Thursday, May 29, 2014

50 DALIL MENGAPA PAS WAJIB DIBUBARKAN-DALIL 3


Allah ta’ala berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?”
 [QS. Ash-Shaff : 2].

Pada bulan Ogos 1963 Majlis Ulama PAS telah menetapkan:

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"

PAS TIDAK PERNAH MENARIK BALIK KETETAPAN INI dan terus bekerjasama dan berkongsi kuasa memerintah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Tuesday, May 27, 2014

50 DALIL MENGAPA PAS WAJIB DIBUBARKAN-DALIL 2

DALIL 2


Pas menyeru dan menyertai gerakan untuk menumbangkan kerajaan sedangkan Surah An Nisa' ayat 59 menyebut:


”Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” 

Dan seperti yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Hudzaifah bin Al-Yaman, dia menyebut bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ

“Akan ada setelah pemergianku pemerintah yang tidak mengikut petunjukku dan tidak beramal dengan sunnahku, dan akan ada golongan dari kalangan mereka (pemerintah) orang-orang yang hati mereka adalah hati syaitan di dalam tubuh manusia.” Hudzaifah berkata, “Apakah yang harus aku lakukan wahai Rasulullah jika aku berdepan dengan pemerintah yang sebegitu?” Baginda menjawab, “Engkau akan mendengar dan engkau akan taat kepada pemerintah walaupun belakangmu dipukul dan hartamu diambil, maka dengarlah dan taatlah.” (Riwayat Muslim)

50 DALIL MENGAPA PAS WAJIB DIBUBARKAN-DALIL 1


DALIL 1.
Keluar dari jemaah Islam. PAS telah keluar dari jemaah Islam sejak penubuhannya sedangkan hadis menyebut;
مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ ، إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
وفي رواية : فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه
“Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya dari pemerintahnya, maka hendaklah dia bersabar terhadapnya. Kerana barangsiapa yang melepaskan diri satu jengkal sahaja dari Jama’ah, maka dia mati seperti matinya Jahiliyah.” Dalam riwayat lain disebut: “maka sesungguhnya dia telah menanggalkan tali kekang Islam dari lehernya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, May 21, 2014

TELUK INTAN: TERBUKTI SATU JENAKA PAS





Parti Islam Setanah Melayu terus terbelit bila DAP umumkan seorang perempuan muda bertanding merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.
PAS telah menyerang UMNO dengan menisbahkan parti itu kafir, murtad dan mulhid kerana dianggap menolak Hudud. Pengikut-pengikut PAS juga telah menyerang peribadi Perdana Menteri kerana isterinya yang tidak menutup aurad.
Tabiat PAS berlagak seolah-olah merekalah jaguh pejuang Islam telah terkenal sejak dahulu lagi. Pada tahun 1963 mereka telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan pemerintahan secara berkongsi dengan parti kafir adalah haram, Pada 1981 Hadi Awang telah mengeluarkan Amanat Hadi yang telah menisbahkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang menolak Islam, dengan kata lain Kafir lagi.
Rentetan dari propaganda 'Amanat Racun' itu, umat Islam khususnya di pantai Timur hidup tak keruan. Anak tidak mengaku bapak, suami menceraikan isteri, nikah semula, sembelihan dan jamuan orang UMNO haram dihadiri. Ibrahim Libya pula dinisbahkan sebagai mati shahid.
Kini semua berubah. Mereka terang-terangan bekerjasama dengan kafir, tapi dakwa mereka kerjasama mereka adalah atas semangat tahaluf siyasi; tak sama dengan kerjasama UMNO-MCA-MIC. Walaupun konsep tahaluf siyasi ini berbeda 180 darjah dengan konsep yang dibawa Rasulullah, umat Islam khususnya yang menyokong PAS terima sebulat pembetung.
Muncul pilihanraya kecil Teluk Intan. DAP yang bertanding. Kononnya atas semangat setiakawan calon perempuan Melayu yang dipertaruhkan. Perempuan itu adalah setiausaha Raja Chauvinis Cina Malaysia, Lim Kit Siang, Nampak liberal, bertudung jambul, berbaju kurung bila di atas pentas PAS, satu jenaka yang tidak membawa apa-apa makna.
Yang lebih menarik adalah bila tokoh-tokoh totok PAS seperti Nik Aziz dan Hadi tidak turun ke padang untuk membantu. Kita boleh tahu alasan mereka selain dari tidak pasti bagaimana nak menghadapi ahli-ahli parti yang sedia dalam kebingungan arah tuju parti. Hudud yang dicanangkan semakin jauh dari realiti PAS bila dengan tegas Dyana Sofia mengumumkan tidak akan menyokong pelaksanaan Hudud di Malaysia.
PAS memang betul-betul dalam persimpangan sekarang, cuma atas tujuan menumbangkan BN, perjuangan hukum Allah disepikan buat sementara.
Teluk Intan benar-benar mendedahkan jenaka perjuangan PAS dalam menegakkan hukum Allah.

Monday, May 12, 2014

TUGU KARPAL DI BUKIT GELUGOR?

Memang tidak syak lagi, memang tak perlu diramal lagi, DAP pasti akan menang di PRK Bukit Gelugor nanti. Pengumuman anaknya yang akan bertanding memang sudah diduga. MCA awal-awal lagi sudah mengundur diri dari bertanding dengan alasan Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan, untuk memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan Hudud oleh PAS, yang mana kita tahu ia satu alasan yang cukup lemah.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata BN tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada DAP dan akan menyokong mana-mana calon yang sesuai yang bertanding atas tiket bebas.

Lain pula dengan lagak pemimpin PAS. Kalau sebelum ini, Menteri Besar Kelantan telah beriaya-iya mengumumkan bahawa rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, tetapi menjelang PRK Bukit Jelutong dan Teluk Intan, perkara itu telah ditangguhkan.

Apa yang lebih gamat lagi adalah keghairahan muslimat PAS yang sudah lumat dengan agenda DAP bertindak seolah-olah mahu menghidupkan Karpal dengan turut serta berkempen dengan slogan "I AM KARPAL SINGH", macam tajuk filem "I AM NUMBER 4" pulak.

Mahunya nanti kita ingin cadangkan kepada kerajaan Lim Guan Eng agar satu tugu peringatan patung Karpal dibina di mana-mana simpang yang sesuai di kawasan Bukit Jelutong, sudah pasti ramai pengunjung akan datang memberikan penghormatan, termasuk penyokong-penyokong PAS. Nauzubillah....

Thursday, May 8, 2014

Brunei Kini Berdepan Reaksi Busuk Kuffar

CNN dan media barat sekarang ni sibok mengancam Brunei sbb Undang Sharia. Mereka memboikot semua hotel2 dan kepentingan Brunei. Berikut salah satu jawapan Kerajaan Brunei kpd mereka....

In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution It's your political system, your national identity, your rights, your way of life.
In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.
We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter. This is an Islamic country practising Islamic law. Why don't you worry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE. Many religions are against homosexuality, it's nothing new. The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric. Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?
Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace. Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy. BruneiUnited

ASAS PERUNDANGAN ISLAM

Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :

a. Qisas
b. Hudud 
c. Diyat
d. Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :

a. Bunuh dengan sengaja

b. Melukakan dengan sengaja

c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja

Hudud pula melibatkan 6 kes :

a. Murtad

b. Merompak

c. Minum arak

d. Berzina

e. Mencuri

f. Tuduh zina (qazaf)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja

b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.

Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

Sila share
Mesej berguna dari brunei... Mereka sedang hantar mesej keseluruh brunei utk tujuan mendidik dulu

KAU INI BAGAIMANA?




Kau keluar jemaah bikin satu kumpulan yang kau kata Islam,
Tapi apakah kau sedar itu bukan ajaran Nabi sollahualaihiwasalam.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang kalau perintah bersama golongan kafir haram,
Tapi kau kini kok sekongkol dengan kafir setilam.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang Hudud itu satu tuntutan,
Tapi kau juga disokong kumpulan tak kenal betina jantan.

Kau ini bagaimana?

Kau dulu tuduh kepala UMNO selalu berzina,
Tapi di celah2 pemimpin kau juga punya hobi yang sama.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang kau diperintah Allah tawan Putrajaya,
Tapi kau dulu bilang tempat itu hanya baziran yang nyata.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang semua Islam bersaudara,
Tapi kau juga doa sesama Islam bagi malapetaka.

Kau ini bagaimana?

Kau bilang draf Hudud sudah sedia,
Tapi apakah Hudud itu untuk semua bukan untuk Islam sahaja?

Kau ini bagaimana?

Kau punya ulama yang pintar-pintar,
Tapi haluan kau berputar-putar.

Kau ini bagaimana?