikut rentak tidak senonoh PKR/PR dan bertukar dari parti Islam fundamentalis kepada Islam liberalis.
Pengundi seluruhnya telah dapat menyaksikan hasil dari undia mereka di Perak di mana kita telah melihat telatah beruk dan monyet di dalam di Dewan yang sekadar dikatakan mulia. Kita lihat di mana monyet-monyet yang berbaju putih berdiri di atas meja dengan bongkaknya memekik dan menjerit persis orang gila.
Kita selalu lihat di parlimen pemimpin yang dipilih mempunyai gelagat keanak-anakan dan lupa akan tugas hakiki mereka membela rakyat.
Mereka memulau, berdebat tanpa etika dan keluar dari tajuk. Kita sudah tidak kenal mereka yang kita undi dahulu. Tertanya pula di benak kita adakah mereka layak untuk mendapat sokongan, elaun dan keistimewaan sebagai wakil rakyat jika terus-menerus membawa gelagat ini? Ini wang rakyat!
Oleh yang demikian semua pengundi tentulah tidak mahu terasa ditipu oleh janji-janji dan polisi-polisi yang mereka jaja, menunjukkan mereka terbaik dan pihak lawan makhluk terhina. Apabila mereka menang dan masuk ke Dewan, lagak mereka lain; tidak lagi layak membawa gelaran Yang Berhormat. Mungkin kita lebih hormat tukang sapu jalan yang sekurang-kurangnya menjalankan tugas mereka dengan niat yang murni walaupun dipandang rendah dan hina oleh masyarakat.

2 comments:

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
.rexi

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
.