Tuesday, March 31, 2009

Khalid Ibrahim Maskot Jual Ubat?


Visual ini dirakam di Ampang.


Nampaknya MB Selangorpun sudah boleh jadi maskot untuk jual ubat psikotik, yakni boleh mengubati penyakit malas, gugup, letih, kuat berangan, lemah dalam pelajaran.


Baguslah kerana lepas ubat ini dipromosikan oleh MB hendaknya anak-anak Selangor semua pandai-pandai, rajin-rajin, bijak-bijak... macam Penasihat PKR.


Ada pula terselit muka hensem YB Khosim. YB ni promoter ke tukang jualnya? Pak Khalid dapat royalti ke? Kalau dapat baguslah. Ada gunanya juga jawatan MB ni, selain pencen seumur hidup.


Lepas ni usahawan-usahawan Selangor tak payahlah belanja besar-besar nak cari artis atau orang glamor untuk promosikan produk, cari saja Pak Khalid Ibrahim kita. Pasti jualan menjadi lumayan.


Macam manalah agaknya kalau pelabur luar nampak poster ni ye?

Monday, March 30, 2009

Seloka 2 Bukit 1 Batang


Mari tuan-tuan baca ini cerita
Kisahnya bila ada 3 pilihanraya,
Kalau tuan tidak percaya
Muhi kata satu batang, bukit ada dua

Mari kita tengok apa cerita di Batang Ai
Jawah anak Gerang, Anwar kata paling pandai
Taib kata PKR terkapai-kapai
Sebab pengundi dia sudah tibai

Mari kita lihat 15 luncai di Selambau
2 calon utama 13 yang mengigau
1 menang 14 melilau-lilau
Hilang deposit tentulah tersasau

Paling syok kita tengok Bukit Gantang
Mesti menang kalah lagi pantang
Nizar namanya yang dicadang
Tuan Guru terdiam terus dia terlentang

UMNO kata ini sangat penting
Kalau kalah Sultan pasti melenting
Orang derhaka mesti ditempeling
Menangnya makna UMNO terpelanting
Ditujukan khas kepada UMNO Transformasi

Isteri-isteri Presiden, Naib Presiden Tak Mau Berubah Ke?



















DALAM PA UMNO lalu semua bercerita fasal berubah, transformasi, pemimpin berubah, berbagai-bagai lagi nak diubah. Kak Rafidah yang merajuk juga kata bukan UMNO yang nak diubah tetapi orang UMNO yang mesti berubah. Memang Kak, Wanita pun dah berubah pemimpin!

Para perwakilan juga ada menegur para pemimpin berubah, malah ada juga yang mahu isteri-isteri pemimpin pun berubah.

Dalam program-program TV, para pemanggil juga turut serta menegur gaya-gaya dan gelagat isteri-isteri pemimpin.

Suami-suami mereka juga kata nak berubah, takut rebahlah katakan.

Tapi mahukah isteri-isteri pemimpin ini berubah?

Payah nak cakap kerana kita tidak tahu hakikat sebenar, adakah mereka takutkan isteri? Soalan ini amat sensitif bagi lelaki. Yang lebih elok ditanya adakah isteri-isteri mereka yang tak takut suami?

Pak Lah Undur: Kembalikan Integriti dan MARUAH Pensijilan HALAL

Halal adalah satu hak dan tanggungjawab penguasa yang TIDAK boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk mencari untung. Ia adalah satu pemberitahuan dan panduan untuk umat Islam dalam muamalatnya sehari-hari.

JAKIM dan JAIN-JAIN telah dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan halal bagi barangan pengguna sejak tahun 1974 lagi dan walaupun terdapat beberapa kelemahan, namun ianya boleh diperbaiki. Tetapi Pak Lah telah mengambil jalan pintas dengan menswastakan kaedah pengesahan Halal ini kepada HDC di mana pegawai-pegawai JAKIM telah diserap untuk mengendalikannya.

Langkah Pak Lah ini jelas menyanggah roh yang terdapat dalam sistem pensijilan tersebut lebih-lebih lagi umum mengetahui siapa di belakangnya. Siapa di belakang Kasihdia yang aktif dalam industri halal, siapa di belakang World Halal Forum yang cuba mengubah lanskap industri Halal untuk diperdagangkan lagi.

HDC sepatutnya hanya berperanan dalam mempromosi industri halal dan memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada syarikat-syarikat khususnya Bumiputera dalam mempertingkatkan kualiti produk mereka serta meneroka pasaran-pasaran yang berpotensi.

Bila pensijilan Halal sudah menjadi sebuah entiti perniagaan maka setiap aktivitinya akan mementingkan pulangan dan laba yang besar.

HDC juga akan memberikan sijil kepada seberapa banyak syarikat luar yang mahu meneroka pasaran Halal dunia yang pasti akan mengganggu pasaran produk Malaysia untuk dieksport keluar negara khususnya di Timur Tengah.

HDC juga telah mengeluarkan sijil Halal kepada Colgate yang mana syarikat ini telah bertindak menyokong pihak yang bertindak ganas terhadap umat Islam.

Begitu juga dengan Coca Cola dan Starbucks. Mereka terpaksa menghilangkan kepekaan mereka terhadap sensitiviti umat Islam demi wang dan keuntungan.

Dengan pengunduran Pak Lah beberapa hari lagi, umat Islam seluruh Malaysia harus bangkit dan memberikan isyarat kepada SAF kepimpinan sekarang agar mengkaji semula peranan HDC dan mengembalikan maruah dan integriti pensijilan Halal kepada pihak penguasa.
Pedulikan KJ dan KasihDianya kerana mereka semua adalah liabiliti kepada UMNO yang mahu berubah dan bertaubat!

Friday, March 27, 2009

10 TUGAS SEGERA NAJIB-Mengikut Keutamaan

1. Hapuskan Islam Hadhari
2. Jangan lantik Khairy jadi Menteri, Timbalan Menteri, etc
3. Menang ketiga-tiga PRK
4. Rombak Kabinet dengan bijak
5. Susun semula sistem pengagihan perolehan kerajaan
6. Pastikan semua ahli UMNO boleh pilih pemimpin tertinggi
7. Satukan orang Melayu
8. Tangkap semula AI
9. Tegas dengan PPSMI
10. Susun semula ekonomi orang Melayu

Thursday, March 26, 2009

Tahniah Khairy, Takziah UMNO!

Tak ada apa saya nak perturunkan di sini. Tajuknya jelas menunjukkan perasaan saya terhadap parti ini sekarang.

Monday, March 23, 2009

TUAH DAN SIAL MELAYU

Bila keluar buku Yahya Ismail, Tuah dan Sial KJ, terfikir pula saya mengenai nasib Melayu kini.
Tuahnya Melayu bila menguasai seluruh nusantara,
Sialnya Melayu bila merobek kerajaan Melaka.

Tuahnya Melayu bila ada pejuang penentang penjajah, penjarah British,




Sialnya Melayu bila ada yang menjadi penjilat punggung orang putih.


Tuahnya Melayu bila menentang Malayan Union,
Sialnya Melayu bila yang tak sedar berkoyan-koyan.

Tuahnya Melayu bila Hak Keistimewaan dikekal,




Sialnya Melayu bila ada yang mempersoal.



Tuahnya Melayu bila Islam agama rasmi,
Sialnya Melayu bila bersekongkol mempersendai.

Tuahnya Melayu bila Sultan tempat taat setia,
Sialnya Melayu bila ramai yang menghina.

Tuahnya Melayu bila kemakmuran telah ditentu,
Sialnya Melayu bila semuanya diserah satu persatu.

Tuahnya Melayu bila Islam jadi pegangan,




Sialnya Melayu bila Quran diperdagangkan.





Tuahnya Melayu kaya dengan sopan dan santun,
Sialnya Melayu bila ada yang berlakun.

Tuahnya Melayu bila ditentu tanah simpanan,




Sialnya Melayu bila digadai ratusan kurun.



Tuahnya Melayu bila hak sudah tersedia,
Sialnya Melayu bila berlumba-lumba melunturkannya.

Tuahnya Melayu bila ada kuasa,
Sialnya Melayu bila ada yang mahu dibinasa..................







Undi Ali Beralih ke Mat Tyson?

Tak tahulah jika desas-desus ini benar. Ali Rustam pun dah nafi. Katanya Pak Ali ni difitnah dan pelakunya adalah Abang Muhi.
Tapi gelocak di bawah sudah banyak bertebaran mengatakan bahawa undi Ali banyak akan lari ke bekas menantu Sultan.

Takut sangatkah Abang Muhi kat Pak Ali ni sampai dia mahu mengatur strategi melalui Lembaga Disiplin untuk menggugurkan Ketua Menteri Melaka itu dari bertanding. Bukankah lebih baik dibiarkan sahaja kerana sekurang-kurangnya undi berpecah tiga yang akan menguntungnya?

Ada pula yang mengatakan bahawa hampir semua calon terlibat dalam politik wang dan soalnya adalah memilih siapa yang akan kena.

Apapun angin bertiup lebih kencang untuk membawa bekas Menteri Besar Johor itu ke kedudukan eksekutif kedua UMNO. Tetapi apa saja boleh berlaku dalam UMNO.

Bak kata Ibrahim Pendek dalam cerita Alibaba Bujang Lapok,
"Mari kita lihat siapa yang KENA!"

Sunday, March 22, 2009

Tuan Guru Yang Kehilangan Mursyid




Tak tahulah apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz apabila beliau menyatakan bahawa beliau adalah nakhoda kapal PAS.


Mungkin sebagai Mursyidul beliau mempunyai ilham (entah dari mana) untuk membawa parti itu ke tahap yang lebih mantap. Tidak pasti pula kita mengapa PAS sejak tahun 1990 apabila berjaya menguasai Kelantan dengan bantuan Ku Li menukar jawatan Ketua Dewan Ulama' kepada Mursyidul Am. Ini satu tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi bila Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah diisytihar sebagai guru yang mursyid.


Datuk Nik Aziz menurut PAS, sedang memimpin PAS dalam era kebangkitan semula (1990-sekarang) dan menjadi sebahagian dari era pengukuhan ideologi PAS (1982-1995).


Tapi malang bila cadangan calon nakhoda ditolak di PRK Kuala Terengganu lalu telah menghasilkan kemenangan besar buat PAS apabila jawatankuasa pusat memilih anak Pak Endut menjadi calon. Untuk rekod Tuan Guru telah mencadangkan Mr. Sabu menjadi calon.


Kini PAS telah terjerumus dalam satu lagi dilemma samada hendak bekerjsama dengan UMNO atau tidak demi orang Melayu dan Islam di Malaysia.


Presiden mencadang, nakhoda menolak. Apa pula kata Majlis Syura Ulama PAS dan apa pula kata Jawatankuasa Kerja Pusat?


Datuk Nik Aziz masih berkeras seolah-olah tidak mahu langsung mengadakan kerjasama dengan UMNO kerana sejarah pahit dalam era fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982).


Tak tahulah samada Tuan Guru ini mengikut gerak hati atau berdendam atau bersangka-sangka. Yang paling kita bimbang ialah apabila Tuan Guru yang sudah hilang mursyidnya.