Sunday, September 25, 2011

Hudud Satukan DAP, MCA


Tak pasal-pasal Presiden MCA, CSL, mengumumkan untuk menarik diri dari Barisan jika UMNO hendak menguatkuasakan Hukum Hudud, yang mana tiada kenyataan rasmipun dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO mengenai Hukum itu.
Presiden MCA itu membuat kenyataan tersebut bila Mursyidul Am PAS Nik Aziz bertegas untuk meneruskan pelaksanaan Hukum Hudud jika berkuasa. Kenyataan Tuan Guru itu menjadi polimik apabila Karpal Singh juga bertegas tidak mahukan hukum itu atas dasar negara ini adalah negara sekular.
Timbalan Perdana Menteri pula apabila CSL mengeluarkan kenyataan itu beliaupun mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebagai parti yang didokongi oleh orang Islam menyokong Hukum itu tetapi menegaskan bahawa ia belum sesuai untuk dilaksanakan atas sebab negara yang berbilang kaum dan agama. Malah Anwar sekalipun, walaupun mukanya telah disaksikan jutaan manusia dalam video seksnya itu, juga mahukan hudud.
Polimik hudud kembali segar gara-gara PRU13 yang akan diumumkan sedikit masa lagi. Namun rakyat Malaysia khususnya para pemerhati politik sedar ianya hanyalah sekadar polimik yang tidak mampu dilakukan oleh PAS mahupun UMNO selagi mereka tidak bersatu.
Tetapi walaupun PAS dan UMNO bersatu, mahukah seluruh umat Melayu di negara ini mahukan atau menyokong pelaksanaan hudud jika kita tolak sama sekali pertimbangan politik?
Bersediakah umat Islam itu sendiri akan pelaksanaan Hudud. Menerimanya memang senang, sekadar di mulut, tetapi dihati? Allah sahaja yang tahu.
Sebab itulah setiap hukum yang diturunkan Allah diturunkan apabila sekelian umat Islam sudah mantap aqidahnya.
Apakah umat Islam kini sudah mantap keimanannya sehingga boleh menerima apa sahaja dari Allah? Jika tidak, bermakna seruan mengenai hudud ini akan jadi sekadar seruan dan bukan tindakan waemah dari mana ianya datang.
Tetapi apa yang pasti polimik Hukum Hudud ini jelas menyatukan kaum bukan Islam melalui MCA dan DAP yang masing-masing menentangnya tidak kira dari mana ia datang atau siapa yang mahukannya atau pihak mana yang hendak melaksanakannya.

No comments: