Tuesday, April 13, 2010

Baby? Kita Buang-buang Je!









Selain dari kekecohan yang bakal dinikmati penduduk Hulu Selangor menjelang PRK, ada pula hamba setan yang turut serta menyumbang kepada pertambahan statistik buang baby di negara Islam Hadhari yang kini jadi 1Malaysia.
Nampaknya buang-buang baby bakal menjadi satu perkara yang lumrah kerana semakin diadakan kempen semakin ramai baby dibuang, dibunuh dan dibiar untuk gonggongan anjing. Kejam? Mungkin dalam masa terdekat ini tidak lagi kerana kata orang Melayu 'alah bisa tegal biasa'. Baby bakal setaraf dengan anak kucing. Akan datang mungkin dialog ini akan jadi kebiasaan.


"Aurad? Tak kena-mengenalah. Benda kecik, siapa nak kacau saya, ada tudung apa!"

"Apa bau bangkai ni?"
"Alah, ada orang buang baby kat belakang tu"

Semua kita bertanya mengapa ini berlaku dan terus berlaku? Semua prihatin sehingga program cegah buang bayi ni pun digelar "Kami Prihatin". Bermacam-macam cadangan dan syor dikemukakan dan ada pula telah dilaksanakan.
Tetapi apa yang telah dilaksanakan seperti mengadakan pusat untuk mengambil dan menjaga baby-baby ini adalah tindakan yang reaktif yang mungkin akan menghimpun lagi baby-baby yang dibuang.
Sebenarnya masalah ini telah lama kita tahu dan hadapi. Dari mana? Statistik Jabatan Pendaftaran Negara telah lama menunjukkan betapa ramainya baby-baby yang dilahirkan tanpa bapa dan ianya semakin meningkat. Mungkin pada masa itu ada yang kata, oh tak apa-apa sebab baby tu hidup dan mamanya ada untuk jaga.
Keprihatinan kita adalah bila baby-baby yang lahir tanpa bapa ini dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan. Ini keprihatinan kita, bukan perlakuan ZINA yang menjadi sebab utama keadaan ini. Kita tak peduli tentang baby btak berbapa, kita tak peduli keruntuhan dan kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan, kita tidak peduli betapa banyaknya pusat-pusat hiburan yang menjadi sarang pelacuran dan keruntuhan akhlak remaja dan RETUA-RETUA kita, kita tidak peduli akan bertong-tonmg arak yang melimpah ke tekak anak-anak kita yang mana kita tahu arak inilah salah satu punca besar terhadap kemaksiatan yang berlaku.
Kita hanya tunjuk keprihatinan kita bila ada unsur-unsur kemarahan, kengerian dan simpati kita. Kita tidak nampak punca gejala ini sebagai satu yang menjijikkan malah kita menganggapnya sebagai satu kemajuan dan ketamadunan masyarakat yang kononnya sivil.
Bilakah kita mahu sedar dan melihat kemaksiatan itu satu yang menjijikkan, bilakah kita mahu sedar yang perkara yang kita anggap kecil seperti menutup aurad boleh membawa kepada kehancuran ummah? Bilakah kita mahu sedar bahawa bukan babi sahaja yang haram tetapi arak juga sama-sama haram, wang yang diperolehi secara batil juga haram; sama sahaja dengan babi.
Disini kegagalan kita dalam menangani isu seperti ini. Selagi kita tidak tuntas dalam melenyap punca-punca ini baby-baby yang dibuang, dibunuh, dihumban, dibiar jadi gonggongan haiwan akan terus menerus bertambah dan bertambah sehingga kita biasa dengannya seperti kita menganggap hukum menutup aurad itu satu perkara yang terlalu kecil dan tak perlu perhatian.
Kita marah orang yang pernah merasa kehidupan dibunuh tetapi adakah kemarahan kita cukup apabila insan yang terus tidak diberi dan dinafikan hak baby-baby ini untuk menikmati kehidupan dunia ini?
Benarlah firman Allah yang meletakkan manusia sebaik-baik kejadian tetapi juga menjadi seburuk-buruk makhluk mengalahkan haiwan yang tak beraqal.

1 comment:

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.