Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Wednesday, May 21, 2014
TELUK INTAN: TERBUKTI SATU JENAKA PAS
Parti Islam Setanah Melayu terus terbelit bila DAP umumkan seorang perempuan muda bertanding merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.
PAS telah menyerang UMNO dengan menisbahkan parti itu kafir, murtad dan mulhid kerana dianggap menolak Hudud. Pengikut-pengikut PAS juga telah menyerang peribadi Perdana Menteri kerana isterinya yang tidak menutup aurad.
Tabiat PAS berlagak seolah-olah merekalah jaguh pejuang Islam telah terkenal sejak dahulu lagi. Pada tahun 1963 mereka telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan pemerintahan secara berkongsi dengan parti kafir adalah haram, Pada 1981 Hadi Awang telah mengeluarkan Amanat Hadi yang telah menisbahkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang menolak Islam, dengan kata lain Kafir lagi.
Rentetan dari propaganda 'Amanat Racun' itu, umat Islam khususnya di pantai Timur hidup tak keruan. Anak tidak mengaku bapak, suami menceraikan isteri, nikah semula, sembelihan dan jamuan orang UMNO haram dihadiri. Ibrahim Libya pula dinisbahkan sebagai mati shahid.
Kini semua berubah. Mereka terang-terangan bekerjasama dengan kafir, tapi dakwa mereka kerjasama mereka adalah atas semangat tahaluf siyasi; tak sama dengan kerjasama UMNO-MCA-MIC. Walaupun konsep tahaluf siyasi ini berbeda 180 darjah dengan konsep yang dibawa Rasulullah, umat Islam khususnya yang menyokong PAS terima sebulat pembetung.
Muncul pilihanraya kecil Teluk Intan. DAP yang bertanding. Kononnya atas semangat setiakawan calon perempuan Melayu yang dipertaruhkan. Perempuan itu adalah setiausaha Raja Chauvinis Cina Malaysia, Lim Kit Siang, Nampak liberal, bertudung jambul, berbaju kurung bila di atas pentas PAS, satu jenaka yang tidak membawa apa-apa makna.
Yang lebih menarik adalah bila tokoh-tokoh totok PAS seperti Nik Aziz dan Hadi tidak turun ke padang untuk membantu. Kita boleh tahu alasan mereka selain dari tidak pasti bagaimana nak menghadapi ahli-ahli parti yang sedia dalam kebingungan arah tuju parti. Hudud yang dicanangkan semakin jauh dari realiti PAS bila dengan tegas Dyana Sofia mengumumkan tidak akan menyokong pelaksanaan Hudud di Malaysia.
PAS memang betul-betul dalam persimpangan sekarang, cuma atas tujuan menumbangkan BN, perjuangan hukum Allah disepikan buat sementara.
Teluk Intan benar-benar mendedahkan jenaka perjuangan PAS dalam menegakkan hukum Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment