Kalau tidak kerana anak dan cucu bumi Amerika Syarikat ini takkan saya jejaki lagi setelah lebih 30 tahun ditinggalkan. Tidak banyak perkara yang berubah dalam negara Uncle Sam ini kecuali kerenah hendak memasukinya yang begitu ketat dan menyakit hati.
Selain dari itu, negara yang dikuasai kaum Aryan ini kini dipimpin oleh seorang kulit hitam yang pernah menetap di Asia dan menjadi tumpuan serangan politik oleh Republican terhadap puak Demokrat. Tidak ramai golongan kulit putih yang gemar rekod sejarah kepimpinan negara ini, walaupun banyak kehendak golongan lobiyis Yahudi telah banyak dipatuhi oleh Obama.
Serangan terhadap Obama kini bertalu-talu terutama bila beliau membentangkan Obamacare yang merupakan satu skim insuran kesihatan komprehensif dan menyeluruh yang jauh lebih baik dari sistem insuran kesihatan yang ada kini. Tentulah syarikat-syarikat insuran di sini merasa tergugat dengan skim Obamacare ini kerana akan dipaksa menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan persekutuan Amerika. Maka pelbagai tohmahan yang telah dibuat dan yang paling hebat ialah seluruh pelobi Mitt Romney telah memomokkan bahawa Obama sebenarnya sedang memperkenalkan sebuah struktur cukai yang baru.
Ini adalah amat mencuitkan kerana skim ini juga telah disyorkan oleh Mitt Romney kira-kira 5 tahun lalu.
Obama kini sedang meraih sokongan yang banyak dari kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah kerana banyak polisi-polisi yang dibawa Obama banyak memberikan manfaat kepada golongan ini.
Tetapi waemah apapun politik Malaysia adalah lebih menarik dan lebih meluatkan terutama apabila ada golongan yang menggunakan agama untuk meraih kuasa. Kaedah ini tidak banyak digunakan oleh ahli politik Amerika kerana ia sebagai sebuah negara sekular. PAS masih sanggup untuk membelakangkan agama malah menghalalkan yang haram dengan mengaburi mata umat Islam yang rata-rata kurang berilmu dalam agama mereka, melalui tafsiran Al Quran dan hadis yang tidak tepat. Seburuk-buruk politik Amerika dan sesesat-sesat agama Kristian, sentimen agama tidak mereka guna untuk meraih kuasa.
1 comment:
Hati-hati bila menulis.
Post a Comment