Wednesday, June 6, 2012

PAS Pelopori Gerakan Ala Qadiani?

Kecenderungan manusia untuk mencapai sesuatu hasrat melalui agama adalah amalan manusia sejak dahulu lagi. Agama telah dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjejaki tampuk pimpinan dengan helah memberikan nasihat keagamaan dalam memerintah negara. Gereja Kristian di zaman feudal Eropah adalah merupakan satu-satunya institusi terkaya di rantau itu apabila memiliki harta dan hartanah yang begitu banyak dan paling bernilai. Sami Gila atau Rasputin telah berjaya menawan hati Czarina Russia sehingga dia dinobatkan sebagai kekasih Permaisuri Russia. Agama Islam juga tidak sunyi dari gejala ini yang berlaku dalam banyak bentuk, politik, perniagaan atau pun kekuasaan dan pengaruh. Kita kenal dengan Mirza Ghulam Ahmad yang membawa saluran Ahmadiah atau Qadiani yang telah disesatkan beliau hasil daripada kerja licik penjajah British yang merasa tergugat dengan pengaruh Ghulam Ahmad ketika dia membawa risalah sebenar Islam. British telah mendekati beliau dan memberikan beliau sanjungan dan kedudukan sehingga dia lupa diri dan mengaku bahawa dialah Nabi setelah Nabi Muhammad dengan alasan seorang Nabi mesti wujud setiap 1400 tahun kerana antara Musa dan Isa as adalah jarak masa 1400 tahun. Itulah bahana agama jika tidak diberikan tempat yang sebetulnya. Kini bibit-bibit kesesatan telah wujud dalam kaedah yang sama; menggunakan agama. Tujuan; untuk berkuasa. Sebuah parti berlandaskan agama telah wujud dengan nama Parti Islam Setanah Melayu dengan hasrat untuk menjadi Islam sebagai addin di negara ini. Ia berikutan dengan pendapat beberapa ulama yang mengatakan UMNO telah menyimpang dengan menggunapakai undang-undang British yang tidak Islamik dan ini akan membawa akibat yang buruk kepada umat Melayu dan Islam di negara ini. PAS telah wujud dengan pelbagai watak tetapi misi utamanya adalah Islam dan negara Islam walaupun dalam doktrinnya tidak menyebut langsung fasal menegakkan daulah Islamiah. UMNo yang pada mulanya memang menyanjung perundangan Lord Reid tetapi dalam keadaan dijajah dan mahukan kemerdekaan kepimpinan Melayu telah berjaya menyelitkan Fasal yang menghendaki Islam sebagai agama bagi persekutuan. Ini adalah asas bagi umat Islam dalam mengembalikan Islam baik ke tempat asalnya setelah diseleweng oleh penjajah. UMNO telah berjaya mentransformasi Islam secara berhemah sehingga apa yang kita tidak terfikir dahulu berlaku sekarang. Kita tidak terlintas di awal kemerdekaan akan pelajar Islam kita keseluruhan menutup aurat samada dipaksa atau tidak. Kita terfikir bahawa doa kini sebagai agenda penting dalam memulakan majlis di mana dahulu kita hanya bertakafur atau terus memulakan majlis. Ucapan assalamualaikum yang dahulunya asing kini menjadi lazim walaupundi majlis-majlis mungkar. Terfikirkan kita bahawa kerajaan telah mengorakkan langkah dengan begitu berani dengan mengemuka dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran? Terfikirkah kita pemerkasaan agama Islam dari setiap sudut. Tetapi waemah apa yang dilaksanakan kerajaan UMNO untuk memartabatkan umat Islam, masih lagi PAS menyatakan secara terang-terangan bahawa UMNO menolak Islam. Inilah zikir PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz. Orang Melayu tidak kisah dengan konnotasi sebegini terhadap UMNO tetapi yang mengeluarkan konnotasi itu sendiri yang berlebih-lebih dalam agama. Kalau dahulu kita tidak benar orang kafir masuk ke masjid kini sudah boleh walaupun tanpa menutup aurad. Kalau dahulu amalan memegang lilin di majlis kematian orang kafir tetapi kini ia dibolehkan walaupun dari sudut hukum tidak boleh. Apa yang patang kini sudah hilang kerana PAS FOR ALL. Dek kerana keasyikan dengan kelainan yang dibawa PAS, orang Melayu rata-rata terlepas pandang bahawa ada banyak fatwa dan kenyataan pimpinan PAS telah membawa bibit-bibit kesesatan, lari dari asas Islam itu sendiri dan melibatkan kesesatan akidah. Kita tidak pernah mendengar bayan yang menjelaskan kelahiran Nabi itu sama dengan kelahiran manusia biasa, kita tidak pernah mendengar seorang manusia biasa tidak mungkin silap dan kita tidak pernah langsung mendengar bahawa ulama itu Nabi dan Nabi itu Ulama. Kini semuanya terbongkar satu demi satu. Golongan orientalis yang faham, tentu kini boleh tersenyum lebar kerana jarumnya kini sedang menusuk masyarakat Islam nusantara. Apakah kita kini sedang menuju ke era ala Qadiani, Majusi atau kaum Luth, yang dipimpin oleh parti Islam?

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)

pakwe said...

tipu ko la.. belajar tinggi2 tp menipu... kah kah kah

Salahuddin Ayyubi said...

Kita kenal dengan Mirza Ghulam Ahmad yang membawa saluran Ahmadiah atau Qadiani yang telah disesatkan beliau hasil daripada kerja licik penjajah British yang merasa tergugat dengan pengaruh Ghulam Ahmad ketika dia membawa risalah sebenar Islam. British telah mendekati beliau dan memberikan beliau sanjungan dan kedudukan sehingga dia lupa diri dan mengaku bahawa dialah Nabi setelah Nabi Muhammad

>>>bercakap biarlah atas dasar kajian yang betul. mengaku Islam, tapi dosa berdusta tidak pula difikirkan.