Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Thursday, May 5, 2011
Hati-hati Opera Cina Yang Sedang Ditayangkan
Saksikanlah opera Cina yang sedang ditayangkan di media-media sekarang. Dua buah parti terbesar Cina yang kini kononnya sedang memberikan ruang yang luas untuk semua menilai apakah kaum Cina di Malaysia ini sedang menghadapi dilemma atau mereka sedang merancang untuk sesuatu yang lebih menguntungkan kaum tersebut?
MCA dengan nada yang merajuk telah dengan 'gentlemen' menegaskan bahawa parti tersebut tidak layak untuk menerima apa-apa jawatan kabinet sekiranya mereka gagal untuk meraih kerusi di dalam pilihanraya akan datang. Pada waktu yang sama mereka memainkan gendang yang perlu dimainkan atas semangat Barisan Nasional dengan menerjah DAP sebagai sebuah parti perkauman.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga telah menyuarakan kebimbangan dengan sikap parti itu yang bakal mengundang kekecohan dalam negara jika sikap berbau perkauman ini dimainkan oleh parti-parti Cina ini.
Apakah kemelut MCA dan DAP ini memberikan kita petunjuk bahawa bangsa Cina kini sedang dalam dilemma perpecahan atau mereka terarah untuk bersatu memperjuangkan apa yang mereka dahulu terikat untuk memperjuangkannya?
MCA seolah-olah memberikan laluan untuk DAP berjuang secara agresif untuk mendapatkan hak yang lebih di bumi bertuah ini. Pemimpin parti komponen ini seperti mahu pentas opera Cina ini diambil alih oleh parti chauvinis sekular ini.
Sudah pasti bacaan politik ini amat senang difahami oleh kaum Cina di negara ini memandangkan jaringan mereka adalah kukuh.
Apa yang kaum Cina mahu lagi? Sudah pasti banyak lagi. Mereka mahu menelanjangkan perlembangaan persekutuan daripada unsur-unsur Melayu dan Islam khususnya dari sudut bahasa Melayu dan hak-hak istimewa Melayu. Jangan lupa kedaulatan raja-raja Melayu. Mustahil mereka tak mahu ini semua dan tidak mustahil orang Melayu sedar akan perkara ini tetapi masih alpa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment