Terbaru laman web JAKIM telah mengumumkan dua buah syarikat telah ditarik balik pengiktirafan Halalnya berikutan dengan penemuan DNA babi dalam produk-produknya. Sebuah syarikat mengusahakan produk berasaskan daging manakala sebuah lagi berasaskan ramuan kek dan pastri.
Yang menggamatkan keadaan, bagaimana produk yang telah disahkan Halal masih mengandungi DNA babi. Kalau tidak silap JAKIM merupakan sebuah badan pengiktirafan Halal yang berintegriti tinggi dan mempunyai sistem pensijilan yang terbaik.
Dari laporan kurang rasmi yang diperolehi produk yang terlibat adalah dari produk yang diimport dari sebuah negara di Eropah yang mana JAKIM bulat-bulat memberikan sijil Halal hanya berdasarkan pengiktirafan yang diberikan oleh badan pensijilan Halal di negara pengeluar itu.
Yang menjadi soal sekarang siapa yang bertanggung jawab dan siapa yang bertanggung? Apa yang pasti ialah pengguna Islam yang teraniaya! Lebih memburukkan keadaan bahan ini bukan diedarkan kepada puluhan pelanggannya malah ratusan.
Pengimport bahan itu pula bukan hanya kerugian wang ringgit tetapi kepercayaan pelanggan khususnya orang Islam.
Untuk menenangkan suasana maka terpaksalah syarikat-syarikat ini memohon semula sijil Halal mereka yang sudah pastinya memerlukan mereka menyamak premis dan peralatan mereka.
Dengar cerita untuk menyamak sebuah kilang kosnya adalah lebih kurang RM2,500. Oleh kerana banyak kedai kek dan dapur yang terlibat tawaran perkhidmatan samak mungkin mencecah jutaan ringgit. Maka tidak hairanlah ada terdapat ustad-ustad yang proaktif dan menghubungi rakan-rakan mereka dalam JAKIM untuk mendapatkan maklumat syarikat-syarikat yang kantoi Halalnya.
Tetapi apakah ini sahaja peluang umat Islam dalam industri Halal? Apakah ini sahaja manfaat untuk kita raih dari peluang industri yang berjumlah berbillion-billion ringgit itu.
Atau apakah ini sahaja bentuk tekanan pengguna Islam supaya orang bukan Islam dapat menyediakan makanan Halal? Apa akan jadi jika apabila tekanan ini memuncak dan industri makanan yang dipelopori oleh orang bukan Islam ini memberontak dan masing-masing sudah tidak peduli dengan Halal?
DARURAT!!! Maka terpaksalah Tan Sri Shukor, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil mesyuarat untuk mengharuskan makanan yang haram dan syubhah ini. Habis kisah Halal.
No comments:
Post a Comment