Thursday, May 8, 2014

KAU INI BAGAIMANA?




Kau keluar jemaah bikin satu kumpulan yang kau kata Islam,
Tapi apakah kau sedar itu bukan ajaran Nabi sollahualaihiwasalam.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang kalau perintah bersama golongan kafir haram,
Tapi kau kini kok sekongkol dengan kafir setilam.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang Hudud itu satu tuntutan,
Tapi kau juga disokong kumpulan tak kenal betina jantan.

Kau ini bagaimana?

Kau dulu tuduh kepala UMNO selalu berzina,
Tapi di celah2 pemimpin kau juga punya hobi yang sama.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang kau diperintah Allah tawan Putrajaya,
Tapi kau dulu bilang tempat itu hanya baziran yang nyata.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang semua Islam bersaudara,
Tapi kau juga doa sesama Islam bagi malapetaka.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang draf Hudud sudah sedia,
Tapi apakah Hudud itu untuk semua bukan untuk Islam sahaja?

Kau ini bagaimana?

Kau punya ulama yang pintar-pintar,
Tapi haluan kau berputar-putar.

Kau ini bagaimana?

No comments: