Thursday, April 29, 2010

Menteri Pertanian Tak Buat Kerja?

Tak tahu mana silapnya, mana salahnya. Tetapi apa yang dapat disaksikan amat menyedihkan. Dalam satu pamiran makanan laut di Brussels, booth negara kita amat kecil berbanding dengan Siam. Kerajaan Malaysia melalui MITI telah menyediakan 6 gerai pamiran tetapi hanya tiga yang berisi dan tiga lagi tidak hadir.
Kalau dilihat gerai-gerai di pavillion Siam tidak kurang 20 gerai mempamirkan berbagai-bagai produk laut.
Amat sedih kerana perairan Malaysia adalah lebih besar dan secara logiknya tentulah hasil laut Malaysia adalah lebih besar dari Siam? Kemana larinya hasil laut kita?
Noh Omar tak tahu atau tak sedar? Kalau sedar apa tindakan beliau sebagai Menteri Penuh?
Beliau ada jenguk tak tentang nasib nelayan-nelayan kita dan memberikan harapan akan harga pasaran tangkapan mereka yang lebih baik.
Apa yang dapat disaksikan di perkarangan pamiran makanan laut di negara Eropah itu tidak banyak bezanya dengan jenis makanan laut yang ada di negara kita tetapi dengan sedikit kreativiti mereka dapat menjana pendapatan tahunan sehingga ratusan juta dolar setahun walaupun dengan hasil udang yang bersaiz kecil.
Aduhai Noh Omar tolonglah. Rakyat, khususnya para nelayan sudah menderita lama, tak bolehkah sekurang-kurangnya legakan sedikit penderitaan mereka kalaupun tidak dapat hasil jutaan dolar.
Kini tak semena-mena hasil laut kita telah dilarang untuk masuk ke pasaran EU. Apa tindakan kita? Ekspot hasil laut kita pada tahun 2008 lebih RM600 juta, 2009 RM400juta, 2010, RM0juta. Hai Pak Noh, tak ada apa-apake yang boleh YB buat? RM400 juta habis begitu saja! Kalau Pak Menteri nak tahu, hasil jualan di pamiran di Brussel selama 4 hari sahaja dijangka mampu menjana 1 billion Euro!
Mana dia peruntukan yang berbillion-billion wang rakyat pergi untuk program memasarkan produk ikan kita.
Braveiron amat amat kesal dengan perkembangan ini! Noh Omar, Noh Omar.... sibuk kat Hulu Selangor ke? Hah ni dah menang, bak kata Labu, selagi belum tutup mata, kerja,kerja, kerja, jangan makan gaji buta, jauh sekali cari harta dengan takhta!!!

Monday, April 19, 2010

Jangan Bawa Masuk Monyet Ke Parlimen!

P94 adalah satu medan yang terlalu penting bagi kedua-dua BN dan PR. Bagi BN ia adalah satu penanda aras yang memungkinkannya untuk menyediakan pelan tindakan yang sesuai untuk menguasai kembali negeri terkaya di Malaysia itu.
BN amat mempercayai bahawa ini adalah masa terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih relevan dan mampu mengemudi negara kembali ke landasan yang betul.

Tetapi adakah pemimpin BN bermimpi di siang hari atau PR sebenarnya sedang kehilangan punca? Rakyat sudah pun menilai akan pretasi kedua-dua parti ini terutamanya BN yang pasti mempunyai lebih banyak rekod buruk sebab ia lebih lama memerintah.
Pencetus rekod buruk BN/UMNO masih wujud di dalam parti itu dan ada juga di dalam PR kerana hampir kesemua pendokong PR khususnya PKR adalah dari UMNO, MIC, MCA dan lain-lain-lain parti komponen BN. Tidak hairan bagi kita baik BN atau PR yang berkuasa, keadaannya serupa sahaja. PAS pula tidak semena-mena terikut-ikut rentak tidak senonoh PKR/PR dan bertukar dari parti Islam fundamentalis kepada Islam liberalis.
Pengundi seluruhnya telah dapat menyaksikan hasil dari undia mereka di Perak di mana kita telah melihat telatah beruk dan monyet di dalam di Dewan yang sekadar dikatakan mulia. Kita lihat di mana monyet-monyet yang berbaju putih berdiri di atas meja dengan bongkaknya memekik dan menjerit persis orang gila.
Kita selalu lihat di parlimen pemimpin yang dipilih mempunyai gelagat keanak-anakan dan lupa akan tugas hakiki mereka membela rakyat.
Mereka memulau, berdebat tanpa etika dan keluar dari tajuk. Kita sudah tidak kenal mereka yang kita undi dahulu. Tertanya pula di benak kita adakah mereka layak untuk mendapat sokongan, elaun dan keistimewaan sebagai wakil rakyat jika terus-menerus membawa gelagat ini? Ini wang rakyat!
Oleh yang demikian semua pengundi tentulah tidak mahu terasa ditipu oleh janji-janji dan polisi-polisi yang mereka jaja, menunjukkan mereka terbaik dan pihak lawan makhluk terhina. Apabila mereka menang dan masuk ke Dewan, lagak mereka lain; tidak lagi layak membawa gelaran Yang Berhormat. Mungkin kita lebih hormat tukang sapu jalan yang sekurang-kurangnya menjalankan tugas mereka dengan niat yang murni walaupun dipandang rendah dan hina oleh masyarakat.

Tuesday, April 13, 2010

Baby? Kita Buang-buang Je!









Selain dari kekecohan yang bakal dinikmati penduduk Hulu Selangor menjelang PRK, ada pula hamba setan yang turut serta menyumbang kepada pertambahan statistik buang baby di negara Islam Hadhari yang kini jadi 1Malaysia.
Nampaknya buang-buang baby bakal menjadi satu perkara yang lumrah kerana semakin diadakan kempen semakin ramai baby dibuang, dibunuh dan dibiar untuk gonggongan anjing. Kejam? Mungkin dalam masa terdekat ini tidak lagi kerana kata orang Melayu 'alah bisa tegal biasa'. Baby bakal setaraf dengan anak kucing. Akan datang mungkin dialog ini akan jadi kebiasaan.


"Aurad? Tak kena-mengenalah. Benda kecik, siapa nak kacau saya, ada tudung apa!"

"Apa bau bangkai ni?"
"Alah, ada orang buang baby kat belakang tu"

Semua kita bertanya mengapa ini berlaku dan terus berlaku? Semua prihatin sehingga program cegah buang bayi ni pun digelar "Kami Prihatin". Bermacam-macam cadangan dan syor dikemukakan dan ada pula telah dilaksanakan.
Tetapi apa yang telah dilaksanakan seperti mengadakan pusat untuk mengambil dan menjaga baby-baby ini adalah tindakan yang reaktif yang mungkin akan menghimpun lagi baby-baby yang dibuang.
Sebenarnya masalah ini telah lama kita tahu dan hadapi. Dari mana? Statistik Jabatan Pendaftaran Negara telah lama menunjukkan betapa ramainya baby-baby yang dilahirkan tanpa bapa dan ianya semakin meningkat. Mungkin pada masa itu ada yang kata, oh tak apa-apa sebab baby tu hidup dan mamanya ada untuk jaga.
Keprihatinan kita adalah bila baby-baby yang lahir tanpa bapa ini dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan. Ini keprihatinan kita, bukan perlakuan ZINA yang menjadi sebab utama keadaan ini. Kita tak peduli tentang baby btak berbapa, kita tak peduli keruntuhan dan kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan, kita tidak peduli betapa banyaknya pusat-pusat hiburan yang menjadi sarang pelacuran dan keruntuhan akhlak remaja dan RETUA-RETUA kita, kita tidak peduli akan bertong-tonmg arak yang melimpah ke tekak anak-anak kita yang mana kita tahu arak inilah salah satu punca besar terhadap kemaksiatan yang berlaku.
Kita hanya tunjuk keprihatinan kita bila ada unsur-unsur kemarahan, kengerian dan simpati kita. Kita tidak nampak punca gejala ini sebagai satu yang menjijikkan malah kita menganggapnya sebagai satu kemajuan dan ketamadunan masyarakat yang kononnya sivil.
Bilakah kita mahu sedar dan melihat kemaksiatan itu satu yang menjijikkan, bilakah kita mahu sedar yang perkara yang kita anggap kecil seperti menutup aurad boleh membawa kepada kehancuran ummah? Bilakah kita mahu sedar bahawa bukan babi sahaja yang haram tetapi arak juga sama-sama haram, wang yang diperolehi secara batil juga haram; sama sahaja dengan babi.
Disini kegagalan kita dalam menangani isu seperti ini. Selagi kita tidak tuntas dalam melenyap punca-punca ini baby-baby yang dibuang, dibunuh, dihumban, dibiar jadi gonggongan haiwan akan terus menerus bertambah dan bertambah sehingga kita biasa dengannya seperti kita menganggap hukum menutup aurad itu satu perkara yang terlalu kecil dan tak perlu perhatian.
Kita marah orang yang pernah merasa kehidupan dibunuh tetapi adakah kemarahan kita cukup apabila insan yang terus tidak diberi dan dinafikan hak baby-baby ini untuk menikmati kehidupan dunia ini?
Benarlah firman Allah yang meletakkan manusia sebaik-baik kejadian tetapi juga menjadi seburuk-buruk makhluk mengalahkan haiwan yang tak beraqal.

Friday, April 9, 2010

PERKASA: Bukti Kegagalan UMNO?

Satu lagi NGO Melayu telah mendapat tempat di hati orang Melayu yang mana ia telah diberikan sambutan luar dugaan semasa mesyuarat agung pertamanya 30 Januari lalu. Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh mantan PM, Tun Mahathir itu telah menunjukkan bahawa orang Melayu amat menghauskan pembelaan terhadap perlakuan terhadap kaum itu oleh golongan oportunis Cina, India, Benggali dan Melayu yang tidak sedar diri.
UMNO seolah-olah tidak mampu walaupun untuk tergeliat walaupun telah digugat dan dipersoalkan hak istimewanya, agamanya dan yang penting sekali, maruahnya.
Semua orang Melayu tertanya-tanya mana Pemuda UMNO yang dulunya bertaring dan akan lantang bersuara jika nasib orang Melayu di negara ini digugat. Mana dia pemimpin UMNO yang berani tampil dan berdepan dengan pengkhianat-pengkhianat negara yang terus meneruskan memperlekeh orang Melayu dan agama Islam?



Semuanya diam menyepi demi menjaga undi bukan Melayu di mana undi Melayu sudah dipecah riuk. Semuanya mengikut telunjuk pemimpin tertinggi akibat beberapa sebab tetapi sebab utama ialah takut hilang jawatan dan dinafikan projek-projek kerajaan.
Jelas Melayu hampir hilang segala-galanya. Punah sudah harapan dan falsafah Dasar Ekonomi Melayu.
Demi undi dan sokongan bukan Melayu, Melayu UMNO dan Melayu PR berlumba-lumba menjadi jaguh untuk menggadaikan apa yang sebelum ini dikatakan hak Melayu di bumi sendiri.
Maka kemuncaknya ialah bila Ibrahim Ali tampil dengan penubuhan PERKASA yang menjadi harapan dan wadah untuk orang Melayu melihat semula apa yang telah diberi, digadai dan diserah untuk dimamah oleh anasir-anasir yang biadap.
Orang Melayu kini menganggap bahawa PERKASAlah badan yang boleh mengajar kebiadapan Karpal Singh and son, Lim Kit Siang and son, Ngah dan Ngeh, Nizar dan Anwar, Nik Aziz dan lain-lain dalam PAS yang kini tinggal serban.
Apakah benar UMNO kini menjadi parti politik yang bacul? Masihkah UMNO mampu menjadi sandaran dan pertaruhan Melayu menjelang pilihanraya akan datang? Namun kononnya kini imej BN dan UMNO sudah pulih akibat kelemahan pembangkang tetapi apakah itu memadai untuk orang Melayu bangkit dan memperjuangkan semula hak-hak yang telah dicabul, diserah dan digerkah? UMNO perlu bangkit semula DENGAN KEKUATAN SENDIRI.
Mungkin kini PERKASA boleh dianggap sebagai wadah Melayu, tetapi sebelum ini ada juga badan-badan NGO yang membela Melayu. Tetapi apa sudah jadi? Badan NGO Melayu seperti PERKIDA sudah wujud sekian lama tetapi tercemar namanya apabila ahli-ahlinya terlibat dalam gangterism dan kaki pukul.
Jangan pula PERKASA menjadi seperti PERKIDA atau lain-lain NGO Melayu yang pada mulanya gah tetapi apabila mula berkuku timbul pula golongan yang mahu mengambil kesempatan sambil menghancurkan semula pertubuhan itu.
UMNO hampir hancur akibat gejala perebutan kuasa setelah sekian lama. Jadikanlah ini satu pengajaran, pelajaran serta iktibar agar Melayu dan Islam subur semula dan tidak mampu digugat oleh anasir-anasir asing dan Melayu sendiri.

Thursday, April 8, 2010

Khalid Tak Mahu Tabur Janji

MB Selangor, Khalid Ibrahim kata beliau tak mahu tabur janji dalam kempen pilihanraya Hulu Selangor yang bakal hangat menjelang 15 April ini.
Agaknya beliau dah sedar bahawa politik tabur janji sudah tidak boleh menjadi bahan untuk meraih undi lagi kerana sudah terlalu banyak janji pilihanraya dulu masih tertunggak. Nak disenaraikan satu persatu agak banyak di sini. Di billboard-billboard kempen pilihanraya Pakatan Rakyat masih lagi tertera janji-janji itu.
Nampaknya Pakatan bakal kehabisan modal untuk kempen kecuali cara maki hamun dan sumpah seranah sahaja. Tuduhan liar apatah lagi. Nak cerita fasal pembangunan dan apa yang berlaku di Selangor, banyak yang tak baik daripada yang baik.
Anwar sudah memulakannya dengan membawa sentimen Israel dalam dewan. Mula-mula dia kata 1Malaysia idea yang sinonim dengan 1Israel kemudian dia jolok lagi dengan membuat tuduhan bahawa dalam Bukit Aman sendiri ada perisik Israel.
Sama-sama kita tunggu cerita-cerita dongeng yang bakal dibawa Pakatan Rakyat pada masa kempen ini berlalu. Kita mungkin terhibur dengan cara penglipur-penglipur lara dari PAS, DAP dan PKR ini bersandiwara.
Apapun BN khususnya UMNO tidak boleh mengambil mudah dalam PRK ini. Pembersihan dalam UMNO itu sendiri pula mesti berjalan terus. Pemimpin-pemimpin UMNO yang kotor perlu dikikis dan dikukus supaya parti ini kembali ke landasannya tanpa kesan-kesan buruk.
Masalahnya pula kebanyakan mereka pula 'ada cerita'. Sebut sahaja pemimpin ternama UMNO di Selangor, pasti 'ada cerita'.
Mana-mana parti yang menang di PRK Hulu Selangor pastinya bukan parti yang baik tetapi adalah parti yang kurang keburukannya.