Memang tidak syak lagi, memang tak perlu diramal lagi, DAP pasti akan menang di PRK Bukit Gelugor nanti. Pengumuman anaknya yang akan bertanding memang sudah diduga. MCA awal-awal lagi sudah mengundur diri dari bertanding dengan alasan Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan, untuk memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan Hudud oleh PAS, yang mana kita tahu ia satu alasan yang cukup lemah.
Walaubagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata BN tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada DAP dan akan menyokong mana-mana calon yang sesuai yang bertanding atas tiket bebas.
Lain pula dengan lagak pemimpin PAS. Kalau sebelum ini, Menteri Besar Kelantan telah beriaya-iya mengumumkan bahawa rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, tetapi menjelang PRK Bukit Jelutong dan Teluk Intan, perkara itu telah ditangguhkan.
Apa yang lebih gamat lagi adalah keghairahan muslimat PAS yang sudah lumat dengan agenda DAP bertindak seolah-olah mahu menghidupkan Karpal dengan turut serta berkempen dengan slogan "I AM KARPAL SINGH", macam tajuk filem "I AM NUMBER 4" pulak.
Mahunya nanti kita ingin cadangkan kepada kerajaan Lim Guan Eng agar satu tugu peringatan patung Karpal dibina di mana-mana simpang yang sesuai di kawasan Bukit Jelutong, sudah pasti ramai pengunjung akan datang memberikan penghormatan, termasuk penyokong-penyokong PAS. Nauzubillah....
No comments:
Post a Comment