CNN dan media barat sekarang ni sibok mengancam Brunei sbb Undang Sharia. Mereka memboikot semua hotel2 dan kepentingan Brunei. Berikut salah satu jawapan Kerajaan Brunei kpd mereka....
In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution It's your political system, your national identity, your rights, your way of life.
In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.
We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter. This is an Islamic country practising Islamic law. Why don't you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE. Many religions are against homosexuality, it's nothing new. The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric. Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?
Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace. Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy. BruneiUnited
Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Thursday, May 8, 2014
ASAS PERUNDANGAN ISLAM
Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :
a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir
Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
Hudud pula melibatkan 6 kes :
a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)
Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :
a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
Sila share
Mesej berguna dari brunei... Mereka sedang hantar mesej keseluruh brunei utk tujuan mendidik dulu

KAU INI BAGAIMANA?
Kau keluar jemaah bikin satu kumpulan yang kau kata Islam,
Tapi apakah kau sedar itu bukan ajaran Nabi sollahualaihiwasalam.
Kau ini bagaimana?
Kau bilang kalau perintah bersama golongan kafir haram,
Tapi kau kini kok sekongkol dengan kafir setilam.
Kau ini bagaimana?
Kau bilang Hudud itu satu tuntutan,
Tapi kau juga disokong kumpulan tak kenal betina jantan.
Kau ini bagaimana?
Kau dulu tuduh kepala UMNO selalu berzina,
Tapi di celah2 pemimpin kau juga punya hobi yang sama.
Kau ini bagaimana?
Kau bilang kau diperintah Allah tawan Putrajaya,
Tapi kau dulu bilang tempat itu hanya baziran yang nyata.
Kau ini bagaimana?
Kau bilang semua Islam bersaudara,
Tapi kau juga doa sesama Islam bagi malapetaka.
Kau ini bagaimana?
Kau bilang draf Hudud sudah sedia,
Tapi apakah Hudud itu untuk semua bukan untuk Islam sahaja?
Kau ini bagaimana?
Kau punya ulama yang pintar-pintar,
Tapi haluan kau berputar-putar.
Kau ini bagaimana?
Thursday, January 10, 2013
BUKAN PARTI BIASA
Tiada niat untuk membisa
Tiada hasrat untuk membinasa
Hamba hanya insan biasa
Susuk jasad tidak sasa
Umur tinggal sisa-sisa
Merata pelusukku mengembara
Melihat, merasa, menziarah melara
Manusia itu memang setara
Di mana saja mereka berbicara
Secara senyap, fe’li atau bersuara
Ku paling kembali ke bangsa ku kini
Apalah malang mereka ini,
Gemanya sumbang langkahnya berani
Menjaja akhlak, agama, hati nurani
Ikut rentak musuh di sini
Parti dikata parti yang syar’ie
Khabarnya wajib diberikan undi
Ganjaran syurga sering dijanji
Yang tuli mudah dipengaruhi
Yang jahil pula mudah mengikuti
Hai parti yang wujud kerana kecewa,
Berdekad hidup tapi tak bernyawa,
Junjung Islam tapi tak terbawa,
Akhirnya sikafir yang bersendawa,
Bakal kekenyangan bagai si sawa
Adohai parti berlambang purnama,
Jangan ‘Allah’ dikongsi bersama,
Dengan sikafir musuh selama,
Quran dah sebut sudah lama,
Mereka tak redha kita pun sama
Monday, September 3, 2012
Bila Gajah Berlaga, Babi Yang Menang
Pepatah Melayu cakap pelanduk yang tersepit. Tetapi dalam dongeng Melayu pelanduk adalah seekor binatang dari spesis yang cerdik dan sentiasa mempunyai akal yang panjang. Kenapa pula dalam bidalan Melayu pelanduk yang tersepit?
Kini di tanah Melayu ini seolah-olah bakal ada satu gegaran yang amat kuat yang lebih kuat dari gempa tsunami 2004 di Acheh, malah lebih kuat dari tsunami politik 2008.
Gegaran pada kali ini bakal disebabkan oleh 3 ekor gajah yang besar yang mana ada diantaranya fikir dia lebih besar.
Pertembungan 2 parti yang mewakili 3 kumpulan Melayu Islam kini semakin memuncak menjelang pilihanraya di mana rakyat telah diberikan peluang oleh semua bentuk media, media perdana dan media alternatif untuk menilai dan memberikan keputusan yang terbaik melalui pilihanraya.
Maka di sini ingin diperkatakan tidak semua maklumat mempunyai kesahihannya dan tidak semua maklumat dapat diterima baik. Tidak terdapat seorang pun di negara ini sekarang yang mempunyai kata putus dan memberikan impak terhadap keputusan pilihanraya akan datang ini. Yang boleh berikan keputusan adalah bersifat bukan makhluk. DUIT! Ekonomi memainkan peranan yang amat penting kerana ekonomilah yang menjadi sentimen terkuat dalam mempengaruhi manusia. Minta maaf jika dikatakan keterlaluan kerana agama bukan lagi menjadi ikutan yang kukuh oleh kebanyakan rakyat Malaysia, waemah yang beragama Islam sekali pun.
Walaupun banyak isu perkauman dan agama dimainkan namun duit tetap memberikan impak terakhir. Mungkin kita bercakap soal dasar parti, soal prinsip pemimpin, namun itu hanya cakap kosong kerana akhirnya rakyat akan melihat pada kepentingan wang dan ekonomi mereka.
Di sinilah setiap pihak yang bertanding sedang mula mengumpulkan dan menstrategikan perbelanjaan mereka untuk PRU13.
Siapa yang berperanan sebagai pemegang kunci peti duit ini dan dari mana sumbernya? Kerajaan? Korporat? Peniaga? Wang kongsi gelap? Wang panas? Wang dadah? CIA?
Inilah persoalannya. Namun sebagai orang Islam yang berbangsa Melayu tentulah kita gusar apabila ada golongan yang senang-senang menggadaikan tanahair ini dengan wang dan mempertaruhkan nasib anak bangsa kepada golongan tertentu.
Bila 3 kumpulan terbesar umat Islam kini sedang bertelagah kerana kuasa maka hasilnya tidak lain hanyalah orang Islam juga yang menerima padahnya. Hari ini mungkin kita tahu yang menyaksikan kita adalah orang Cina dan India yang menyemarakkan api pertelingkahan ini, esok mereka menjadi 'Sultan'.
Bukan pelanduk sahaja yang binasa malah gajah Melayu yang besar perkasa semuanya akan tunduk kepada Babi yang memerintah.

Tuesday, July 17, 2012
"It's Time To Feed The Pigs"
Agak-agak kita marah tak kalau penguasa makanan, tak kira lah, di gerai-gerai, restoran-restoran mahupun hotel-hotel besar dan kecil yang bukan Islam mengatakan demikian kepada kita? Mungkin itulah yang mereka maksudkan apabila menjelangnya Ramadhan banyak hotel-hotel dan lain-lain pusat makanan yang bukan Islam menawarkan bufet Ramadhan dengan harga yang sering kita tidak hirau akan harganya kerana berkunjung kemari bukanlah satu kemestian kita dalam bulan Ramadhan ini.
Tetapi; kalau ada pihak sponsor tentulah kita tidak menolak kerana selera puasa kita mahu menikmati makanan yang lazat-lazat, dihias dengan cantik dan ketika menjamu selera dialunkan dengan irama muzik yang lemah gemalai.
Siapa yang sponsor dan apakah kita layak disponsor? Yang sponsor tentulah yang punya kepentingan terhadap kita, waemah majikan kita atau kalau kita ada sedikit pengaruh dan kuasa yang dipinjamkan kerajaan atau syarikat swasta yang tegap. Kalau kita di kategori yang kedua, apakah dilema kita di sini?
Terpalitkan soalan dalam hati kita, apakah ini rasuah atau entertainment? Apakah wajar kita layan jemputan ini? Di bulan yang suci ini? Tetapi sebelum itu, tanya dulu, kalau kita tidak di kedudukan kita, apakah kita akan dijemput oleh sponsor tadi?
Berbalik kepada persoalan pokok tulisan ini, "It's time to feed the pigs". Patutkah kita marah akan ungkapan ini jika apabila di masa berbuka puasa memang selalu kita lihat ramai mengambil makanan sehingga penuh satu pinggan besar dan penuh satu meja besar? Tidakkah ini salah satu petanda buruk bahawa sebenarnya kita memang pelahap macam binatang haram itu? Jadi tak layakkah ungkapan itu dihumbankan kepada kita yang berwatak sedemikian ketika berbuka puasa setelah kononnya mematuhi kehendak Allah untuk berpuasa menahan nafsu?
Fikir-fikirkanlah demi imej agama dan kesihatan kita serta nilai puasa kita di sisi Allah swt. Belum lagi saya bicara tentang ragam berpakaian kita terutama pasa muslimah ketika berpuasa.

Thursday, July 12, 2012
Kristian Tak Jual Politik Dengan Agama
Kalau tidak kerana anak dan cucu bumi Amerika Syarikat ini takkan saya jejaki lagi setelah lebih 30 tahun ditinggalkan. Tidak banyak perkara yang berubah dalam negara Uncle Sam ini kecuali kerenah hendak memasukinya yang begitu ketat dan menyakit hati.
Selain dari itu, negara yang dikuasai kaum Aryan ini kini dipimpin oleh seorang kulit hitam yang pernah menetap di Asia dan menjadi tumpuan serangan politik oleh Republican terhadap puak Demokrat. Tidak ramai golongan kulit putih yang gemar rekod sejarah kepimpinan negara ini, walaupun banyak kehendak golongan lobiyis Yahudi telah banyak dipatuhi oleh Obama.
Serangan terhadap Obama kini bertalu-talu terutama bila beliau membentangkan Obamacare yang merupakan satu skim insuran kesihatan komprehensif dan menyeluruh yang jauh lebih baik dari sistem insuran kesihatan yang ada kini. Tentulah syarikat-syarikat insuran di sini merasa tergugat dengan skim Obamacare ini kerana akan dipaksa menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan persekutuan Amerika. Maka pelbagai tohmahan yang telah dibuat dan yang paling hebat ialah seluruh pelobi Mitt Romney telah memomokkan bahawa Obama sebenarnya sedang memperkenalkan sebuah struktur cukai yang baru.
Ini adalah amat mencuitkan kerana skim ini juga telah disyorkan oleh Mitt Romney kira-kira 5 tahun lalu.
Obama kini sedang meraih sokongan yang banyak dari kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah kerana banyak polisi-polisi yang dibawa Obama banyak memberikan manfaat kepada golongan ini.
Tetapi waemah apapun politik Malaysia adalah lebih menarik dan lebih meluatkan terutama apabila ada golongan yang menggunakan agama untuk meraih kuasa. Kaedah ini tidak banyak digunakan oleh ahli politik Amerika kerana ia sebagai sebuah negara sekular. PAS masih sanggup untuk membelakangkan agama malah menghalalkan yang haram dengan mengaburi mata umat Islam yang rata-rata kurang berilmu dalam agama mereka, melalui tafsiran Al Quran dan hadis yang tidak tepat. Seburuk-buruk politik Amerika dan sesesat-sesat agama Kristian, sentimen agama tidak mereka guna untuk meraih kuasa.

Wednesday, June 6, 2012
PAS Pelopori Gerakan Ala Qadiani?
Kecenderungan manusia untuk mencapai sesuatu hasrat melalui agama adalah amalan manusia sejak dahulu lagi. Agama telah dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjejaki tampuk pimpinan dengan helah memberikan nasihat keagamaan dalam memerintah negara.
Gereja Kristian di zaman feudal Eropah adalah merupakan satu-satunya institusi terkaya di rantau itu apabila memiliki harta dan hartanah yang begitu banyak dan paling bernilai.
Sami Gila atau Rasputin telah berjaya menawan hati Czarina Russia sehingga dia dinobatkan sebagai kekasih Permaisuri Russia.
Agama Islam juga tidak sunyi dari gejala ini yang berlaku dalam banyak bentuk, politik, perniagaan atau pun kekuasaan dan pengaruh.
Kita kenal dengan Mirza Ghulam Ahmad yang membawa saluran Ahmadiah atau Qadiani yang telah disesatkan beliau hasil daripada kerja licik penjajah British yang merasa tergugat dengan pengaruh Ghulam Ahmad ketika dia membawa risalah sebenar Islam.
British telah mendekati beliau dan memberikan beliau sanjungan dan kedudukan sehingga dia lupa diri dan mengaku bahawa dialah Nabi setelah Nabi Muhammad dengan alasan seorang Nabi mesti wujud setiap 1400 tahun kerana antara Musa dan Isa as adalah jarak masa 1400 tahun.
Itulah bahana agama jika tidak diberikan tempat yang sebetulnya.
Kini bibit-bibit kesesatan telah wujud dalam kaedah yang sama; menggunakan agama. Tujuan; untuk berkuasa. Sebuah parti berlandaskan agama telah wujud dengan nama Parti Islam Setanah Melayu dengan hasrat untuk menjadi Islam sebagai addin di negara ini. Ia berikutan dengan pendapat beberapa ulama yang mengatakan UMNO telah menyimpang dengan menggunapakai undang-undang British yang tidak Islamik dan ini akan membawa akibat yang buruk kepada umat Melayu dan Islam di negara ini.
PAS telah wujud dengan pelbagai watak tetapi misi utamanya adalah Islam dan negara Islam walaupun dalam doktrinnya tidak menyebut langsung fasal menegakkan daulah Islamiah.
UMNo yang pada mulanya memang menyanjung perundangan Lord Reid tetapi dalam keadaan dijajah dan mahukan kemerdekaan kepimpinan Melayu telah berjaya menyelitkan Fasal yang menghendaki Islam sebagai agama bagi persekutuan. Ini adalah asas bagi umat Islam dalam mengembalikan Islam baik ke tempat asalnya setelah diseleweng oleh penjajah.
UMNO telah berjaya mentransformasi Islam secara berhemah sehingga apa yang kita tidak terfikir dahulu berlaku sekarang. Kita tidak terlintas di awal kemerdekaan akan pelajar Islam kita keseluruhan menutup aurat samada dipaksa atau tidak. Kita terfikir bahawa doa kini sebagai agenda penting dalam memulakan majlis di mana dahulu kita hanya bertakafur atau terus memulakan majlis. Ucapan assalamualaikum yang dahulunya asing kini menjadi lazim walaupundi majlis-majlis mungkar. Terfikirkan kita bahawa kerajaan telah mengorakkan langkah dengan begitu berani dengan mengemuka dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran? Terfikirkah kita pemerkasaan agama Islam dari setiap sudut.
Tetapi waemah apa yang dilaksanakan kerajaan UMNO untuk memartabatkan umat Islam, masih lagi PAS menyatakan secara terang-terangan bahawa UMNO menolak Islam. Inilah zikir PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz.
Orang Melayu tidak kisah dengan konnotasi sebegini terhadap UMNO tetapi yang mengeluarkan konnotasi itu sendiri yang berlebih-lebih dalam agama.
Kalau dahulu kita tidak benar orang kafir masuk ke masjid kini sudah boleh walaupun tanpa menutup aurad. Kalau dahulu amalan memegang lilin di majlis kematian orang kafir tetapi kini ia dibolehkan walaupun dari sudut hukum tidak boleh. Apa yang patang kini sudah hilang kerana PAS FOR ALL.
Dek kerana keasyikan dengan kelainan yang dibawa PAS, orang Melayu rata-rata terlepas pandang bahawa ada banyak fatwa dan kenyataan pimpinan PAS telah membawa bibit-bibit kesesatan, lari dari asas Islam itu sendiri dan melibatkan kesesatan akidah.
Kita tidak pernah mendengar bayan yang menjelaskan kelahiran Nabi itu sama dengan kelahiran manusia biasa, kita tidak pernah mendengar seorang manusia biasa tidak mungkin silap dan kita tidak pernah langsung mendengar bahawa ulama itu Nabi dan Nabi itu Ulama. Kini semuanya terbongkar satu demi satu. Golongan orientalis yang faham, tentu kini boleh tersenyum lebar kerana jarumnya kini sedang menusuk masyarakat Islam nusantara.
Apakah kita kini sedang menuju ke era ala Qadiani, Majusi atau kaum Luth, yang dipimpin oleh parti Islam?
Tuesday, May 8, 2012
Bubar Sahaja Jabatan Mufti Kelantan
Amat sukar bila kuasa politik berada di tangan ulama yang kemudiannya menggunakan kuasa dengan peranannya sebagai ulama. Apakah kuasa ulama seperti Nik Aziz yang juga Menteri Besar boleh mengeluarkan sesuatu hukum yang mana ianya di bawah bidang kuasa Mufti? Apakah wajar jawatan Mufti di negeri Kelantan dibubarkan?
Nik Aziz telah mengeluarkan hukum wajib untuk umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3 dan ramai telah menurut fatwa orang tua ini dan keluar bersama keluarga dan anak-anak kecil dengan harapan mendapat imbalan daripada Allah atas nama jihad menentang rasuah dan penyelewengan kuasa oleh BN.
Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan hukum terhadap perkara yang tidak jelas pula telah mengeluarkan hukum haram menyertai Bersih 3 dengan alasan ianya memudaratkan.
Mufti Kelantan mungkin telah terperangkap dalam isu ini tetapi beliau amat tegas bila ditemuramah dan dengan jelas beliau juga meletakkan hukum yang sama terdapat perhimpunan itu sebagai seorang Mufti dan bukannya sebagai salah seorang ahli tetap Majlis Fatwa Kebangsaan.
Bagi rakyat Kelantan dan juga umat Islam seluruhnya apakah ini akan menimbulkan satu dilemma yang besar diantara hukum yang diletakkan oleh penguasa dan hukum yang berbeza yang diletakkan sebagai penguasa agama?
Nik Aziz sebagai Menteri Besar harus bertindak untuk membubarkan jawatan Mufti Kelantan sejak beliau mengambil tampuk kuasa jawatan eksekutif nombor 1 Kelantan itu jika ia benar-benar mahu mempelopori gagasan kepimpinan ulama di negeri itu. Apa guna kerajaan menghabiskan wang untuk membayar gaji dan elaun Mufti jika ia sebenarnya sudah tidak berfungsi dan semua persoalan berkaitan agama di selesaikan oleh pejabat Menteri Besar? Bubarkan Jabatan Mufti Kelantan terus dan Nik Aziz boleh menjadi penguasa agama yang tertinggi di Kelantan di bawah Sultan. Mungkin juga seperti tahap Nabi saw dan para sahabat ra.
Lupakan konsep ulama' dan umara' yang telah ditetapkan oleh ulama salafi seperti Imam Mawardi dan lain-lain tokoh siyasah Islamiah.
Apapun PAS tetap dengan perjuangan mereka untuk menjadi rakan pemerintah dengan DAP dan PKR selepas PRU13 nanti dan sudah pasti selepas itu kita akan saksikan apakah PAS boleh lakukan untuk memperbaiki nasib umat Islam. Selama ini kita tidak nampak taring PAS yang kononnya mempunyai penyokong yang ramai yang mudah dipatahkan oleh PKR bila Menteri Besar Selangor tidak memberikan jawatan Exco Agama dan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak memberikan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam PP kepada ADUN PAS negeri itu. PAS juga gagal dalam segala hal dalam membendung aqidah umat Islam dalam isu gereja DUMC dan isu arak yang diketepikan dengan mudah sekali oleh samseng Ronnie Liu.
Subscribe to:
Posts (Atom)