Tuesday, October 14, 2008

"Jangan Keraskan Suara Dalam Solat Kamu"

...kadang-kadang solat jemaah empat orang pun guna mikrofon.......

Pernah heboh sedikit masa dahulu tentang azan, bacaan solat yang menggunakan mikrofon mendapat kritikan daripada perempuan yang dijamu makanan anjing dalam penjara.

Braveiron ingin memberikan tumpuan kepada bacaan dalam solat.


Dari Surah Al Isra' ayat 110 Allah berfirman;


"....dan janganlah engkau mengeraskan(menyaringkan) bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana itu."


Dalam sebuah hadis yang berkaitan,

Ibnu Abbas ra berkata tentang turunnya ayat di atas.

Menurutnya, ayat di atas turun ketika Rasulullah saw berada di Makkah. Biasanya beliau membaca ayat Al-Quran dalam solat berjamaah dengan para sahabat, ialah dengan mengeraskan suara. Kerana itu bila terdengar oleh qaum musyrikin, mereka mencemuh Al-Quran, mencemuh Allah yang menurunkannya, dan mencemuh Rasulullah yang membawanya. Maka Allah berfirman "Wa la tajhar bi solatika .... atau jangan kamu mengeraskan suara ketika membaca ayat dalam solat, sehingga terdengar oleh orang-orang musyrik itu, dan janganlah pula terlalu direndahkan ketika membacanya di hadapan para sahabat sehingga tidak kedengaran oleh mereka, tetapi perdengarkanlah kepada mereka dengan suara sedang, sekadar terdengar oleh para sahabat itu.

Dari Sahih Muslim.


Dalam konteks sekarang, berlandaskan pada hadis ini maka adalah wajar sekali penggunaan pembesar suara mestilah untuk pendengaran jemaah masjid sahaja dan tidak dihalakan keluar seperti amalan banyak masjid dan surau sehingga jemaah ada empat orangpun menggunakan mikrofon.

Nas-nas ini jelas dan sahih, mengapa para mufti, ulama-ulama, ustaz-ustaz tidak mengambil inisiatif menegur kesilapan ini. Apakah mereka mahu biarkan amalan ini dengan alasan menegakkan syiar Islam tanpa mengkaji semua aspeknya.

Monday, October 13, 2008

Bolehkah Rakyat Terima Khairy?

KJ kata beliau ada kekuatan sendiri dan tidak perlu pengaruh mertuanya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.
Mungkin 'kekuatannya' itu perlukan definisi yang jelas, jenis apakah, bentuk apakah kekuatannya itu? Populariti? Rekod kerja? Rekod $$$?
Jawatan Naib Ketua diberikan secara percuma sahaja oleh Pergerakan Pemuda. Kerana apa? Tepuk dada tanya selera, walaupun tak diluahkan, dalam lubuk hati setiap Pemuda adalah kerana Pak Lah, PM yang juga Pak Mertua.
Kini bila Pak Lah sudah pasti melepaskan jawatan, pencalonan beliau adalah jauh lebih rendah dari Mukhriz anak bekas PM. Kekuatan sendiri atau saki baki kuasa Pak Mertua yang ada?
Mungkin ada Pemuda yang mahukan KJ memimpin, tetapi pastikah beliau diterima baik oleh masyarakat Malaysia kerana rata-rata kebencian dan kemarahan mereka masih belum reda.
Kalau hendak tunjuk bakat memimpin, bermulalah dari bawah dan bina semula kekuatan kepimpinan yang sebenar.

Benarkan Setiap Ahli Pilih Pucuk Pimpinan

Ku Li menganggap sistem pemilihan parti yang diamalkan kini adalah salah dan beliau mengatakan bahawa setiap ahli mesti mengundi sendiri pemimpin tertinggi berlainan dengan cara menyerahkan kuasa mengundi kepada segolongan kecil elit yang boleh dibeli.
Majlis Tertinggi haruslah memikirkan perkara ini sejajar dengan kehendak dan aspirasi 3 juta ahli-ahli UMNO.
Mungkin ahli-ahli parti itu tidak lagi mahu hanya segolongan kecil sahaja yang berhak memilih pemimpin kerana hasilnya ialah UMNO kini tidak lagi mewakili aspirasi rakyat dan walaupun ahlinya berjumlah 3 juta, tetapi yang komited terlalu sedikit, itupun kalau hendak digerakkan dalam pilihanraya mesti 'hulur' terlebih dahulu. Keikhlasan berjuang hanyalah kerana wang, bukan semangat perjuangan yang tulin.
Sebab itu juga di banyak kawasan pilihanraya, ahli UMNOnya ramai, tetapi kekalahannya teruk sehingga ada ahli UMNO sendiri mengundi pembangkang sebagai tanda protes.
Maklumat ini semua ada dengan Majlis Tertinggi, masa sudah sampai untuk UMNO mencari pemimpin yang tulin dan bukannya pembeli undi.

Saturday, October 11, 2008

Teresa Kok Gonggong Pizza?

Mula-mula YB ni kata semasa dalam tahanan beliau diberi makanan anjing kemudian dia kata makanan seperti makanan anjing, lepas tu dia kata makanan lebih baik sedikit dari makanan anjing.


Hairanlah juga seorang pengacau ketenteraman dan pencetus kemarahan orang Melayu dengan isu babi, azan, jawi mahukan layanan raja ketika dalam lokap. Besar sangatkah title YB tu?


Takkanlah dalam tahanan minta dijamu pizza dan kueh bulan? Sesiapa boleh tanya Teresa samada beliau ada makan pizza atau kueh bulan dalam tahanan?


Tanyalah kalau ada kawan-kawan dalam polis, ada tak tahanan yang dapat benda-benda ini? Dengarnya ada. Kalau begitu, tahanan polis Malaysia tak ubah seperti duduk dalam hotel! Kenapa pula nak hapus ISA?

Jangan Sandarkan Jawatan sebagai Modal Kempen

Pemimpin-pemimpin UMNO yang bakal bertanding bagi merebut Majlis Tertinggi kini sedang giat mencari publisiti dan menganggap diri mereka layak untuk memimpin. Malah ada yang dikatakan tidak mampu untuk mengukur baju di badan sendiri.
Tun Mahathir pula menganggap ada yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sebagai 'jokers' atau badut.
Tapi yang paling tidak seronok ialah apabila ada tokoh-tokoh yang punya jawatan kerajaan menyandarkan jawatan masing-masing sebagai kelebihannya untuk dipilih.
Sudahlah tu, janganlah fikir dengan jawatan itu boleh memberikan kelebihan untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Bertandinglah atas kekuatan sendiri dan tidak bergantung kepada jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri kabinet, Timbalan Menteri dan sebagainya.
Mereka ini seolah-olahnya menidakkan hak mereka yang tiada apa-apa jawatan bertanding dan menawarkan diri mereka untuk berkhidmat.
Kalaulah UMNO tidak perintah lagi, agaknya yang gah dengan jawatan kerajaan tu mampu tak berkhidmat atas kesungguhan dan keikhlasan sendiri?

Wednesday, October 8, 2008

Pemimpin UMNO Ampang Kurang Adab


Dah kalah terus senyap. Program rakyat, program masyarakat Ampang, elek. Yang dia orang sibukkan ialah macam mana nak 'disqualified'kan orang daripada bertanding jawatan dalam bahagian. Yang sah ialah Mail Kijo telah mencari jalan untuk membatalkan Dr. Maamor dari mencabarnya atas alasan-alasan teknikal. Hebat Jawa Pendek ni!
Yang peliknya, dahlah tak mendekati rakyat, ucapan Selamat Hari Raya pun tak diindahkan. Tak nampak pun ucapan dari Mail (calon Lembah Jaya), Cikgu Azman (al menantu arwah Mufti, calon Parlimen Ampang), dan anak Pak Zerain (Haslinda-calon Bukit Antarabangsa). Yang ada dari Ong Tee Kiat. Orang Cina pula pandai ambil hati Melayu. Sepatutnya dah kalah mesti lebih mendekati rakyat tapi pemimpin UMNO ini macam dah terus merajuk.
Maka bertaburanlah ucapan SHR dari pemimpin-pemimpin PKR di serata Ampang; Tok Mail, bertalkinlah untuk UMNO Ampang. Menang dalam UMNO dengan cara yang hina, terus tersungkur di mata masyarakat.

Pak Lah Tak Pertahan Jawatan




Pak Lah sudahpun mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO selepas mesyuarat agong BN pada hari ini.


Kalau sebelum beliau umum sudah ada individu karut dalam UMNO mengumumkan untuk bertanding kerusi tertinggi maka tunggulah akan ada lagi ahli-ahli UMNO yang mengada-ngada mencari publisiti murah mengumumkan bertanding jawatan tertinggi. Anak Tok Mat hendak bertanding Timbalan Presiden dengan alasan meremajakan UMNO, seorang Ketua Cawangan di Pahang mahu jawatan Naib Presiden tak tahu alasannya; mungkin nak meng'akar umbi'kan UMNO. Macam-macam punya karut UMNO la ni.


Bukan apa, braveiron cuma teringatkan peristiwa Sulaiman Palestin mencabar Tun Hussein.

"Dewa" Seri Anwar Ibrahim?



Jika tahniah boleh diucapkan, ucapkan tahniah kepada tokoh 'negarawan' ini kerana beliau telah menuju ke arah yang tidak pernah dijejaki oleh mana-mana pemimpin di negara ini. Setakat ini hanya Dewa Murugan sahaja yang dibina dan berdiri megah dan gah di depan kuil Batu Caves.

Walaupun replika gambar ini tidak setinggi Dewa Murugan, tetapi bibit-bibit pendewaan kepada pemimpin sudah bermula dan ia bermula dari seorang pemimpin yang beragama Islam yang masih hidup sihat.

Sudah tentu DSAI merasakan ini satu kempen promosi yang sangat hebat walaupun ianya jelas benar bercanggah dengan Islam. Bagi Anwar, peduli apa dengan Islam kerana perjuangannya juga jelas tidak berpaksikan Islam. Sebab itulah beliau mendapat sokongan yang luarbiasa dari orang bukan Islam khususnya anggota kumpulan haram HINDRAF dan sokongan ini tidak mungkin beliau kecewakan.

Apa yang menghairankan tidak ada apa-apa komen pula dari tokoh-tokoh kepimpinan ulama PAS khususnya Datuk Seri Hadi atau Datuk Tuan Guru Nik Aziz mengenai Anwar yang bakal didewakan ini.
Tapi tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana kedua-dua badut PAS ini juga tidak menjadi seperti patung yang tidak berkata apa-apa bila Teresa Kok mencuit isu azan dan tulisan Jawi.
Kebenaran apa yang diperjuangkan oleh PAS ini? Saya mencadangkan supaya kedua-dua pemimpin PAS ini membuka serbah dan kopiah mereka dan ubahlah imej yang lebih konvensional supaya semua umat Islam tidak keliru lagi dengan kedudukan dan pendirian mereka.
Hasan Ali, ada komen apa-apa?
Lihatlah telatah PKR, baru menang di Selangor sudah buat benda-benda karut macam ini, bayangkan jika mereka memerintah kerajaan pusat.

Saturday, October 4, 2008

HINDRAF YANG SEMAKIN BARBARIK!

Tindakan 'barbarik' anggota HINDRAF sudah tentu melukakan hati semua rakyat Malaysia khususnya kaum Muslim yang sedang merayakan Eidul Fitr yang mulia. Kumpulan ini nyata bukanlah kumpulan yang bertamadun dan tidak langsung menghormati sesiapa sahaja. Mereka fikir mereka siapa yang boleh berbuat sesuka hati dalam sebuah majlis keramaian agama yang mulia yang dianjurkan oleh eksekutif nombor satu negara.
Jelas mereka adalah kaum pelampau yang mungkin mengambil contoh kaedah rusuhan kaum dan agama di negara asal mereka yang mereka mahu dikembalikan.
Sesungguhnya mereka tidak layak untuk tinggal di sini dan harus dihapus kerakyatan mereka kerana melalui memorandum dan tindak tanduk mereka, anggota HINDRAF ini telah menodai empat dari lima prinsip Rukunegara.
Mereka tidak setia pada Raja dan Negara kerana mempersoalkan kedaulatan raja-raja, mereka tidak hormat perlembagaan dengan mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan, mereka telah mengenepikan kedaulatan undang-undang dengan mengadakan perarakan haram di merata tempat sehingga mengakibatkan kerugian yang melibatkan wang pembayar cukai dan menyebabkan kesulitan orang ramai. Mereka juga telah berkelakuan kurang ajar dan ini jelas melanggar prinsip Rukunegara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Pihak kerajaan harus menimbang dengan serius kedudukan kerakyatan anggota HINDRAF ini dan melayakkan mereka sebagai pembelot, pengkhianat dan perusuh lantas melupuskan kerakyatan mereka kecuali mereka tampil dengan satu kenyataan memohon maaf kepada semua DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin negara, orang Melayu dan Islam dan seluruh rakyat Malaysia serta para pembayar cukai.