Tuesday, September 20, 2011

SELAMAT TINGGAL UNIVERSITI KEDUA!!!


Mentor fahaman sosialis Malaysia, Pak Kassim Ahmad, menganggap ISA sebagai Universiti Kedua sehingga menjadikannya sebagai tajuk untuk bukunya yang ditulis; mungkin sebagai tesisnya selama berada di 'universiti' itu. Ya memang ramai di antara tokoh Negara yang terhebat pernah di'terima' masuk ke dalam institusi ini. Mereka terdiri dari jutawan, ahli politik, pemimpin NGO, tokoh agama, pendakwah ulama' dan lain-lain lagi.

Universiti ini tidak menarik minat untuk melanjutkan pelajaran tetapi ia adalah pusat 'tarbiah' yang membenarkan segala-galanya yang datang dari pihak pemerintah. 'Mahasiswa' universiti ini bukanlah budak-budak nakal tetapi punya pengaruh yang luar biasa yang berpotensi menggugat keselamatan awam.

Tidak ada alumni tertubuh, malah bekas-bekas graduan universiti tetap menjalankan hidup sehariannya selepas tamat 'pengajian'; ada yang dikatakan sedar malah ada dikatakan terus menjadi penentang kerajaan yang lebih tegar. Ada yang terpaksa mengulangi 'kuliah' kerana menjadi golongan kedua tadi dan mempunyai ketahanan mental yang lebih utuh. Tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang memang telah menjadi penuntut sejati universiti ini dan pengalaman keluar masuk sudah pasti menjadi sesuatu 'yang menyeronokkan'.

Rakyat Malaysia, terutama yang hidup semasa merdeka memang maklum terhadap ISA dan tujuan ianya wujud di tengah-tengah 'keindahan' masyarakat majmuk Malaysia ini. Ramai yang mengecam akta ini kerana ia adalah pengaruh dari segelintir ahli masyarakat yang sudah 'kena' dengan sengatan akta ini.

Namun ia tetap melibatkan kurang dari 1% penduduk Malaysia kini sejak ianya wujud dan dalam keadaan ianya berkuat kuasapun tidak menjejaskan kemaslahatan umum. Mungkin kerajaan sedar inilah faktanya tetapi mahu tak mahu terpaksa digugurkan mengenangkan desakan kumpulan yang secebis ini.

Mungkin kerajaan menimbang bahawa desakan dari kumpulan yang secebis ini akan membawa kesan kepada kuasa yang kini BN pegang lalu tanpa sedar atau tidak kini masyarakat yang banyak terdedah lagi dengan pelbagai tohmahan, hasutan dan dakwaan yang mungkin tidak berdasarkan kepada kebenaran malah fitnah yang tidak terkawal kini.

Saya menolak keras tindakan Najib menggugurkan ISA kerana rata-rata komuniti siasah masih belum matang dalam berpolitik seperti kematangan yang ditunjukkan oleh ahli politik barat. Kita tidak mampu mendedahkan lagi masyarakat dengan tragedi 13 Mei atau sewaktu dengannya kerana walaupun sudah merdeka 54 tahun, gejala chauvinism kaum masih menebal walau pelbagai program yang gagasan diperkenalkan oleh kerajaan; dari semangat muhibbah sehingga konsep 1Malaysia.

Kini ahli masyarakat yang anti establishment boleh tergelak sehingga ke telinga kerana tiada lagi sekatan untuk mereka menyentuh soal-soal sensitive yang melibatkan agama, raja, bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu. Sebelum dimansuhkan ISA pun perkara ini sudah disinggul oleh pelbagai pihak tanpa apa-apa tindakan dilakukan. Pergerakan haram seperti Hindraf, Siqiu dan lain-lain terus mengasak orang Melayu dan keistimewaannya yang tidak seberapa serta kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dengan masih wujudnya ISA berlaku juga perhimpunan haram Bersih 1 & 2 yang telah mengakibatkan kerosakan yang bukan sedikit. Bayangkanlah apa yang bakal berlaku kepada masyarakat terutamanya perkara-perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan. ADUN sial DAP dari Kota Alam Shah, Manoharan pun sudah berani menyatakan untuk menukar bendera Malaysia sekiranya Berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Saya amat kesal mengapa Najib mengumumkan terlebih dahulu untuk memansuhkan ISA dan proklamasi Darurat yang mana ianya boleh sangat dikekalkan dengan pindaan yang sesuai dengan keadaan semasa. Kini bolehkah kita jamin bahawa Kerajaan boleh mewujudkan satu akta yang baru mengantikan ISA dengan mudah dan segera?

Kebenaran yang terbukti pun susah nak diterima masyarakat inikan pula meyakinkan parlimen untuk mewujudkan akta baru untuk mencegah dari sesuatu yang bakal berlaku dan mengekalkan keamanan? Anwar dan konco-konconya TIDAK MAHUKAN KEAMANAN kerana kekecohan dan huru-hara memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk merampas kerajaan; SUDAH TENTU dengan bantuan luar seperti apa yang berlaku di Libya dan Mesir.

No comments: