Thursday, January 28, 2010

Memang Patut Kepala Babi di Surau UM?

Cerita kepala babi dihumban ke surau di Akademi Pengajian Islam UM. Kepala babi tersebut telah diletakkan di atas bendera PAS. Ramai percaya angkara ini bukanlah dari dalaman. Mungkin ada pihak yang berniat mencetuskan provokasi atas sebab-sebab tertentu.
Walau apapun puncanya, kejadian tersebut adalah dengan izinkan Allah dan bagi braveiron perkara ini adalah sesuatu yang mungkin patut berlaku di surau berkenaan sebab walaupun surau itu berada di tengah-tengah 'kota' ilmu Islam UM tetapi apabila tiba waktu solat jarang kedengaran azan dan tidak ada yang nampaknya ditugaskan secara khusus untuk menjaga surau tersebut. Tak tahulah kalau ada kontraktor pembersihan yang menjaganya. Braveiron tengok surau di De Palma hotel Ampang lebih terurus dan lebih makmur jika dibandingkan dengan surau yang sepatutnya dijaga kemakmurannya oleh pendokong-pendokong dan ilmuan Islam di UM.
Braveiron dulu selalu berada di kawasan akademi tersebut dan apabila tiba waktu solat pensyarah pun jarang kelihatan bersolat jemaah di situ. Jadi dimanalah datangnya keberkatan surau tersebut jika para mualimnyapun jarang untuk menyudikan diri mengimamkan anak-anak muridnya.
Diharap Ustaz-ustaz, professor-professor dan para penuntut di APIUM dapat merenungkan perkara ini bukan dengan sentimen tetapi dengan hikmah kejadian ini.

Tuesday, January 19, 2010

Islam Tetap Di Punggung

Apa yang Nazri merepek baru-baru ni? Kalimah Allah boleh dipakai oleh Kristian di Sabah dan Sarawak, Penang dan Wilayah Persekutuan sebab tidak ada undang-undang atau enakmen yang melarang.
Alasannya ialah di tanah Malaysia Timur semua sudah biasa dengan penggunaan Allah oleh orang Kristian di sana. Alasan yang kedua ialah kerana orang Kristian lebih banyak di sana.
Kita tidak faham mengapa perlu pemimpin Islam negara ini mengendur dan mengundur bila agama digugat, aqidah digigit.
Apakah tidak ada cara langsung untuk kita mengembalikan Allah itu kepada perspektif dan kedudukan yang haknya?
Kita berbicara dan berhujah mengenai penggunaan Allah di semenanjung dengan fakta-fakta yang tidak laku bila dibawa ke Malaysia Timur padahal sentimen mengenai isu ini adalah sama sahaja di kalangan umat Islam di seluruh Malaysia. USIA juga sudah berdehem dengan kenyataan Nazri itu. Ini bermakna umat Islam di Sabah dan Sarawak juga masih bergelut dengan sentimen dan keadaan yang kurang selesa dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian yang kita tidak pedulikan selama ini! Umat Islam di sana juga mempunyai masalah untuk meletakkan Allah yang mereka sembah dan menjelaskan Allah bagi umat Islam itu lain dari 'Allah' orang Kristian kepada anak-anak dan keturunan mereka.
Ya betul di Sabah dan Sarawak mereka sudah biasa tetapi apakah semestinya mereka selesa dengan keadaan itu selama berdekad-dekad kebelakangan ini. Mana pembelaan dari saudara seIslam dari Semenanjung dalam isu ini?
Kepimpinan politik baik dari Pakatan dan Barisan mempunyai matlamat yang sama dalam isu kalimah Allah ini: meraih sokongan dan undi walaupun dengan menjejas dan menggadai aqidah umat Islam sendiri.
PAS dengan pendirian yang amat kabur sekali demi sokongan rakan-rakan sebantal mereka, DAP yang jelas anti Islam, manakala Barisan terpaksa akur dan tidak mahu menjejaskan sokongan pengundi Bumiputera Kristian dari Malaysia Timur kerana faktor terbesar kemenangan mereka adalah dari situ.
Beginilah mainan politik orang politik, baik mereka yang berjuang konon dengan nama Islam atau dengan nama Melayu yang Islam, tetapi Islam terus juga diletakkan di punggung.
1MALAYSIA!

Tuesday, January 5, 2010

Pekap Pakiam, 'Pastor' Khalid

Ramai cendikiawan dan pemimpin politik Islam termasuk Nik Aziz menganjurkan agar satu perbincangan khusus mengenai isu pendita Kristian menggunakan kalimah Allah diadakan untuk meleraikan kekusutan kini.
Soalnya siapakah yang menyebabkan kekalutan ini? Adakah kita perlu memberikan ruang kepada kelompok kecil ini atas nama menjaga keharmonian?
Apakah jika mereka berada atas kekuasaan ingin berunding dengan kita atas nama keharmonian?
Kita mempunyai pendirian dan kepercayaan sendiri dan kita harus berpegang kepadanya.
Memang sudah jelas dari segi aqidah pun sudah jauh berbeza apakah lagi yang kita hendak rundingkan? Nak suruh mereka tarik balik? Nak suruh mereka minta maaf?
Mereka percaya bahawa Nabi Isa a.s. anak Tuhan. Kita percaya Nabi Isa adalah seorang Nabi dan baginda tidak disalib dan tidak mati sehingga hari ini dan akan muncul kembali membawa syariat Muhammad di akhir zaman membetulkan aqidah umat Kristian.
Tidak ada apa perlu dirunding.
Umat Islam di Malaysia memegang tampuk pemerintahan, terdapat banyak saluran lain yang boleh kita guna untuk mengatasi masalah ini dan pastinya bukan perundingan dengan mereka yang sesat dan menyesatkan serta memang mempunyai agenda tertentu, bukan untuk mengkristiankan, tapi lebih memusnahkan aqidah yang kita pegang selama ini.
Kita kenal dengan Murphy Pakiam sampai diberikan Tan Sri konon hendak bersikap adil dan menghargai jasanya yang tidak memanfaatkan semua tetapi ini balasan dia terhadap umat Islam dan Raja-raja Melayu. Semahunya kita harus tarik balik gelaran itu dan pekap petualang ini dalam tahanan.
Kalau nak adil, pekap sekali 'Pastor' Khalid penyokong kuat orang Kristian Malaysia!

Sunday, January 3, 2010

Mudah Sungguh Lagakan Umat

Barangkali pada masa ini pendita-pendita Kristian Malaysia sedang seronok dan ketawa besar melihat gelagat umat Islam yang berbeza pendapat mengenai penggunaan kalimah Allah. Jelas sekali mereka telah melangkah setapak lagi dalam usaha mereka menyesatkan umat Islam lantas membenarkan ayat 120 Surah Al Baqarah di mana Allah telah berfirman,
"Orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut cara mereka...."
Keputusan mahkamah tinggi itu kelmarin telah menimbulkan keadaan kelam kabut di kalangan umat Islam sendiri. Ramai yang marah dan ramai yang menuntut pihak kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Di sebalik bantahan-bantahan itu ada pula yang terlalu pandai dan menyokong penuh keputusan mahkamah itu dengan alasan yang terlalu bodoh dan amat naif.
Alasan mereka sama dengan alasan Tok Guru bila Ustad Nga Komeng membaca ayat Quran. Mereka kata biarlah nama Allah disebut dan dipakai oleh semua pihak agar terbuka hati mereka terhadap Islam.
Adakah mereka faham sebenarnya apa agenda di sebalik tindakan mereka menggunakan nama Allah sekarang sedangkan sejak dahulu kitab suci mereka tidak menggunakan nama itu. Malah nama-nama nabi pun mereka Latinkan, Inggeriskan bergantung kepada gaya bahasa yang sesuai.
Kini pihak gereja dan Herald menggunakan nama Allah dengan alasan agar rakyat negara ini lebih menghayati konsep ketuhanan mereka sedangkan Allah dirujukan oleh banyak bahan rujukan ternama sebagai Tuhan orang Islam!
Yang lebih haru apabila tokoh-tokoh agama yang pandai pula menyokong keputusan mahkamah itu termasuk Tok Guru sasau kita dengan 'pastor' Khalid Samad.
Mungkin mereka mempunyai alasan untuk menyokong tetapi pada mata umum perkara ini tidak boleh dibincangkan secara terbuka kerana akan menimbulkan kekeliruan. Perkara ini hanya boleh dibuka kepada segelintir umat Islam yang berilmu dan faham secara mendalam akan agama Islam. Tindakan susulan yang lebih teratur boleh diambil jika perkara ini dikemukakan di dalam satu forum yang khas.
Apa yang penting adalah kita membendung tindakan Herald ini dahulu dengan mendesak pihak kepimpinan melakukan apa yang boleh untuk melarang mereka menggunakan kalimah Allah dalam menyebarkan agama mereka.

Memang senang nak lagakan umat Islam.

Mahkamah Menghina Islam?

Sering kali kita dengar ungkapan menghina mahkamah oleh pihak tertentu dan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
Tapi apakah menjadi sesuatu perkara yang janggal apabila kita, khususnya umat Islam, boleh menganggap bahawa institusi mahkamah sivil sebenarnya telah menghina Islam?
Keputusan mahkamah tinggi membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah adalah satu perkara yang amat menimbulkan kemarahan umat Islam dan ia adalah satu penghinaan sebenarnya.
Jelas ada pihak terhina. Siapa yang menghina? Herald atau mahkamah tinggi atau Hakim Lau yang bukan Islam. Di mana Islam sekarang ini? Adakah ia lebih tinggi atau boleh diperkotak-katik dan dipermainkan dengan hanya satu keputusan institusi yang katanya berpegang kepada keadilan masyarakat dan rakyat?
Kalimah Allah adalah satu kalimah suci dan apabila ia dipermainkan sebegini rupa, kita bimbang akan berlaku satu rusuhan agama yang tiada kesudahannya.
Herald tidak rugi tanpa menggunakan Allah kecuali jika mereka sengaja berbuat demikian untuk menggugat ketenteraman awam. Jika benar ianya demikian satu 'preemptive action' perlu dilaksanakan terhadap konco-konco Herald di sini melalui peruntukan ISA yang ada.
Umat Islam wajib bangkit seluruhnya (kecuali 'Pastor' Khalid Samad) untuk menentang keputusan ini dengan cara apa sekalipun sebelum ia membusung dan menjejaskan keselamatan awam.
Yang patut masuk ke dalam, sumbat saja ke dalam.

Friday, January 1, 2010

Allah Kita 'Allah' Dia

Memang ramai Muslim marah dengan hakim Lau Bee Lan dengan keputusan beliau membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah yang merujuk kepada tuhan orang Kristian. Alasan beliau ialah perkataan yang sinonim dengan tuhan orang Islam itu adalah ianya digunakan sesama mereka dan tidak untuk tujuan menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.
Walaupun artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan sebagai satu kesalahan untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agamanya, keputusan hakim Lau itu boleh dianggap sebagai keputusan yang berbau argumentatif semata-mata.
Hakim Lau langsung tidak meneliti akan apakah tujuan disebalik pihak gereja untuk membawa kes larangan ini ke mahkamah dan mengapakah baru sekarang penerbitan itu sibuk hendak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan menyebarkannya di negara ini yang mana agama rasminya adalah Islam tanpa meneliti apakah maksud Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang telah ditafsirkan oleh Hakim Datuk Mohamad Nor?
Mengapa baru sekarang Herald sibuk hendak menggunakan Allah sedangkan dalam semua versi Bible mereka khususnya dalam Bahasa Inggeris, tuhan mereka hanya dirujuk sebagai Lord?
Allah bagi umat Islam yang mengenal dengan sifat-sifatnya tetapi apakah sifat-sifat Allah yang orang Kristian takrifkan? Apakah sumber mereka dalam mentafrifkan 'Allah' mereka? Adakah sifat-sifat 'Allah' mereka sama dengan sifat-sifat Lord?
Umat Islam perlu bangkit menentang habis-habisan keputusan ini kerana kesan di sebalik penarikan larangan ini bakal memesongkan aqidah dan mewujudkan kekeliruan akibat kekurangan ilmu dan kefahaman terhadap agama kita.
Mungkin Kementerian Dalam Negeri gagal mempertahankan keputusan Hakim Lau itu tetapi umat Islam mampu menunjukkan kesatuan mereka dengan membawa isu ini hingga ke peringkat Majlis Raja-raja serta membatalkan keputusan mahkamah itu kerana perbicaraan mengenai soal Islam mesti dibicarakan di mahkamah syariah.
Mungkin lepas ini penganut agama lain juga akan menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan Allah untuk tuhan atau tuhaqn-tuhan mereka.