Wednesday, August 24, 2011

Tazkirah Liwat dari Ulama dan Ustaz PAS?


Adakah wajar butiran perbicaraan liwat DSAI dihebahkan? Liwat adalah satu perbuatan yang haram lagi terkutuk. Negeri Kaum Nabi Luth diterbalikkan akibat lelaki mendatangi lelaki dan perempuan mendatangi perempuan. Malah dalam hukum Islam tidak ada mandi junub khusus untuk membersihkan diri dari liwat seperti jimak. Cara menyucikan diri hanyalah dengan taubat nasuha.
Dalam mendidik masyarakat kearah akhlak yang baik wajarkah pemberitaan mengenai kes liwat DSAI ini kita pamirkan kepada umum? Apakah cukup sekadar orang awam mengetahui akan perbicaraan itu berlaku dan hanya keputusan perbicaraan itu sahaja yang dihebahkan.
Ini adalah kerana perkara yang amat jelik dalam agama dan juga budaya kita ini tidak harus dicungkil sehingga menjadi satu bahan percubaan di kalangan masyarakat yang yang jahil. Apa yang harus dilakukan ialah mendedahkan kepada masyarakat tentang bahaya perbuatan luar tabi'e dan hakikat bahawa binatang pun tidak sanggup melakukannya.
Kita harus memelihara akan apa jua maklumat yang datang dan menguruskannya dengan baik sehingga ia tidak menjadi teladan yang buruk di kalangan masyarakat.
Mahu tak mahu liwat kini menjadi satu perkara biasa sahaja sehingga berita mengenai seorang padri lelaki Malaysia yang hendak berkahwin dengan teman lelakinya seakan-akan tidak mencetuskan bangkangan yang kuat dari masyarakat Islam dan juga bukan Islam di negara ini. Tidak ada pula kedengaran pihak gereja di Malaysia yang membangkang dengan tegas.
Pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri harus mangadakan satu bentuk kawalan terhadap media dalam memberikan laporan terhadap kes Anwar-Saiful ini. Kita khuatir jika pendedahan ini dibuat secara meluas dengan perinciannya, maka ia akan memberikan impak yang lebih negatif dalam masyarakat kita yang sudah sedia robek dengan pelbagai masalah sosial. Kita bimbang suatu hari nanti masyarakat dunia juga akan memberikan tanggapan yang negatif terhadap Malaysia sebagai negara Islam dan membuka ruang untuk mempersoalkan Islam itu sendiri.
Dalam keadaan masyarakat Malaysia melihat liwat sebagai sesuatu yang jijik tetapi ada segelintir masyarakat juga telah dipercayai menjadi pelaku homoseks dan lesbian tegar. Apatah lagi ini bakal membuka peluang masyarakat gay seluruh dunia mengecap Malaysia sebagai negara yang menyekat kebebasan dan mencaci agama Islam disebabkan oleh ketegasan kita terhadap perlakuan liwat.
Ketika ini juga mungkin ramai ibu bapa yang tersipu-sipu dalam memberikan jawapan yang jelas jika ditanya oleh anak-anak kecil mereka mengenai perlakuan liwat ini.
Inilah masanya para ulama harus bangkit dan menganjurkan majlis-majlis tazkirah khas untuk menyedarkan masyarakat umum mengenai perlakuan liwat dari perspektif agama.
Dalam hal ini sudah tentu ulama dan ustaz PAS tak mahu sentuh mengenai perkara ini kerana ia melibatkan rakan sekutunya.
Janganlah akibat mengejar pengaruh politik untuk memburuk-burukkan seseorang musuh kita merosakkan pemikiran dan menjejaskan pendidikan akhlak di kalangan anak-anak generasi akan datang kita.

No comments: