Kalau tengok dari hukum aqal, memang payah untuk kita berdepan dan bertindak terhadap Zionis Yahudi Laknatullah ini. Seluruh dunia telah tahu akan kekejaman mereka saban zaman tetapi seolah-olah seluruh alam ini hanya seperti kaku dan seolah-olah ditimpa sindrom 'paralysis'.
Kalau hendak dibuat catatan kekejaman mereka pasti akan tercipta satu ensaiklopedia khusus mengenai kekejaman mereka dan ia saya kira boleh dikatalogkan tanpa masalah.
Pelbagai pamiran mengenai kekejaman mereka telah dipamirkan seluruh dunia tetapi semua ini tidak mendatangkan kesan yang menghasilkan satu tindakan yang berkesan.
Memang benar negara kerdil Israel mendapat perlindungan dari Amerika Syarikat tetapi apakah negara itu jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah?
Bukankah semua kekejaman itu telah berlaku atas keizinanNya? Memang kita akui ia adalah hakikat tetapi manusia itu hanya mampu berkata dan kata-kata itu tidak diterjemahkan kepada mengembalikan ketakwaan dan kepatuhan terhadap syariatnya secara total.
Ya betul kita berdoa dan merintih tetapi doa tersebut hanya sekadar kata-kata berbunga di majlis-majlis sambutan wira-wira kita dari Mavi Marmara dan Rachel Corrie sahaja dan ia tidak betul-betul menusuk dan dihatai sepenuhnya.
Pelbagai pihak dari kalangan umat Islam melaung menggesa diboikot produk-produk yang menyokong Zionis tetapi pada masa yang sama umat Islam sendiri yang mempunyai semacam ketagihan tehadap produk-produk tersebut.
Masih ramai umat Islam termasuk ustaz-ustaz dan pak-imam yang merokok tetapi apakah mereka mahu berhenti atas sebab kebanyakan rokok itu kepunyaan dan mempunyai kepentingan Yahudi?
Zionis Yahudi akan sendirinya menjadi lemah kiranya punca ekonominya diacah tetapi ada pula yang takut bila ditaksirkan berapa ramai pula umat Islam yang bergantung rezekinya dengan syarikat-syarikat ini?
Nampaknya umat Islam tidak mempunyai banyak pilihan kecuali kembali kepada agama dengan sepenuhnya dan rela berkorban walau apapun keadaan yang bakal menimpa.
Jalannya berliku tetapi tidak ada siapa yang berani kata jalan kejayaan hakiki itu tidak susah!
3 comments:
cara kamu berfikir & berblog pun mcm zionis.xyeh lah suruh org lain terikut2 dgn cara kamu.otak ameno ni sanpai mampus pun dok rasa dia lah pandai,bijak,telonrasi..tapi hampeh semuanya.Cermin2lah diri anda selalu.
Good blog.
Thx kannan. Yang anonymous tak payahlah saya jawab sebab dia sendiri tak faham apa yang saya sampaikan. Dia pun pakai cara Yahudi juga. Baling batu sembunyi tangan. Golongan 'no brainer' juga.
Post a Comment