Thursday, February 18, 2010

Tan Sri Muhyiddin Aniaya Pelajar?

Isu Bahasa Inggeris yang menjadi subjek wajib lulus tentunya menjadi fobia dikalangan penuntut SPM. Bagi mereka yang lemah dalam bahasa itu akan merasa kecewa kerana masa depan mereka bakal gelap kerana mungkin berdepan dengan sijil yang tempang.
Kadang-kadang kita lupa kerana terlalu mengagungkan bahasa penjajah itu bangsa kita sendiri teraniaya. Bayangkanlah masa depan anak-anak kita yang mungkin lebih ramai akan terabai kerana gagal dalam Bahasa Inggeris.
Apalah salahnya jika kertas Bahasa Inggeris itu mempunyai sijil yang tersendiri dan diasingkan dari sijil SPM. Terpulanglah kepada pusat-pusat pengajian tinggi untuk menerima pelajar ini jikapun mereka tidak mempunyai proficiency Bahasa Inggeris yang selayaknya daripada mereka merana kerana tidak dapat sijil penuh.
Jika mereka ingin bekerja, terpulanglah kepada majikan untuk menerima mereka. Mungkin kerana tidak ada sijil yang penuh maka bakat atau kelebihan yang lain yang ada pada belia kita mungkin akan terabai.
Fikir-fikirkanlah sedikit Tan Sri Abang Muhi. Dalam tempoh empat tahun mereka sudah boleh mengundi. Pengundi tak perlu SPM tau Tan Sri. Mereka tahu mereka tak dapat sijil penuh akibat keputusan Abang Muhi sahaja!

3 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Sebenarnya perkara ini telah diamalkan oleh Kerajaan Malaysia semasa saya masih lagi menjadi pelajar sekolah, kira-kira 40 tahun yang lalu.

Sistem pelajaran ketika itu mewajibkan pelajar untuk lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk lulus didalam peperiksaan darjah 6 atau standard 6, Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) dan SPM atau Malaysian Certificate of Education (MCE). Kalau tidak lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bermakna anda GAGAL didalam peperiksaan.

Peraturan ini telah membuatkan pelajar-pelajar fasih didalam penulisan dan pertuturan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. English proficiency pelajar-pelajar sekolah diMalaysia diketika itu adalah amat membanggakan. Sijil-sijil SPM dan MCE diterima untuk melanjutkan pelajaran diseluruh dunia. Kami dihantar oleh Kerajaan Malaysia untuk menuntut di USA, Canada, UK, Australia dan European Countries.

Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik telah membuatkan kami berjaya didalam bidang perniagaan dan kami boleh bersaing dipersada antarabangsa.

Sedihnya bila Kementerian Pelajaran tidak mewajibkan pelajar-pelajar sekolah untuk lulus didalam peperiksaan Bahasa Inggeris, penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar diMalaysia semakin lemah dan ini boleh dilihat semasa mereka menuntut diUniversity dalam negeri dan diluar negeri. Umum mengetahui bahawa kebanyakan ilmu dan buku-buku ditulis didalam bahasa Inggeris.

Apabila mereka-mereka ini bekerja, mereka menghadapi kesusahan didalam pekerjaan akibat tidak boleh bertutur dan menulis dengan baik didalam Bahasa Inggeris. Mereka menjadi timid, malu dan mempunyai sifat inferior complex.

Mereka mempunyai masalah didalam menjalankan kerja-kerja seharian didalam mesyuarat, perbualan dan penulisan surat, minit-minit mesyuarat dan report.

Para majikan akan menilai mereka-mereka ini dan akan memberi kesan kepada career mereka.

Kementerian Luar Negeri dan pejabat Perdana Menteri mempunyai banyak masalah dengan para Diplomat yang tidak "competent" didalam penulisan dan pertuturan Bahasa Inggeris didalam menjalankan tugas-tugas mereka.

Sehubungan dengan itu, kami mewakili para majikan menyokong penuh langkah Kementerian Pelajaran untuk mewajibkan para pelajar untuk lulus didalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris didalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM DAN kalau boleh Kementerian Pendidikan Tinggi turut mewajibkan perkara serupa didalam pengajian peringkat diploma dan Ijazah.

Thanks.

Jimmy Hillhead
Johor Baharu, Malaysia.

( A consultant in engineering for Multi Nasional Corporation (MNC))

Alia Ramley said...

setuju dengan saudara di atas.

kerajaan memberi syarat wajib lulus, bukannya wajib cemerlang.
saya sebagai seorang pelajar pun bersetuju dgn bhs inggeris wajib lulus dlm SPM.

kenapa perlu menyalahkan kerajaan pabila pelajar2x sendri gagal hny utk mendapatkan LULUS? Kerjaan sndr dah membri pelbagai kemudahan dlm bidang pendidikan. hny tggl usaha pelajar itu sndr.

bhs ingggeris itu pntg utk kita bersaing di peringkat antarabangsa. Bhs melayu juga penting sbgi bahasa ibunda kita. Tp kita kena fikir, dlm era moden sekarang, bhs inggeris adalah sngt penting dlm suma saingan di peringkat global.

opocot said...

Ramai di kalangan penuntut Melayu khususnya tidak berminat unuk belajar BI semasa di sekolah. Minat dan dorongan mereka adalah ke arah lain walaupun sebenarnya mereka sedar akan kepentingan BI. Ini termasuk mereka yang cemerlang.
Saya banyak menemui kawan-kawan yang datangnya dari aliran BM dahulu kini amat cemerlang berbahasa Inggeris walaupun mereka dahulunya memang kantoi dalam kebanyakan ujian BI. Tetapi apabila mereka memasuki alam pengajian tinggi di mana mereka tidak mempunyai rujukan BM maka mereka terpaksa berhempas pulas untuk memahami BI.
Ketika inilah ujian mereka dan mereka sebenarnya boleh lebih cemerlang dalam keadaan begini dan bukannya terpaksa menghadapi 'ugutan' dalam bentuk penafian sijil penuh SPM.
Saya setuju dengan pendapat blogger agar diadakan satu sijil berasingan untu BI dan kita sebenarnya tidak menafikan sebarang keistimewaan atau kelebihan pelajar untuk terus maju tersekat oleh kerana bahana BI ini.
Jadi TS Muhyiddin timbang-timbangkanlah perkara ini. BI boleh di 'pick-up' bila-bila sahaja dalam alam pekerjaan di mana mereka betul-beul merasai akan keperluan untuk fasih dalam bahasa itu, bukan dalam bentuk ugutan yang boleh menjejaskan masa depan kita.
Ingat TS Muhyiddin bak kata penulis, selepas 4 tahun budak-budak ini akan mengundi. Yang ok tu ok lah tetapi yang gagal dapat sijil penuh itu suda PASTI akan marah dan menyokong pembangkang.
Every vote counts now for BN