Bila timbul isu bacaan Al Quran waktu Subuh di Pulau Mutiara teringat pula kisah tarhim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Samada ia adat atau ibadat, bacaan tarhim pada waktu Subuh adalah kelaziman suatu waktu dahulu. Mahu tak mahu ia adalah bacaan yang dilakukan dengan menggunakan pembesar suara dan sudah tentu pada orang bukan Islam dan mungkin sesetengah orang Islam sendiri akan terganggu tidur lenanya.
Apa lagi di sebuah negara kafir seperti Singapura. Al kisah Lee Kuan Yew telah memanggil Pengerusi sebuah masjid di Singapura dan bertanyakan soal tarhim samada ia perlu dilaungkan. Maka kata pengerusi itu ianya perlu untuk mengejutkan orang Islam solat Subuh tetapi Lee Kuan Yew tahu ia bukan sesuatu yang wajib.
Maka dengan baik Lee meminta Pengerusi itu menghentikan dahulu tarhim itu selama 1 minggu sahaja dan bolehlah sambung selepas itu.
Akur dengan arahan itu maka tarhim pun dihentikan selama seminggu.
dalam diam tak diam Lee telah menghantar anggota SB ke masjid itu setiap Subuh sepanjang minggu dan seminggu selepas itu.
Selepas seminggu tarhim dihentikan, ianya disambung kembali. Selepas seminggu tarhim disambung maka Pengerusi masjid itu dipanggil kembali menemui Lee.
Lee bertanya adakah perlu tarhim itu dilaungkan? Jawapan Pengerusi itu sama saja, perlu.
Di saat itu Lee menempelak. Beliau berkata dari laporan yang dia dapat bilangan jemaah yang datang adalah sama sahaja, samada dengan tarhim atau tidak. Maka bersetujulah Pengerusi masjid itu menghentikan bacaan tarhim selama-lamanya.
Begitula liciknya seorang pemimpin kafir menyelesaikan masalah yang melibatkan amalan orang Islam.
Kini di Pulau Pinang, tentulah Ketua Menterinya mempunyai kaedah yang sama, yakni dengan mengemukakan fakta dan merujuk kepada ulama tentang bacaan Quran menggunakan pembesar suara. Maka hukumnya menyebelahi matlamatnya dan satu fatwa dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam PP melarang bacaan Quran dengan pembesar suara pada waktu Subuh.
Namun kita juga sangsi kerana walaupun ianya hukum yang jelas tetapi kita pasti tahu niat sebenar kerajaan Pulau Pinang itu. Selagi ada ruang untuk menghadkan pengaruh Islam, dia akan gunakan. Padahal bukan sedikit orang Tiong Hwa yang bangun awal Subuh dan berjalan kaki sebagai salah satu riadahnya pada waktu pagi.
Akibatnya, bagi orang Islam yang masih jahil, isu ini menjadi satu isu yang besar ditambah pula dengan campur tangan orang politik. Tanpa disedari, apabila ditempelak arahan ini maka dengan sendirinya orang Islam yang jahil ini menyanggah juga hukum yang jelas dalam Islam.