Wednesday, December 24, 2008

Ini Dia Petualang Melayu Dari Perak


"Seronoknya bagi Melayu mati, lepas ni dapat naik Camry..."




Demi jawatan dan kuasa, Bapak Menteri Besar Perak yang katanya warak telah memberikan satu lagi anugerah kepada penjarah, penjenayah dan pengkhianat bangsa dan agama. Kerajaan telah menganugerahkan tanah untuk kelompok komunis ini di satu kawasan khas dinamakan kampung baru supaya mereka memulakan hidup yang baru dan melupakan kegiatan ganas dan subversif mereka. Anugerah ini telah melalaikan orang Melayu betapa nasib keturunan anggota keselamatan yang bermati-matian menentang golongan ini dari menumbangkan kerajaan dan mahu menubuhkan kerajaan komunis.



Berapa banyak yang mereka telah dijanda dan dianakyatimkan dari kalangan orang Islam?



Ganjarannya, tanah yang sudah diberi, ditukar status kepada hak milik kekal.

Inilah seorang petualang bangsa yang bakal merosakkan orang Melayu yang lebih sedih lagi dia ni dari parti Islam yang kononnya menjamin keadilan dan kesamarataan. Kenapa tidak bela nasib keturunan angkatan tentera yang terkorban yang rata-rata masih belum sempurna pembelaannya.



Daripada membuat lebih banyak dosa, berhentilah, Sedarlah awak tu diberikan jawatan Menteri Besar di bawah naungan Tuanku Sultan Perak, Raja Melayu, tetapi menjadi petualang bangsa dan agama dengan merestui bekas penyokong komunis, musuh segala agama.

Belum lagi kita tanya berapa banyak kawasan bijih, kawasan hutan yang sudah dilepaskan kepada tokeh-tokeh Cina lagi.

Tak guna ilmu agama yang ada tu.
Menteri Besar yang enggeh, Ngeh terus tersengih, Melayu terus tersisih.

Selamat Melayu Perak.....

Monday, December 22, 2008

Bila Guan Eng, Anwar, Lebih Besar

Kelmarin Husam dengan tegas mengatakan PAS akan tetap laksanakan hudud. Ya, PAS akan laksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah pada masa depan.
Bunyinya agak mudah saja. Malah pada masa lampau, lagunya tetap sama. Tetapi PAS memerintah Kelantan secara sendirian, tak ada PKR tak ada DAP. Hudud tak jadi juga, alasannya kerajaan pusat 'tak bagi'.
Sehari selepas itu, Guan Eng mengadu kepada Anwar pasal hasrat lama PAS itu. Husam pula ubah nadanya dan mengatakan PAS akan laksanakan hudud dengan persetujuan dua-dua manusia ini.
Nik Aziz pula kata hudud ini bukan perintah PAS, bukan kehendak PAS tapi kehendak Allah.
Hai, macam mana pula kena minta restu Guan Eng dan Anwar baru boleh bikin hudud?
Nampak macam Guan Eng dan Anwar ni lebih besar dari Sultan yang memegang kuasa mengenai hal ehwal Islam. Lebih menyedihkan Husam sudah menganggap kedua-dua badut ni lebih besar dari Allah! Syirik tu!

Thursday, December 18, 2008

Tidak Mengaku Saudara

Peluasan tafsiran saudara dalam akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin akan menjelaskan kekeliruan atau menguatkan lagi akta pencegahan rasuah sebelum ini.
Saudara diperluaskan skopnya kepada anak, isteri, sepupu, bapa saudara, emak saudara dan lain-lain istilah pertalian saudara.
Yang jelas ditinggalkan adalah saudara sesama Islam.
Dalam kebiasaan mereka yang hendak melobi sesuatu projek, selalunya pelobi akan mencari sesuatu persamaan dengan orang yang dilobi. Malah jika ada bau-bau bacang atau 40 pupupun diakui sebagai saudara.
Tetapi bila sesuatu berlaku, adik beradik, malah anak dan bapa pun tak mengaku saudara.
Pelbagai helah dicari untuk menafikan pertalian saudara itu. Berbanding dengan pelbagai kaedah dan salsilah dikaji untuk mengaku saudara untuk mendapatkan sesuatu.
Begitulah naluri manusia yang mementingkan nafsu, dan langsung tidak ikhlas dalam bersaudara.

Tuesday, December 2, 2008

Lawaknya Bila Melayu Seru Perpaduan!

Calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz mencadangkan supaya sekolah satu sistem diperkenalkan bertujuan untuk memupuk perpaduan masyarakat di usia yang muda. "Melentur buluh biar dari rebung" katanya.
Cadangan beliau itu telah mendapat sambutan dari beberapa pihak yang bersetuju dan banyak juga yang tak bersetuju.
Dalam radio Bernama juga banyak dibincangkan dan kebanyakan yang bukan Melayu tidak bersetuju dengan cadangan mereka itu dan membangkitkan tentang sekolah-sekolah agama yang bantu kerajaan. Mereka juga menuntut agar sekolah-sekolah agama mereka juga ditubuh dan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan.
Satu yang melucukan ialah mengapa sibuk mencanangkan soal perpaduan masyarakat Malaysia sedangkan soal perpaduan masyarakat Melayu pun kucar-kacir.
Ada Melayu PAS, ada Melayu PKR, ada Melayu UMNO, ada Melayu DAP, ada Melayu PPP, ada Melayu Gerakan, ada Melayu komunis, ada Melayu sosial, ada Melayu Islam Liberal, ada Melayu celup dan berbagai-bagai Melayu lagi.
Jangan kiralah bani-bani Melayu tradisional seperti Jawa, Bugis, Rawa, Boyan, Minang, Kerinci dan lain-lain.
Melayu PAS, PKR dan UMNO dah tentu berpecah, Melayu dalam PAS pun berpecah, lebih hebat Melayu dalam UMNO, mungkin perpecahan Melayu dalam PKR lebih hebat.
Agak-agaknya jika Melayu bagi signal nak bersatu padu, berani tak bangsa lain angkat muka menuntut itu dan ini? Soal itu dan ini. Kecam sana kecam sini.
Mungkin ramai yang bukan Melayu kini sedang ketawa besar bila ada Melayu nakkan publisiti dengan menyuruh orang lain bersatu padu sedangkan bangsa sendiri centang perenang.
Agama Islam pun tidak mampu menyatukan Melayu, inikan nak buat sistem itu dan ini untuk satukan masyarakat satu negara.
Perpaduan satu bangsa dominan sahaja dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang mahu tak mahu kena akur, bukan sistem, bukan undang-undang.