Thursday, August 18, 2011

Akibat Ghairah Sangat Menyalahkan UMNO



Pak Mustafa Ali dengan begitu yakin menyatakan ini;
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah"

Dengan kenyataan ini terbuktilah; dalam bulan yang mulia ini; PAS memang tidak hiraukan langsung keadaan proses memurtadkan orang Islam di DUMC. Yang lebih penting menyalahkan UMNO.




Lagi satu kenyataan pimpinan PAS, dari Naib Ketua Pemudanya, Al Hisssss;

"PAS melihat kegagalan ADUN berkenaan menyarungkan songkok dan berbaju rasmi persidangan adalah kerana gagalnya Umno dan BN dalam mendidik rakyat bagi memahami budaya adat resam orang Melayu dan agama Islam di negara ini"
Layakkah mereka memerintah? Kedua-dua kenyataan ini bukan fakta tapi bahan ketawa.

Ini baru dua dari ribuan kenyataan yang pelik-pelik dari pimpinan PAS selama mereka bersama DAP....

2 comments:

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

PAS mengamalkan cara hidup "in denial".

Anonymous said...

Antara tanda-tanda jelas orang yang gagal ialah menyalahkan segala benda pada orang lain. Kalau pemimp.in PAs gagal tak apa, tetapi orang kafir akan kata Islam yang gagal sebab PAS