Friday, September 10, 2010

Yang Dungu Dan Mendungukan!

Isu kunjungan dua orang wakil rakyat kafir harbi Pakatan Rakyat masuk ke dewan solat surau Al Huda Kajang dan masjid At Taqwa Selayang Baru teru mencetuskan polimik yang tidak lain hanya menyemarakkan kekeliruan umat Islam seluruh negara.
Perpecahan umat Islam terus menular kerana setiap hujah yang dikemukakan oleh pihak yang membenar dan melarang hanya bersifat sentimen dan tidak berlandaskan suruhan dan arahan Nabi dalam konteksnya yang sebenar.
PAS terus mempertahankan insiden tersebut dengan cuba menyesuaikan keadaannya di zaman Nabi saw.
Subky Latif dalam kolumnya di Harakah juga telah cuba mengeluarkan hujah yang berdasarkan nas dan juga logik di sebalik lawatan kedua-dua pemimpin kafir dari DAP dan Keadilan itu.
Apa yang tidak boleh diterima aqal hujah tokoh wartawan senior ini adalah beliau menyatakan bahawa adalah tidak menyalahi hukum Teo Ni Ching masuk ke Dewan Solat surau Al Huda kerana ia kali pertama berlaku! Adakah Subky mahu menghina kemampuan berfikir umat Islam yang waras? Jelas ini adalah satu alasan yang AMAT BODOH dari seorang wartawan yang dikira senior.
Beliau juga cuba mempertahankan tindakan 'Amoi' itu dengan mengatakan bahawa pakaian perempuan musyrik itu mematuhi kod etika negeri Kelantan? Sejak bila pula negeri Kelantan menjadi rujukan kod pakaian nasional? Apakah Subky tidak menyaksikan bagaimana aktres Angelina Jolie berpakaian ketika melawat mangsa banjir di Pakistan. Nampaknya kod pakaian Kelantan jelas amat longgar jika dibandingkan dengan pakaian yang dikenakan oleh aktres Hollywood itu.
Tetapi waemah apapun hujah PAS atau mana-mana ulama PAS termasuk Pok Nik, mereka jelas menyembunyikan hakikat sebenar hukum pemakmuran masjid Allah.
Kalau Nabi mengundang atau membenarkan orang kafir memasuki masjid adalah untuk memberikan bayan kepada mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka pun tahu tujuan sebenar si kafir harbi adalah untuk mencari pengaruh; tidak lebih dari itu. Mereka amat maklum dengan sentimen umat Islam dengan masjid.
Mengapakah tokoh-tokoh ulama PAS tidak langsung memerhatikan ayat 17 Surah At Taubah ini,
"Tidaklah layak orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahawa mereka itu sendiri kafir. Itulah orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka"
Tuan Subky, kalau tuan dah dungu, biarlah dungu seorang, janganlah cuba mendungukan orang lain!!
Pernah tak nonton filem "Dumber and Dumberer"?

Thursday, September 2, 2010

Tiada Lagi....

(ikut rentak lagu Tiada Lagi nyanyian Amy Search)

Sia-sia sudah...
Perjuangan merdeka..
Negara kita ....
Kini bakal.. huru hara...

Sampai kapan lagi...
Ku harus perhati...
Umat ku ini...
Dipermainkan sehingga begini....

Bila ada penyangak agama...
Yang ghairah mengejar undi...
Hingga menggadai status ulama'...

Tiada lagi yang ku harapkan...
Tiada lagi yang ku impikann...
Tiada lagi insan yang bakal....
Membela bangsa kuuu...
Tok guru pun jadi temberang...
Mana hudud mananya Islam....
Tinggal hanya umatku....
Yang bakal tenggelam....

Bila Ulama' Tergamak Melacurkan Islam!

Bila Nga Komeng baca Quran, umat Islam berpecah, bila najis masuk surau sampaikan 'tazkirah' umat Islam berpecah, bila khatib doa untuk Guan Eng, umat Islam berpecah, bila Guan Eng larang perarakan Maulid Nabi, umat Islam berpecah.
Apakah umat Islam kini taksub dengan sesuatu pendapat atau pemimpin, atau apakah umat Islam kini lebih pandai dari Allah dan menghukum mengikut pendapat mereka? Apakah umat Islam sudah engkar dengan ayat-ayat Allah yang memberikan panduan yang jelas terhadap isu-isu ini?
Apakah sebab politik, ulama rela memperdagangkan agama dengan begitu hina, lebih hina dari pelacur yang memperdagangkan tubuh mereka?
Begitulah buruknya rupa umat Islam di negara umat Islam kini. Tidak ada tokoh yang kita kenal untuk memberikan kata putus mengenai isu-isu di atas. Kalau ada pun yang memberi pendapat berdasarkan Al-Quran dan Hadis, segera dicopkan sebagai anjing atau atas suruhan kerajaan. Inilah bahayanya jika ketaksuban sudah menebal.
Bila Allah cuba dicari dengan jalan yang batil,inilah yang terjadi. Bila nama Allah dijaja dengan sewenang-wenangnya, inilah yang jadi. Umat Melayu Islam kini sudah kehilangan punca dan hidup tak keruan, ditambah pula lagi dengan masalah sosial yang tak berkesudahan, masalah ekonomi dan masalah ketandusan kemahiran.
Allah telah memberi amaran yang jelas terhadap bagaimana akhirnya nasib kaum yang menderhaka dalam sejarah umat-umat terdahulu. Apakah umat Melayu akan menjadi satu lagi contoh dalam Al-Quran sebagai satu kaum yang engkar?

Wednesday, August 11, 2010

Siapa Sebenarnya Cetek Ilmu?

Masya Allah, dalam bulan puasa ini ada juga pemimpin yang tuduh pemimpin lain macam-macam. Pemimpin dari parti Islam pula tu. Pemimpin ini telah mendakwa bahawa salah seorang pemimpin UMNO cetek ilmu kerana soal maksiat bukan soal di bulan Ramadhan sahaja kerana pemimpin UMNO tersebut mencabar kerajaan pembangkang itu menutup kelab-kelab malam sepanjang bulan puasa.
Sebenarnya yang menuduh itu pun sama juga kerana secara tidak langsung mendabik dada menyatakan beliau ni dalam ilmunya! Sedangkan kita tahu dia sendiri melalui pendidikan sekular seperti pemimpin UMNO itu juga. Hanya kerana dia pemimpin parti yang mendakwa Islam, dia seolah-olah bebas untuk bersikap demikian.
Sabda Nabi, ...janganlah ada satu puak mengeji, mencaci satu puak yang lain kerana mungkin puak yang dicaci itu lebih baik dari puak yang mencaci.....
Sudahlah, kita di bulan Ramadhan ini bermuhasabahlah, kerana caci mencaci juga tidak berkaitan dengan bulan Ramadhan, kerana ia adalah larangan pada setiap masa.

Tuesday, June 8, 2010

Ensaiklopedia Kekejaman Zionis

Kalau tengok dari hukum aqal, memang payah untuk kita berdepan dan bertindak terhadap Zionis Yahudi Laknatullah ini. Seluruh dunia telah tahu akan kekejaman mereka saban zaman tetapi seolah-olah seluruh alam ini hanya seperti kaku dan seolah-olah ditimpa sindrom 'paralysis'.
Kalau hendak dibuat catatan kekejaman mereka pasti akan tercipta satu ensaiklopedia khusus mengenai kekejaman mereka dan ia saya kira boleh dikatalogkan tanpa masalah.
Pelbagai pamiran mengenai kekejaman mereka telah dipamirkan seluruh dunia tetapi semua ini tidak mendatangkan kesan yang menghasilkan satu tindakan yang berkesan.
Memang benar negara kerdil Israel mendapat perlindungan dari Amerika Syarikat tetapi apakah negara itu jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah?
Bukankah semua kekejaman itu telah berlaku atas keizinanNya? Memang kita akui ia adalah hakikat tetapi manusia itu hanya mampu berkata dan kata-kata itu tidak diterjemahkan kepada mengembalikan ketakwaan dan kepatuhan terhadap syariatnya secara total.
Ya betul kita berdoa dan merintih tetapi doa tersebut hanya sekadar kata-kata berbunga di majlis-majlis sambutan wira-wira kita dari Mavi Marmara dan Rachel Corrie sahaja dan ia tidak betul-betul menusuk dan dihatai sepenuhnya.
Pelbagai pihak dari kalangan umat Islam melaung menggesa diboikot produk-produk yang menyokong Zionis tetapi pada masa yang sama umat Islam sendiri yang mempunyai semacam ketagihan tehadap produk-produk tersebut.
Masih ramai umat Islam termasuk ustaz-ustaz dan pak-imam yang merokok tetapi apakah mereka mahu berhenti atas sebab kebanyakan rokok itu kepunyaan dan mempunyai kepentingan Yahudi?
Zionis Yahudi akan sendirinya menjadi lemah kiranya punca ekonominya diacah tetapi ada pula yang takut bila ditaksirkan berapa ramai pula umat Islam yang bergantung rezekinya dengan syarikat-syarikat ini?
Nampaknya umat Islam tidak mempunyai banyak pilihan kecuali kembali kepada agama dengan sepenuhnya dan rela berkorban walau apapun keadaan yang bakal menimpa.
Jalannya berliku tetapi tidak ada siapa yang berani kata jalan kejayaan hakiki itu tidak susah!

Tuesday, May 25, 2010

10 'Faedah' Jika Pelacuran Dilesenkan

Berikut adalah 10 'faedah' jika pelacuran dilesenkan seperti kegiatan judi dan arak:
1. Mudah kita membanci berapa ramai sebenarnya yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.
2. Boleh kita bendung kemasukan pelacur luar.
3. Kita boleh pastikan semua pelacur bebas dari penyakit kelamin dengan mengadakan pemeriksaan berkala dan ini akan membuka ruang untuk perkhidmatan kesihatan.
4. Boleh menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan pengangguran.
5. Boleh mengelakan poligami.
6. Kerajaan boleh menaksir cukai pendapatan pelacur dengan lebih telus dan memungut GST bila ia dilaksanakan.
7. Membuka minda rakyat terhadap perdagangan seks dan melenyapkan kekeliruan rakyat mengapa ada hukum haram dihalal dan ada yang haram masih haram.
9. Meraikan profesion tertua didunia.
10. Menyegerakan BALA Allah di bumi Melayu ini.
ARAK, JUDI BOLEH DILESENKAN, MENGAPA DAGANGAN DAGING MENTAH HIDUP MASIH DIHARAMKAN?
Ya Allah, janganlah kau jadikan negara ini negara pelacur yang menghalalkan semua yang diharamkan oleh syariat Islam!

Monday, May 24, 2010

Bila Nak Lesenkan Rumah Sundal?

Kerajaan Malaysia terpaksa berfikir panjang untuk membuat keputusan samada hendakberikan lesen judi bola atau tidak kepada Berjaya. Chor Chee Hiung kata lesen tersebut telah diluluskan terlebih dahulu tetapi ditangguh dan kini bila tiba demam bola dunia ianya hendak diluluskan semula.
Kerajaan terpaksa berfikir kerana ada tentangan dari pelbagai pihak terhadap kelulusan lesen judi tersebut. Inilah kerajaan yang paling prihatin dalam dunia, sehingga sampai kecenderungan maksiat rakyatpun terpaksa berfikir panjang.
Asas pembinaan negara ini adalah perlembagaan dan Rukun Negara. Jelas prinsip pertama rukun itu adalah Kepercayaan Kepada Tuhan bermakna setiap warga Malaysia mesti ada kepercayaan, mesti ada agama.
Tidak ada agama yang menghalalkan judi, malah pelacuran, minum arak atau lain-lain maksiat yang diamalkan manusia. Apabila kerajaan berfikir samada untuk mengembangkan sumber-sumber judi ini, di mana letaknya prinsip pertama rukun negara tersebut.
Memang larangan jelas kepada umat Islam tetapi larangan tersebut kekal di atas papan tanda sahaja dan kalau kita perhatikan berapa ramai orang Melayu bersusun di kedai-kedai ekor dan sarang-sarang judi yang lain.
Jika nilai agama tidak digunapakai sehingga membuang masa dan wang rakyat memikirkan soal judi bola, nilai apa yang kita sandarkan sebagai sebuah negara Islam, katanyalah?
Kalau begitu, eloklah juga kerajaan fikirkan bagaimana kita nak selesaikan masalah moral yang lain seperti pelacuran. Kalau masalah judi bola diselesaikan dengan memberi lesen, maka eloklah juga sarang-sarang persundalan ini dilesenkan sekali demi memenuhi hasrat rakyat selaras dengan semangat 1Malaysia, rakyat didahulukan!

Thursday, April 29, 2010

Menteri Pertanian Tak Buat Kerja?

Tak tahu mana silapnya, mana salahnya. Tetapi apa yang dapat disaksikan amat menyedihkan. Dalam satu pamiran makanan laut di Brussels, booth negara kita amat kecil berbanding dengan Siam. Kerajaan Malaysia melalui MITI telah menyediakan 6 gerai pamiran tetapi hanya tiga yang berisi dan tiga lagi tidak hadir.
Kalau dilihat gerai-gerai di pavillion Siam tidak kurang 20 gerai mempamirkan berbagai-bagai produk laut.
Amat sedih kerana perairan Malaysia adalah lebih besar dan secara logiknya tentulah hasil laut Malaysia adalah lebih besar dari Siam? Kemana larinya hasil laut kita?
Noh Omar tak tahu atau tak sedar? Kalau sedar apa tindakan beliau sebagai Menteri Penuh?
Beliau ada jenguk tak tentang nasib nelayan-nelayan kita dan memberikan harapan akan harga pasaran tangkapan mereka yang lebih baik.
Apa yang dapat disaksikan di perkarangan pamiran makanan laut di negara Eropah itu tidak banyak bezanya dengan jenis makanan laut yang ada di negara kita tetapi dengan sedikit kreativiti mereka dapat menjana pendapatan tahunan sehingga ratusan juta dolar setahun walaupun dengan hasil udang yang bersaiz kecil.
Aduhai Noh Omar tolonglah. Rakyat, khususnya para nelayan sudah menderita lama, tak bolehkah sekurang-kurangnya legakan sedikit penderitaan mereka kalaupun tidak dapat hasil jutaan dolar.
Kini tak semena-mena hasil laut kita telah dilarang untuk masuk ke pasaran EU. Apa tindakan kita? Ekspot hasil laut kita pada tahun 2008 lebih RM600 juta, 2009 RM400juta, 2010, RM0juta. Hai Pak Noh, tak ada apa-apake yang boleh YB buat? RM400 juta habis begitu saja! Kalau Pak Menteri nak tahu, hasil jualan di pamiran di Brussel selama 4 hari sahaja dijangka mampu menjana 1 billion Euro!
Mana dia peruntukan yang berbillion-billion wang rakyat pergi untuk program memasarkan produk ikan kita.
Braveiron amat amat kesal dengan perkembangan ini! Noh Omar, Noh Omar.... sibuk kat Hulu Selangor ke? Hah ni dah menang, bak kata Labu, selagi belum tutup mata, kerja,kerja, kerja, jangan makan gaji buta, jauh sekali cari harta dengan takhta!!!

Monday, April 19, 2010

Jangan Bawa Masuk Monyet Ke Parlimen!

P94 adalah satu medan yang terlalu penting bagi kedua-dua BN dan PR. Bagi BN ia adalah satu penanda aras yang memungkinkannya untuk menyediakan pelan tindakan yang sesuai untuk menguasai kembali negeri terkaya di Malaysia itu.
BN amat mempercayai bahawa ini adalah masa terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih relevan dan mampu mengemudi negara kembali ke landasan yang betul.

Tetapi adakah pemimpin BN bermimpi di siang hari atau PR sebenarnya sedang kehilangan punca? Rakyat sudah pun menilai akan pretasi kedua-dua parti ini terutamanya BN yang pasti mempunyai lebih banyak rekod buruk sebab ia lebih lama memerintah.
Pencetus rekod buruk BN/UMNO masih wujud di dalam parti itu dan ada juga di dalam PR kerana hampir kesemua pendokong PR khususnya PKR adalah dari UMNO, MIC, MCA dan lain-lain-lain parti komponen BN. Tidak hairan bagi kita baik BN atau PR yang berkuasa, keadaannya serupa sahaja. PAS pula tidak semena-mena terikut-ikut rentak tidak senonoh PKR/PR dan bertukar dari parti Islam fundamentalis kepada Islam liberalis.
Pengundi seluruhnya telah dapat menyaksikan hasil dari undia mereka di Perak di mana kita telah melihat telatah beruk dan monyet di dalam di Dewan yang sekadar dikatakan mulia. Kita lihat di mana monyet-monyet yang berbaju putih berdiri di atas meja dengan bongkaknya memekik dan menjerit persis orang gila.
Kita selalu lihat di parlimen pemimpin yang dipilih mempunyai gelagat keanak-anakan dan lupa akan tugas hakiki mereka membela rakyat.
Mereka memulau, berdebat tanpa etika dan keluar dari tajuk. Kita sudah tidak kenal mereka yang kita undi dahulu. Tertanya pula di benak kita adakah mereka layak untuk mendapat sokongan, elaun dan keistimewaan sebagai wakil rakyat jika terus-menerus membawa gelagat ini? Ini wang rakyat!
Oleh yang demikian semua pengundi tentulah tidak mahu terasa ditipu oleh janji-janji dan polisi-polisi yang mereka jaja, menunjukkan mereka terbaik dan pihak lawan makhluk terhina. Apabila mereka menang dan masuk ke Dewan, lagak mereka lain; tidak lagi layak membawa gelaran Yang Berhormat. Mungkin kita lebih hormat tukang sapu jalan yang sekurang-kurangnya menjalankan tugas mereka dengan niat yang murni walaupun dipandang rendah dan hina oleh masyarakat.