Tuesday, April 13, 2010

Baby? Kita Buang-buang Je!









Selain dari kekecohan yang bakal dinikmati penduduk Hulu Selangor menjelang PRK, ada pula hamba setan yang turut serta menyumbang kepada pertambahan statistik buang baby di negara Islam Hadhari yang kini jadi 1Malaysia.
Nampaknya buang-buang baby bakal menjadi satu perkara yang lumrah kerana semakin diadakan kempen semakin ramai baby dibuang, dibunuh dan dibiar untuk gonggongan anjing. Kejam? Mungkin dalam masa terdekat ini tidak lagi kerana kata orang Melayu 'alah bisa tegal biasa'. Baby bakal setaraf dengan anak kucing. Akan datang mungkin dialog ini akan jadi kebiasaan.


"Aurad? Tak kena-mengenalah. Benda kecik, siapa nak kacau saya, ada tudung apa!"

"Apa bau bangkai ni?"
"Alah, ada orang buang baby kat belakang tu"

Semua kita bertanya mengapa ini berlaku dan terus berlaku? Semua prihatin sehingga program cegah buang bayi ni pun digelar "Kami Prihatin". Bermacam-macam cadangan dan syor dikemukakan dan ada pula telah dilaksanakan.
Tetapi apa yang telah dilaksanakan seperti mengadakan pusat untuk mengambil dan menjaga baby-baby ini adalah tindakan yang reaktif yang mungkin akan menghimpun lagi baby-baby yang dibuang.
Sebenarnya masalah ini telah lama kita tahu dan hadapi. Dari mana? Statistik Jabatan Pendaftaran Negara telah lama menunjukkan betapa ramainya baby-baby yang dilahirkan tanpa bapa dan ianya semakin meningkat. Mungkin pada masa itu ada yang kata, oh tak apa-apa sebab baby tu hidup dan mamanya ada untuk jaga.
Keprihatinan kita adalah bila baby-baby yang lahir tanpa bapa ini dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan. Ini keprihatinan kita, bukan perlakuan ZINA yang menjadi sebab utama keadaan ini. Kita tak peduli tentang baby btak berbapa, kita tak peduli keruntuhan dan kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan, kita tidak peduli betapa banyaknya pusat-pusat hiburan yang menjadi sarang pelacuran dan keruntuhan akhlak remaja dan RETUA-RETUA kita, kita tidak peduli akan bertong-tonmg arak yang melimpah ke tekak anak-anak kita yang mana kita tahu arak inilah salah satu punca besar terhadap kemaksiatan yang berlaku.
Kita hanya tunjuk keprihatinan kita bila ada unsur-unsur kemarahan, kengerian dan simpati kita. Kita tidak nampak punca gejala ini sebagai satu yang menjijikkan malah kita menganggapnya sebagai satu kemajuan dan ketamadunan masyarakat yang kononnya sivil.
Bilakah kita mahu sedar dan melihat kemaksiatan itu satu yang menjijikkan, bilakah kita mahu sedar yang perkara yang kita anggap kecil seperti menutup aurad boleh membawa kepada kehancuran ummah? Bilakah kita mahu sedar bahawa bukan babi sahaja yang haram tetapi arak juga sama-sama haram, wang yang diperolehi secara batil juga haram; sama sahaja dengan babi.
Disini kegagalan kita dalam menangani isu seperti ini. Selagi kita tidak tuntas dalam melenyap punca-punca ini baby-baby yang dibuang, dibunuh, dihumban, dibiar jadi gonggongan haiwan akan terus menerus bertambah dan bertambah sehingga kita biasa dengannya seperti kita menganggap hukum menutup aurad itu satu perkara yang terlalu kecil dan tak perlu perhatian.
Kita marah orang yang pernah merasa kehidupan dibunuh tetapi adakah kemarahan kita cukup apabila insan yang terus tidak diberi dan dinafikan hak baby-baby ini untuk menikmati kehidupan dunia ini?
Benarlah firman Allah yang meletakkan manusia sebaik-baik kejadian tetapi juga menjadi seburuk-buruk makhluk mengalahkan haiwan yang tak beraqal.

Friday, April 9, 2010

PERKASA: Bukti Kegagalan UMNO?

Satu lagi NGO Melayu telah mendapat tempat di hati orang Melayu yang mana ia telah diberikan sambutan luar dugaan semasa mesyuarat agung pertamanya 30 Januari lalu. Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh mantan PM, Tun Mahathir itu telah menunjukkan bahawa orang Melayu amat menghauskan pembelaan terhadap perlakuan terhadap kaum itu oleh golongan oportunis Cina, India, Benggali dan Melayu yang tidak sedar diri.
UMNO seolah-olah tidak mampu walaupun untuk tergeliat walaupun telah digugat dan dipersoalkan hak istimewanya, agamanya dan yang penting sekali, maruahnya.
Semua orang Melayu tertanya-tanya mana Pemuda UMNO yang dulunya bertaring dan akan lantang bersuara jika nasib orang Melayu di negara ini digugat. Mana dia pemimpin UMNO yang berani tampil dan berdepan dengan pengkhianat-pengkhianat negara yang terus meneruskan memperlekeh orang Melayu dan agama Islam?



Semuanya diam menyepi demi menjaga undi bukan Melayu di mana undi Melayu sudah dipecah riuk. Semuanya mengikut telunjuk pemimpin tertinggi akibat beberapa sebab tetapi sebab utama ialah takut hilang jawatan dan dinafikan projek-projek kerajaan.
Jelas Melayu hampir hilang segala-galanya. Punah sudah harapan dan falsafah Dasar Ekonomi Melayu.
Demi undi dan sokongan bukan Melayu, Melayu UMNO dan Melayu PR berlumba-lumba menjadi jaguh untuk menggadaikan apa yang sebelum ini dikatakan hak Melayu di bumi sendiri.
Maka kemuncaknya ialah bila Ibrahim Ali tampil dengan penubuhan PERKASA yang menjadi harapan dan wadah untuk orang Melayu melihat semula apa yang telah diberi, digadai dan diserah untuk dimamah oleh anasir-anasir yang biadap.
Orang Melayu kini menganggap bahawa PERKASAlah badan yang boleh mengajar kebiadapan Karpal Singh and son, Lim Kit Siang and son, Ngah dan Ngeh, Nizar dan Anwar, Nik Aziz dan lain-lain dalam PAS yang kini tinggal serban.
Apakah benar UMNO kini menjadi parti politik yang bacul? Masihkah UMNO mampu menjadi sandaran dan pertaruhan Melayu menjelang pilihanraya akan datang? Namun kononnya kini imej BN dan UMNO sudah pulih akibat kelemahan pembangkang tetapi apakah itu memadai untuk orang Melayu bangkit dan memperjuangkan semula hak-hak yang telah dicabul, diserah dan digerkah? UMNO perlu bangkit semula DENGAN KEKUATAN SENDIRI.
Mungkin kini PERKASA boleh dianggap sebagai wadah Melayu, tetapi sebelum ini ada juga badan-badan NGO yang membela Melayu. Tetapi apa sudah jadi? Badan NGO Melayu seperti PERKIDA sudah wujud sekian lama tetapi tercemar namanya apabila ahli-ahlinya terlibat dalam gangterism dan kaki pukul.
Jangan pula PERKASA menjadi seperti PERKIDA atau lain-lain NGO Melayu yang pada mulanya gah tetapi apabila mula berkuku timbul pula golongan yang mahu mengambil kesempatan sambil menghancurkan semula pertubuhan itu.
UMNO hampir hancur akibat gejala perebutan kuasa setelah sekian lama. Jadikanlah ini satu pengajaran, pelajaran serta iktibar agar Melayu dan Islam subur semula dan tidak mampu digugat oleh anasir-anasir asing dan Melayu sendiri.

Thursday, April 8, 2010

Khalid Tak Mahu Tabur Janji

MB Selangor, Khalid Ibrahim kata beliau tak mahu tabur janji dalam kempen pilihanraya Hulu Selangor yang bakal hangat menjelang 15 April ini.
Agaknya beliau dah sedar bahawa politik tabur janji sudah tidak boleh menjadi bahan untuk meraih undi lagi kerana sudah terlalu banyak janji pilihanraya dulu masih tertunggak. Nak disenaraikan satu persatu agak banyak di sini. Di billboard-billboard kempen pilihanraya Pakatan Rakyat masih lagi tertera janji-janji itu.
Nampaknya Pakatan bakal kehabisan modal untuk kempen kecuali cara maki hamun dan sumpah seranah sahaja. Tuduhan liar apatah lagi. Nak cerita fasal pembangunan dan apa yang berlaku di Selangor, banyak yang tak baik daripada yang baik.
Anwar sudah memulakannya dengan membawa sentimen Israel dalam dewan. Mula-mula dia kata 1Malaysia idea yang sinonim dengan 1Israel kemudian dia jolok lagi dengan membuat tuduhan bahawa dalam Bukit Aman sendiri ada perisik Israel.
Sama-sama kita tunggu cerita-cerita dongeng yang bakal dibawa Pakatan Rakyat pada masa kempen ini berlalu. Kita mungkin terhibur dengan cara penglipur-penglipur lara dari PAS, DAP dan PKR ini bersandiwara.
Apapun BN khususnya UMNO tidak boleh mengambil mudah dalam PRK ini. Pembersihan dalam UMNO itu sendiri pula mesti berjalan terus. Pemimpin-pemimpin UMNO yang kotor perlu dikikis dan dikukus supaya parti ini kembali ke landasannya tanpa kesan-kesan buruk.
Masalahnya pula kebanyakan mereka pula 'ada cerita'. Sebut sahaja pemimpin ternama UMNO di Selangor, pasti 'ada cerita'.
Mana-mana parti yang menang di PRK Hulu Selangor pastinya bukan parti yang baik tetapi adalah parti yang kurang keburukannya.

Friday, March 26, 2010

Anugerah Dewan Paling Kecoh Sedunia

Pencalonan pertama: Ukraine



Kedua: Turki


Ketiga: Taiwan


Keempat: Korea Selatan


Kelima: Rusia


Keenam: Mexico


Ketujuh: Jepun


Kelapan: India


Kesembilan: Itali


Kesepuluh: Malaysia cukup mencalonkan DUN Perak






Pemenangnya....................................


CHINAAAAA!!!!!

Thursday, March 4, 2010

PKR: Kepala Tak Cuci Ka?

Syed Hussin sosialis PKR kata gejala AP parti itu yang keluar adalah satu proses pembersihan dan penyingkiran liabiliti parti.
Beliau kata macam PAS dan DAP yang mengalami proses yang sama dan parti itu kembali kukuh dan teguh setelah proses penyucian itu.
Hai Syed Hussin janganlah bagi malu anak negeri buat kenyataan yang amat bodoh dari seorang yang amat senior dalam politik.
Kenapa, dah tak ada hujah lain ke. Kes nak sucikan parti, nak bersihkan parti, nak singkirkan liabiliti; ni adalah jawapan politik tahun model 70an.
Kalau ya nak bersih kenapa ketua umum begitu ghairah nak tangguh tarikh perbicaraan.
DSAI nak samak mahkamah dulu sebelum beliau boleh dibicarakan? Ingat kalau Sultan atau Raja ke mahkamah pun tak minta perkara bukan-bukan.
Lain pula gelagat anggota parti dengan Ketua Umum. Anak-anak 'buah' kata parti nak dicuci tetapi 'kepala' tak mahu dibersihkan.

Tuesday, March 2, 2010

Melayu Seronok Buat NGO!

Baru-baru ini Perkasa telah mengumpulkan 76 NGO Melayu untuk membentuk Majlis Perundingan Melayu dengan beberapa objektif yang kita lihat serupa dengan mana-mana NGO Melayu yang katanya berjuang untuk orang Melayu.
Sebelum ini kita juga ada MAPAN dan banyak lagi Majlis-majlis Perundingan meja bulatla, meja pesegila, meja lonjongla. Macam-macam lagi.
Tetapi tindakan yang kita lihat hanya setakat seronok bergambar dan bersidang media sahaja. Tindakan susulannya, lebih-lebih hantar memorandum selepas melalak-lalak depan balai polis dan kedutaan-kedutaan. Lepas tu isu yang dibangkit merudum. Menteri-menteri yang bingai pula tak ambil kisah, malah mengiyakan sahaja perbuatan-perbuatan musuh-musuh Islam ini.
Tengok sahaja kes Pengarang Urusan STAR, si Guna tu. Sampai hari ini dia bebas dan seronok lihat orang Melayu tak boleh buat apa-apa. Seronok melihat Menteri semakin bacul semakin menunjukkan kewadamannya. Mampu tak semua orang Melayu bersatu boikot STAR? Adakah kaki-kaki pukul Melayu yang berani gasak siGuna ni tanpa sebarang bayaran? Mengapa tiada ugutan untuk menyerang pejabat STAR?
Jawapannya: TAK MAMPU. Sebab, berapa ramai orang Melayu bergantung rezeki kepada STAR? Berapa ramai orang Melayu yang bergantung rezeki pada syarikat yang memberi khidmat pada STAR. Walaupun pendapatan mereka tak seberapa, tetapi itulah sumber rezeki mereka.
Jadi NGO-NGO Melayu janganla asyik seronok buat majlis-majlis perundingan dan ambil sedikit promosi dari acara itu tetapi yang paling penting ialah tindakan susulan yang berterusan sehingga puak-puak yang kurang ajar itu tunduk bukan sahaja kerana undang-undang dan peraturan negara tetapi akibat kegerunan mereka bila melihat orang Melayu betul-betul bersatu dan berbicara satu suara, satu bahasa, satu rencana.

Thursday, February 25, 2010

Barua di STAR, Menteri Terus Jadi Bacul?

Mungkin jikalau Pengarang Urusan The STAR mengeluarkan kenyataan menghina hukum Islam di negara asalnya sendiri, puak pelampau Islam di sana sudah menculik dan menyulanya.
Tapi Guna tahu beliau di Malaysia dan tahu Kementerian Dalam Negeri di sini tidak mampu berbuat apa-apa, kerana menjaga 'keharmonian kaum'. Terbukti walaupun beberapa NGO telah membuat laporan polis baru-baru ini, Guna masih lagi senang dan bebas tanpa apa-apa tindakan dari Menteri Dalam Negeri.
Semua orang Islam di Malaysia sedar yang mereka tidak perlu lagi berdepan dengan provokasi liar dan tidak bertamadun lagi. Kita sedar Guna sial ini mempunyai agenda untuk memporak perandakan masyarakat. Tetapi apakah kesedaran itu tidak disusuli dengan tindakan setimpal terhadap Guna melalui undang-undang yang ada. Apa kaitan petualang ini dengan undang-undang syariah jika beliau ditangkap meliwat atau diliwat bersama orang Islam sekalipun, beliau bebas dari tuduhan mahkamah syariah sebab dia kafir. Kita tahu di sebuah negara Islam, undang-undang syariah patut melibatkan semua tetapi kita di Malaysia tidak begitu. Undang-undang syariah hanya terpakai pada orang Islam di Malaysia.
Apakah kerajaan mahu umat Islam menggunakan undang-undang rimba seperti apa yang mungkin berlaku jika keadaan ini berlaku di India, Pakistan atau Iran dan negara-negara yang mempunyai puak radikal yang lebih agresif. Apakah kepimpinan Islam Malaysia mahu dengan rentetan kekurang ajaran ini bakal melahirkan kumpulan radikal Islam Malaysia pula.
Datuk Hisham! Bangunlah dari mimpi yang enak. Agamamu di negara sendiri sedang diperkotak-katikkan. Anda mempunyai kuasa, janganlah kuasa itu terus malap dan dituduh menjadi bacul di kemudian hari. Takut-takut dimasa depan bila Islam sudah kehilangan kuasa di Malaysia anak cucu kita akan bangkit dan kencingkan kubur-kubur kita semua.

Thursday, February 18, 2010

Tan Sri Muhyiddin Aniaya Pelajar?

Isu Bahasa Inggeris yang menjadi subjek wajib lulus tentunya menjadi fobia dikalangan penuntut SPM. Bagi mereka yang lemah dalam bahasa itu akan merasa kecewa kerana masa depan mereka bakal gelap kerana mungkin berdepan dengan sijil yang tempang.
Kadang-kadang kita lupa kerana terlalu mengagungkan bahasa penjajah itu bangsa kita sendiri teraniaya. Bayangkanlah masa depan anak-anak kita yang mungkin lebih ramai akan terabai kerana gagal dalam Bahasa Inggeris.
Apalah salahnya jika kertas Bahasa Inggeris itu mempunyai sijil yang tersendiri dan diasingkan dari sijil SPM. Terpulanglah kepada pusat-pusat pengajian tinggi untuk menerima pelajar ini jikapun mereka tidak mempunyai proficiency Bahasa Inggeris yang selayaknya daripada mereka merana kerana tidak dapat sijil penuh.
Jika mereka ingin bekerja, terpulanglah kepada majikan untuk menerima mereka. Mungkin kerana tidak ada sijil yang penuh maka bakat atau kelebihan yang lain yang ada pada belia kita mungkin akan terabai.
Fikir-fikirkanlah sedikit Tan Sri Abang Muhi. Dalam tempoh empat tahun mereka sudah boleh mengundi. Pengundi tak perlu SPM tau Tan Sri. Mereka tahu mereka tak dapat sijil penuh akibat keputusan Abang Muhi sahaja!

Tak Habis-habis Nik Aziz Ni!

Berdolak-daliklah di Lim Guan Eng mengenai perarakan maulid Nabi yang pada mula dilarang dengan satu surat pekeliling kemudian dinafikan dan akhirnya dibenarkan semula perarakan junjungan kita itu.
LGE memang licik tetapi bodoh sedikit. Mula-mula perintah dia kata nak contohi Umar Abdul Aziz. Lepas tu nak ambil hati orang Melayu dinaikan elaun guru-guru agama. Bukan main puji orang Melayu kat dia. Memang betul dia ikut Umar Abdul Aziz dan menggelar dirinya ulil amri.
Pok Nik Aziz diam sahaja. Tak apalah, tetapi baru-baru ini bila timbul isu perarakan Maulidurasul beliau kata tak ada guna sambut maulidurasul kerana tak ada fadilat.
Mengapalah Pok Nik ni tak habis nak timbulkan masalah furu' yang nyata akan menghabiskan masa orang Melayu. Sebelum ini isu kalimah Allah, lintang pukang Melayu dibuatnya. Tak pasal-pasal Melayu berpecah dua. Sekarang maulid Nabi, nak berarak atau tidak.
Pok Nik, mana lebih baik sambut Maulidurasul ke menyatakan kesedihan atas kematian Teoh Beng Hock dengan nyalaan lilin virgil? Hai la Pok Nik sudah tu. Bersara sahajalah dan jaga cucu serta menantu yang sudah tak ada kerja tu.