Tuesday, July 22, 2014

Wan Azizah MB: Politik Tembak2 PKR?

Kenapa terkejut Tan Sri?
Sehingga komentar ini disiarkan, masih belum ada lagi tanda-tanda bahawa istana negeri Selangor membuat persiapan untuk menerima watikah perlantikan Menteri Besar yang baru. Ini berikutan keputusan mesyuarat PKR yang diadakan pada 12:45 pagi tadi yang 'sebulat' suara mengumumkan bahawa Datin Seri Azizah bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru. Bukan sekadar Menteri Besar tetapi Menteri Besar wanita yang pertama bukan sahaja di Selangor, malah di Malaysia.
Tidak banyak yang kita tahu apakah tindakan Menteri Besar yang sedang berkuasa sekarang kerana nampaknya keputusan mesyuarat PKR itu tidak memberikan gambaran mengenai apa-apa bangkangan dari mana-mana pihak dalam parti.
Walau pun keputusan ini amat mengejutkan sesetengah pihak, tetapi bagi yang mengenal KETUM, kependekan baru untuk Ketua Umum, ini adalah satu perkara biasa kerana telah banyak kejutan demi kejutan yang diwujudkan sehingga kini kejutan itu sudah bukan lagi satu kejutan.
Yang penting bagi KETUM adalah perhatian yang bakal diraih. Beliau tidak peduli samada perhatian itu dalam keadaan positif atau negatif. Beliau dalam keadaan 'nothing to loose' atau tiada apa yang nak dirugikan. 
Memang pantang orang Melayu junjung bendera DAP dulu, tapi tak sekarang
Beliau telah menggerakkan peristiwa lompat parti beramai-ramai khususnya ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, langkah Kajang yang tersumbang, 40,000 pengundi Bangla, kenyataan-kenyataan beliau mengenai pluralisma, kalimah Allah, kes-kes saman beliau dan lain-lain termasuk isu liwat dan China doll adalah makanan bagi kareer politik bekas Timbalan Perdana Menteri ini. Beliau benar-benar telah mengekploitasi kebencian rakyat terhadap kerajaan yang disusun sendiri olehnya dan rakyat rata-rata tidak berganjak sokongannya. Biarlah apa orang lain kata tetapi dibawah pimpinannya dua perkara besar telah berlaku, penyatuan dua seteru parti pembangkang dan penaklukan Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan kerusi-kerusi Parlimen WP.
Nyata politik tembak-tembak Anwar Ibarhim ini menjadi dan apakah tembak-tembak yang terbaru ini bakal mendatangkan hasil dan beliau bakal memerintah Selangor melalui Wan Azizah?
Adakah ini satu lagi arus kemarahan rakyat yang bakal dicetus Anwar apabila Wan Azizah tidak berjaya dinobatkan sebagai Menteri Besar? Sama-sama kita tunggu perkembangan politik tembak-tembak KETUM ini.

Muslimah PAS juga dah tegar membela kemaksiatan

Pelita virgil menghormati orang kafir yang mati juga menjadi amalan pemimpin PAS yang diasuh Anwar

No comments: