Friday, September 26, 2008

SALAM AIDILFITRI

Braveiron mengucapkan tahniah di atas kejayaan semua umat Islam yang mengunjungi www.tempeyekmelaka.blogspot.com ini yang telah berjaya menempuh ujian dan cabaran kem Ramadhan 1429 dan bersama-samalah kita berdoa agar bertemu di Ramadhan yang akan datang insya Allah.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Thursday, September 25, 2008

Hamper Raya di JPM? Untuk Siapa Ya?


Badan Pencegah Rasuah telah menetapkan bahawa pemberian hadiah atau hamper di musim-musim perayaan dikira sebagai rasuah. Berikutan itu, isteri atau wakil-wakil pegawai kerajaan tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah atau hamper pada bila-bila masa sekalipun.
Pengecualian diberikan jika ianya mendapat persetujuan dari ketua-ketua jabatan dan mengikut garispanduan yang disediakan.
Gambar ini sempat dirakam di depan bangunan pengawal di Jabatan Perdana Menteri. Untuk siapakah hamper raya ini? Untuk pengawalkah, tukang cucikah? Wallau'alam.

Monday, September 22, 2008

Teresa Kok Tidak 100% Salah




Khalid Ibrahim menegaskan bahawa masjid-masjid dan surau-surau dibenarkan menggunakan pembesar suara untuk azan, ceramah dan bacaan Al-Quran sebagai syiar Islam. Ini berikutan dengan kemelut azan yang dicetuskan oleh bekas tahanan ISA, Teresa Kok.


Menteri Besar Selangor ini dilihat sebagai telah mempertahankan hak mutlak orang Islam bagi menegakkan syiarnya. Baguslah Tan Sri kalau macam ini, sekurang-kurangnya isu babi rakyat Selangor kurang bising setelah mereka membantah sekeras-kerasnya khususnya dari sebelah Sepang sana.


Tapi dalam bab agama Tan Sri kena rujuk balik kepada orang-orang pandai seperti Mufti dan Ustaz-ustaz yang beliau percaya.


Dalam hal ini mahu tidak mahu Teresa Kok tidaklah 100 salah atau perlu dipersalahkan.


Kita perlu merujuk kepada Surah Al-A'raf yang memberikan panduan kepada kita supaya tidak mengeraskan suara kita dalam solat. Dan sebuah Hadis sahih Muslim telah memperjelaskan kepada kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan suara yang sederhana.


Hadis itu telah menerangkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan sederhana ialah pembacaan ayat dalam solat itu tidak didengari sehingga keluar masjid.


Dalam hal ceramah pula adalah berkaitan dengan penyebaran dan penuntutan ilmu. Dalam Islam menuntut ilmu mestilah dengan guru yang mursyid dan ianya mestilah dengan cara berinteraksi. Jika pembesar suara digunakan sehingga satu masyarakat dengar akan timbul salah faham dan mereka yang tidak ada di dalam masjid tidak berpeluang untuk menuntut penjelasan.


Bagi azan nas yang mengatakan ia perlu kuat ialah bila Bilal diarahkan melaungkan azan di tempat yang tinggi. Oleh yang demikian azan perlu kuat. Hal ini Teresa Kok atau sesiapa juga tidak boleh pertikaikan.


Oleh yang demikian pentadbir Islam baik di peringkat persekutuan mahupun negeri termasuk Kelantan, mengkaji balik hal ini dan membuat pembetulan dengan wajar.

Monday, September 15, 2008

PAS Rela Teresa Tentang Jawi




"Puan-puan, saya percaya Teresa Kok walaupun dia bukan Muslim dari Khir Toyo yang suka buat fitnah. Teresa Kok geng kita. Saya tak kisah kalau dia nak buang jawi, orang kita pun dah tak pandai jawi, buanglah jawi, tak apa. Lagi pun itu dekat signboard je apa? Identiti Melayu? Melayu mana ada identiti lagi. Identiti Melayu adalah PAS, PAS tahu tak PAS! Dia bukan nak buang Quran. Mungkin satu hari, manalah tahu, terbuka hati dia nak masuk PAS. Bebaskan Teresa, bebaskan Teresa, mansuhkan ISA!
"PAS dan DAP tak ada beza, kita sama-sama tentang BN, bila berjaya, PAS akan buat negara Islam, DAP akan buat negara sekular, NOOOO PROBLEM apa."

Keluar Dulu Baru Hentam



Hairan juga dengan gelagat Zaid Ibrahim ini. Tak semena-mena dia komen fasal ISA. Dia ni menteri kabinet dari Malawi kah? Tak sedar diri diambil jadi menteri, kerja dia tak buat, komen pula fasal hal Menteri Dalam Negeri.

Masa Majlis Peguam buat dahulu dia diam pula. Itu kerja dia untuk berunding dengan konco-konco majlis itu. Menteri ni ada pelik sedikit.

Dia tahu proses undang-undang, dia tahu dia dalam antara eksekutif legislatif tertinggi di negara ini, tapi dia buat kenyataan bodoh sebagai menteri.

Pandai pula suruh Muhyiddin letak jawatan. Tapi sekurang-kurangnya Muhyiddin bercakap atas dasar kepimpinan parti bukan undang-undang kerajaan yang sepatutnya dia sokong dan pertahan.

Beliau secara gentleman sepatutnya letak jawatan sebagai menteri dan bukannya tunggu Pak Lah. Menteri apa yang Pak Lah simpan ni? Dah keluar, nak hentam, hentamlah.
Buanglah menteri ni, masuk PKR pun tak apa, sebab PKR pun bakal jadi parti pemprosesan sisa buangan.
Seorang lagi anak Pak Berahim buat hal.

Friday, September 12, 2008

Kenapa Siti Mariah Tak Repot Yang Ini Juga?



Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor kononnya membuat cerita perempuan yang di atas ini melarang laungan azan. Kita tidak tahu cerita sebenarnya, hanya pengakuan perempuan ini sahaja. Bagaimanapun biar polis yang siasat.
Hebat betul sekarang ini, ahli-ahli PAS lebih percaya orang kafir lebih dari orang Islam. Sudah diajar dengan ayat Al-Quran, "apabila sampai kepada kamu berita dari orang fasiq maka selidiklah dahulu..." Itu orang fasik, orang kafir? Kafir harbi pula tu!
Jawi adalah identiti Islam dan orang Melayu pun hendak dihapuskan oleh perempuan ini juga, tak mahu repot ke?
Memang sahlah PAS memang Parti Aliran Semasa. Kalau Quran boleh ubahpun nak diubahnya!!

Antara Kera dan Nik Aziz



Di TV3 semalam, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz kata dia keliru dengan sikap Tun Mahathir yang keluar masuk UMNO dan beliau juga senang hati sebab UMNO sebagai MUSUHnya memang lemah sekarang.
Tapi saya juga keliru Tok, kerana mengapa Tok Nik bermusuh dengan UMNO yang selama ini memang Islam? Oh mungkin bermusuh dengan UMNO tapi tak dengan ahli-ahlinya. Kalau begitu Tok, PAS ini memang berkawan dengan DAP tetapi bermusuh dengan kafir-kafir harbi dalamnya. Tak gitu Tok?
Nampaknya PAS pun dah keliru dek kerana kemaruk kuasa. MB Perak macam puppet, MB Selangor nak buka kandang babi mega, MB Kedah nak tebang hutan, KM Penang kini mahu projek mega.
Tak tahu lah Tok Nik, nampaknya semua dah keliru.
Tapi yang jelas bagi saya bukan PAS sahaja yang melencong, Tok Guru pun tersasar, habis ilmu agama, habis maunah ulamanya, hilang nur ilmunya dek politik, kepimpinan ulama?
Sayang sekali ya, kalau kera diberi bunga, disepah-sepahkan kelopaknya kerana binatang ini tak ada akal, tetapi manusia macam Tok Guru yang ada akal, diberikan agama, tetapi merangsang perpecahan sesama Islam.
Mana lebih baik, kera atau Tok Guru Nik Aziz? Bak kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri!!"

Thursday, September 11, 2008

Sanggup ke Taiwan:Anwar Terus Kemaruk Katak



Tiada apa yang menghalang Anwar dari terus memujuk sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen untuk menyeberang ke partinya selepas 16 September 2008. Tapi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa perubahan kerajaan dan turunnya harga minyak selepas menukar kerajaan pada tarikh itu, maka Sang Anwar sanggup ke Taiwan untuk 'berbincang' dengan ap-ap yang sedang sibuk melawat kawasan-kawasan pertanian di negara itu.
Sekarang timbul persoalan adakah beliau lebih risau akan musnahnya janjinya dan maruahnya atau betul-betul hendakkan rakyat menikmati penurunan harga minyak?
Adalah menghairankan mengapa Anwar masih disokong sedangkan beliau sudah terang-terang ingin memperjuangkan nasibnya dan bukan nasib rakyat? Pemergiannya itu semata-mata untuk menjaga maruah dan tidak sekali-kali mengotakan janjinya itu. Lagipun ini juga menunjukkan keghairahannya atau kemaruknya beliau untuk berkuasa kononnya di bulan mulia ini.
Anwar, Anwar.
Yang kasihan kita tengok adalah balaci-balacinya yang seakan-akan sudah diperhambakannya. Kalau ikut pengalaman semasa Anwar bersinar di dalam UMNO dulu, banyak rakan-rakan baik yang berjuang bersama-sama ditinggalkan begitu sahaja. Bayangkanlah bila dia jadi PM nanti.
Anwar bukan maksum tetapi di mata penyokongnya beliau adalah insan yang mulia sehingga semua yang negatif terhadapnya dilihat sebagai KONSPIRASI.
Anwar bukan pemimpin sejati, kerana itu para penyokongnya sudah tentu akan menuntut dan menuntut bahagian mereka sekiranya beliau sudah berada di kedudukan tertinggi. Kalau dikira begitu Anwar perlu melangsaikan banyak hutangnya jika berkuasa.
Kata Tun Mahathir, Anwar tidak menang tetapi UMNO/BN yang kalah.
Yang menyokong PR bukanlah kerana apa tetapi kerana pemimpin-pemimpin BN yang kian tak senonoh.

Friday, September 5, 2008

Pelopor Kepimpinan RASUAH

Ahli-ahli PKR nampaknya begitu yakin akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia setelah BN menguasainya selama 51 tahun. Komitmen demi komitmen pula telah dibuat oleh wakil-wakil Sabah dan Sarawak yang mereka akan terus setia dengan BN.
Apakah janji yang ditaburkan Anwar kepada mereka yang lompat? Kini sentimen 16 September sebagai cuti telah menimbulkan banyak polimik. Entah apa lagi yang akan Anwar lakukan untuk merealisasikan matlamat beliau menjadi PM?
Beliau bercakap soal rasuah tetapi dalam masa yang sama beliau pasti menjanjikan sesuatu yang lebih manis kepada mereka yang difikir cenderong untuk melompat. Tiada lompatan jika tiada dorongan? Tidak puas hati dengan kerajaan sekarang? Alasan ini tidak cukup kerana Anwar juga pernah dalam kerajaan dan tiada apa kelainan yang dilakukan kecuali mengungkap istilah-istilah baru dalam bahasa retoriknya.
Apakah dorongan yang dibuatnya itu satu rasuah yang besar kerana dengan dorongan itu telah mengakibatkan negara ditubuhkan atas dasar rasuah. Maka bila ini terjadi maka apa yang dikhuatiri adalah kelemahan kerajaan yang bakal dibentuk ditambah pula dengan ketidaktentuan yang amat sangat. Apa tidaknya dengan majoriti 2-3 kerusi akan memungkinkan kerajaan BN juga melakukan perkara yang sama. Pindah kepimpinan lagi.
Jadi orang Malaysia ini sudah tidak ada kerja lain selain dari melihat aksi-aksi jijik para pemimpin, yang diajar oleh Pelopor Kepimpinan Rasuah, Anwar Ibrahim.