Wednesday, December 24, 2008

Ini Dia Petualang Melayu Dari Perak


"Seronoknya bagi Melayu mati, lepas ni dapat naik Camry..."




Demi jawatan dan kuasa, Bapak Menteri Besar Perak yang katanya warak telah memberikan satu lagi anugerah kepada penjarah, penjenayah dan pengkhianat bangsa dan agama. Kerajaan telah menganugerahkan tanah untuk kelompok komunis ini di satu kawasan khas dinamakan kampung baru supaya mereka memulakan hidup yang baru dan melupakan kegiatan ganas dan subversif mereka. Anugerah ini telah melalaikan orang Melayu betapa nasib keturunan anggota keselamatan yang bermati-matian menentang golongan ini dari menumbangkan kerajaan dan mahu menubuhkan kerajaan komunis.



Berapa banyak yang mereka telah dijanda dan dianakyatimkan dari kalangan orang Islam?



Ganjarannya, tanah yang sudah diberi, ditukar status kepada hak milik kekal.

Inilah seorang petualang bangsa yang bakal merosakkan orang Melayu yang lebih sedih lagi dia ni dari parti Islam yang kononnya menjamin keadilan dan kesamarataan. Kenapa tidak bela nasib keturunan angkatan tentera yang terkorban yang rata-rata masih belum sempurna pembelaannya.



Daripada membuat lebih banyak dosa, berhentilah, Sedarlah awak tu diberikan jawatan Menteri Besar di bawah naungan Tuanku Sultan Perak, Raja Melayu, tetapi menjadi petualang bangsa dan agama dengan merestui bekas penyokong komunis, musuh segala agama.

Belum lagi kita tanya berapa banyak kawasan bijih, kawasan hutan yang sudah dilepaskan kepada tokeh-tokeh Cina lagi.

Tak guna ilmu agama yang ada tu.
Menteri Besar yang enggeh, Ngeh terus tersengih, Melayu terus tersisih.

Selamat Melayu Perak.....

Monday, December 22, 2008

Bila Guan Eng, Anwar, Lebih Besar

Kelmarin Husam dengan tegas mengatakan PAS akan tetap laksanakan hudud. Ya, PAS akan laksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah pada masa depan.
Bunyinya agak mudah saja. Malah pada masa lampau, lagunya tetap sama. Tetapi PAS memerintah Kelantan secara sendirian, tak ada PKR tak ada DAP. Hudud tak jadi juga, alasannya kerajaan pusat 'tak bagi'.
Sehari selepas itu, Guan Eng mengadu kepada Anwar pasal hasrat lama PAS itu. Husam pula ubah nadanya dan mengatakan PAS akan laksanakan hudud dengan persetujuan dua-dua manusia ini.
Nik Aziz pula kata hudud ini bukan perintah PAS, bukan kehendak PAS tapi kehendak Allah.
Hai, macam mana pula kena minta restu Guan Eng dan Anwar baru boleh bikin hudud?
Nampak macam Guan Eng dan Anwar ni lebih besar dari Sultan yang memegang kuasa mengenai hal ehwal Islam. Lebih menyedihkan Husam sudah menganggap kedua-dua badut ni lebih besar dari Allah! Syirik tu!

Thursday, December 18, 2008

Tidak Mengaku Saudara

Peluasan tafsiran saudara dalam akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin akan menjelaskan kekeliruan atau menguatkan lagi akta pencegahan rasuah sebelum ini.
Saudara diperluaskan skopnya kepada anak, isteri, sepupu, bapa saudara, emak saudara dan lain-lain istilah pertalian saudara.
Yang jelas ditinggalkan adalah saudara sesama Islam.
Dalam kebiasaan mereka yang hendak melobi sesuatu projek, selalunya pelobi akan mencari sesuatu persamaan dengan orang yang dilobi. Malah jika ada bau-bau bacang atau 40 pupupun diakui sebagai saudara.
Tetapi bila sesuatu berlaku, adik beradik, malah anak dan bapa pun tak mengaku saudara.
Pelbagai helah dicari untuk menafikan pertalian saudara itu. Berbanding dengan pelbagai kaedah dan salsilah dikaji untuk mengaku saudara untuk mendapatkan sesuatu.
Begitulah naluri manusia yang mementingkan nafsu, dan langsung tidak ikhlas dalam bersaudara.

Tuesday, December 2, 2008

Lawaknya Bila Melayu Seru Perpaduan!

Calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz mencadangkan supaya sekolah satu sistem diperkenalkan bertujuan untuk memupuk perpaduan masyarakat di usia yang muda. "Melentur buluh biar dari rebung" katanya.
Cadangan beliau itu telah mendapat sambutan dari beberapa pihak yang bersetuju dan banyak juga yang tak bersetuju.
Dalam radio Bernama juga banyak dibincangkan dan kebanyakan yang bukan Melayu tidak bersetuju dengan cadangan mereka itu dan membangkitkan tentang sekolah-sekolah agama yang bantu kerajaan. Mereka juga menuntut agar sekolah-sekolah agama mereka juga ditubuh dan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan.
Satu yang melucukan ialah mengapa sibuk mencanangkan soal perpaduan masyarakat Malaysia sedangkan soal perpaduan masyarakat Melayu pun kucar-kacir.
Ada Melayu PAS, ada Melayu PKR, ada Melayu UMNO, ada Melayu DAP, ada Melayu PPP, ada Melayu Gerakan, ada Melayu komunis, ada Melayu sosial, ada Melayu Islam Liberal, ada Melayu celup dan berbagai-bagai Melayu lagi.
Jangan kiralah bani-bani Melayu tradisional seperti Jawa, Bugis, Rawa, Boyan, Minang, Kerinci dan lain-lain.
Melayu PAS, PKR dan UMNO dah tentu berpecah, Melayu dalam PAS pun berpecah, lebih hebat Melayu dalam UMNO, mungkin perpecahan Melayu dalam PKR lebih hebat.
Agak-agaknya jika Melayu bagi signal nak bersatu padu, berani tak bangsa lain angkat muka menuntut itu dan ini? Soal itu dan ini. Kecam sana kecam sini.
Mungkin ramai yang bukan Melayu kini sedang ketawa besar bila ada Melayu nakkan publisiti dengan menyuruh orang lain bersatu padu sedangkan bangsa sendiri centang perenang.
Agama Islam pun tidak mampu menyatukan Melayu, inikan nak buat sistem itu dan ini untuk satukan masyarakat satu negara.
Perpaduan satu bangsa dominan sahaja dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang mahu tak mahu kena akur, bukan sistem, bukan undang-undang.

Sunday, November 30, 2008

Hello P36!

Kepulangan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail ke rahmatullah 28 November lalu membuka sebuah gelanggang baru untuk pertarungan antara BN dan PR dalam pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini.
Bagi BN Kuala Terengganu bakal merupakan setakat mana usaha memperbaiki imej mereka menunjukkan kesannya dan bagi PR pula ia adalah penting bagi meyakinkan rakyat lagi akan cita-cita Anwar untuk memerintah Malaysia.
Dalam pilihanraya lalu, Almarhum Datuk Razali cuma menang dengan majoriti sebanyak 628 undi mengalahkan calon PAS 'Ustaz' Mat Sabu.
Adakah BN mampu mencatatkan majoriti lebih tinggi kali ini atau sebaliknya? Faktor siapa calon akan memberikan kelebihan. UMNO mesti memilih calon yang setanding dengan Datuk Razali, yang merupakan bekas Pengarah Pelajaran Terengganu manakala PAS tidak mampu lagi menempatkan personaliti seperti 'Ustaz' Mat Sabu lagi kerana telah beliau tiada karisma yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Lagipun beliau adalah orang luar.
Bagi penduduk Kuala Terengganu bersiap sedialah untuk salah satu pesta terbesar musim tengkujuh ini.

Monday, November 24, 2008

Bila Fatwa Lebih Perhatian, Melayu Pakar Goncang Kencing Syaitan



Fatwa adalah satu ketetapan yang diwujudkan untuk memberikan keterangan dan kefahaman serta kedudukan sesuatu isu yang tidak jelas dalam hukum Islam yang berasaskan empat sumber, Al-Quran, Al-Hadis, Al-Ijma' dan Qias. Kadangkala perkara yang terang dalam hukum juga terpaksa dikeluarkan fatwa akibat ketandusan ilmu agama di kalangan umat Islam kini.


Baru-baru ini heboh fasal isu pengkid dan yoga yang mana fatwa telah dikeluarkan untuk membanteras kedua-dua gejala ini. Kedua-dua perkara mempunyai nas yang jelas dalam Hadis dan Quran tetapi terpaksalah dijelaskan atas nama fatwa kerana kononnya telah wujud persoalan mengenainya.


Umat Islam kini telah dihidangkan pelbagai-bagai simpang kesesatan melalui jalan-jalan yang mengabui kaedah-kaedah hukum dan mereka banyak menghabiskan masa, wang dan tenaga membincangkannya dan walaupun fatwa dikeluarkan ianya tetap mengundang perbahasan dan penentangan. Ini berlarutan sehingga menjauhkan kita kepada hukum-hukum yang jelas dalam Islam.


Saya terbaca dalam akhbar New Sunday Times mengenai seorang anak Melayu yang begitu cemerlang dalam bidang menggoncang dan mencampurkan arak. Rencana mengenai anak muda ini tidak langsung menggambarkan keganjalannya disebabkan beliau seorang Melayu, berdasarkan iras muka dan namanya Rizal Junior Johari.


Apakah kesimpulan yang diambil dari rencana ini? Ia terpulang kepada golongan mana yang menilainya. Bagi Rizal sendiri, ia adalah seni.


Mungkin yang tidak berilmu dan tidak kisah kepada hukum akan bersetuju dengan Rizal.


Ada Melayu Islam yang juga peminum arak juga akan merasa lega kerana ada juga anak Melayu yang sudi menghidangkan khamar yang istimewa mereka.


Arak jelas dalam hukum, begitu juga mendedahkan aurat, begitu juga riba, judi, zina, begitu juga percampuran antara lelaki dan wanita dan lain-lain perkara yang dilarang syarak.


Oleh kerana fatwa lebih mendapat tempat dalam polimik dan perbincangan masyarakat maka hukum, walaupun jelas, tiada siapa yang peduli. Orang Islam yang jelas terlibat dalam perkara-perkara ini juga tidak dipedulikan.
Justeru, keengkaran kepada hukum sudah menjadi satu adat dalam masyarakat Islam. Siapa peduli?

Wednesday, November 19, 2008

Artis Sebar Ilmu Talaq

Tidak dinafikan bahawa penceraian kini menjadi satu gejala yang sudah menjadi biasa. Akhbar-akhbar Melayu pun tidak pernah mengabaikan cerita-cerita artis dan orang glamour bercerai berai. Mungkin pasangan biasa kalau bercerai, siapa pun tak ambil peduli, tapi kalau artis atau yang glamour-glamour bercerai, berita dibaca dengan teliti.
Surat khabar pun terlalu seronok dan menyediakan ruang khas di muka depan tentang 2 atau tiga artis dan orang glamour bercerai.
Ada sudut positifnya. Sekurang-kurang orang Melayu Islam sekarang bertambah ilmu dan faham apa itu fasakh, sulh, talaq ba'en, talaq khulk, tuntutan nafkah, harta sepencarian dan lain-lain istilah talaq yang biasanya kita pelajari di masjid-masjid dalam bab nikah kahwin dan talaq-talaq ini. Ada juga yang nakal-nakal simpan senarai nama-nama artis comel yang dah di'single'kan tu.

Tuesday, November 18, 2008

Haramkan siKafir Guna Quran!

TG Nik Aziz kata NGO bukan Islam tidak layak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, MFK, yang mengharamkan perlakuan pengkid. Kata beliau keputusan MFK itu adalah ketetapan berlandaskan agama.
Beliau juga menyalahkan umat Islam kerana tidak menerima Quran dan Hadis sebagai pegangan hidup.
Betul tu Tuan Guru. Orang kafir tidak layak untuk mempersoalkan apa juga keputusan yang berdasarkan sumber utama agama Islam.
Cuma Tuan Guru kena tengok sikit gelagat rakan baik PAS di negeri Selangor dan Pulau Pinang yang menggunakan agama Islam untuk mengelirukan umat Islam. Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah menggunakan istilah ulil amri dalam poster-poster di beberapa tempat di kawasan Seberang Perai untuk menawan hati umat Islam.
Manakala di Selangor pula ada ahli Exco kafir yang menggunakan dalil Al-Quran untuk menghentam orang Islam.
TG kena buat fatwa yang jelas tentang melarang orang kafir menggunakan Quran bukan untuk belajar atau mencari kebenaran tetapi untuk menghentam sedangkan mereka sendiri bukan sahaja tidak memperakui dan menerimanya malah membantahnya. Guan Eng kata nak guna kaedah pemerintahan Umar Abdul Aziz, Karpal pula cakap langkah mayatnya sebelum negara Islam ditegakkan. Jelas Islam itu telah digunakan sewenang-wenangnya oleh DAP untuk meraih sokongan Melayu.
Jelas dalam Quran yang melarang orang Islam sendiri menyalahgunakan Quran untuk tujuan keduniaan. Apa lagi si kafir-kafir harbi DAP laknatullah!
Jangan sebab mereka rakan kongsi kuasa maka TG tutup dua-dua mata. Fikir-fikir sikit tanggungjawab dan amanah yang besar sebagai orang berkuasa dan berilmu tinggi tu Tuan Guru.

Monday, November 17, 2008

Ubat Paling Mujarab Buat UMNO

Ada pemimpin kanan kata UMNO kini dalam keadaan sakit yang amat sangat dan memerlukan ubat yang kuat dan mujarab.
Siapa tak tahu perkara tersebut. Semua tahu. Semua kata UMNO kena ada ubat tetapi semua buat cara masing masing dan terus menerus berebut jawatan walaupun dengan cara tumbuk-tumbuk dan humban kerusi. Ada pula yang sekat orang baru, tak kurang juga yang guna bomoh dan orang-orang alim.
Apa yang menjadi masalah ialah semua kata ada formula nak kuatkan UMNO. Semua kata ada ubat yang mujarab untuk pulihkan keyakinan rakyat pada UMNO.
Kita rasa sangsi dengan orang UMNO yang berkata begini sebab mereka bermatian-matian hendakkan jawatan dan tak langsung kisah akan perpecahan yang kian membelah.
Ini kerana UMNO masih ada kuasa, atau saki-bakinya dan mereka ini pula berhempas pulas hendakkan kuasa untuk 'menyakau' apa yang ada dalam khazanah pemerintahan negara.
Ini masalahnya.
Apapun bagi kita, ubat yang mujarab bagi UMNO adalah kalah terus dalam pilihanraya atau hilang kuasanya.
Barulah kita akan tahu siapa yang betul-betul ingin berjuang dan memulihkan parti itu semula kerana sejak negara merdeka dan maju makmur, hanya mereka yang bernafsu besar dan mata duitan sahaja yang kononnya berjuang. Baru tiga hari jadi wakil rakyat, jadi menteri, hartanya berkembang tak tentu hala. Kalau dulu bercerita fasal kereta hebat-hebat kini bercerita fasal helikopter dan jet-jet.
Inilah kemajuan UMNO. Inilah kemajuan yang dijana oleh nafsu yang rakus.