Thoughts on political, religious, social, international, consumer or other issues deemed necessary.
Thursday, April 26, 2012
WAJIB SERTA BERSIH: Nik Aziz Jauh Tersasar
Apakah Nik Aziz mengeluarkan pendapat mengatakan wajib menyertai perhimpunan haram Bersih 3 atas premis yang betul? Apakah hukum itu bersifat beliau sebagai ulamak ataupun sebagai orang politik?
Perhimpunan Bersih adalah satu gerakan haram dari segi undang-undang negara dan telah terbukti mencetuskan huru hara dan menjejaskan masyarakat umum yang datang dari segelintir masyarakat yang belum terbukti mendapat penerimaan seluruh warga negara.
Nik Aziz sebagai seorang ulamak politik hanya mampu untuk mengatakan wajib untuk sertai perhimpunan itu kerana hanya sekadar dakwaan yang samar mengenai pengundi hantu yang dakwanya 'mengundi' kerajaan yang ada sekarang ini dan beliau juga menghukumkan haram bagi mana-mana wakil rakyat yang menang memakan wang elaun.
Perkara pengundi hantu yang didakwa ini masih lagi di bawah pemerhatian SPRM dan dari apa yang mereka dapati, senarai pengundi hantu itu sebahagian besarnya adalah dari rekod-rekod mengundi yang tidak dikemaskinikan akibat waris-waris si mati gagal melaporkan status kewujudan mereka dan juga mereka yang tidak menukar alamatnya. Banyak lagi sebab-sebab yang melibatkan isu yang didakwa pengundi hantu ini. Apa yang jelas dakwaan pengundi hantu itu bukanlah betul dan sahih 100%.
Adakah Nik Aziz sedar bahawa ada kemungkinan wakil rakyat PAS, PKR dan DAP juga menang hasil dari undi 'hantu'?
Apakah yang kurang daripada arahan wajib menyertai perhimpunan itu? Yang kurang ialah beliau terus gagal untuk memberitahu bahawa jika masalah pengundi hantu itu selesai apakah sistem pengundian yang ada sekarang ini bertepatan dengan syariah? Mengapakah sebagai seorang ulamak besar gagal memberikan penerangan yang ringkas mengenai tatacara pengundian yang selaras dengan syariah dan bukan hanya setakat isu pengundi hantu?
Nyata beliau hanya bermain-main dengan hukum atas nama politik dan meletakkan Islam pada tahap yang paling rendah sekali kerana menyertai gagasan yang telah dimulakan oleh musuh nyata Islam, Ambiga. Kafir laknatullah inilah yang membersoalkan sistem perundangan Islam apabila membela Lina Joy dan mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan ditambah lagi dengan pejuang tegas gerakan LGBT!
Tak mampukah PAS sebagai sebuah parti politik yang telah wujud sejak sebelum merdeka mengadakan gagasan lain untuk memperjuangkan isu yang serupa? Lupakah Nik Aziz ketika Rasulullah dan para sahabat duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyeru umat bersolat jemaah di masjid seperti mana orang Nasrani dan majusi memanggil penganutnya? Cara memanggil orang Islam solat telah diputuskan dengan kaedah azan, tetapi jelas tidak sama dengan cara orang kafir memanggil umatnya bersembahyang. Misinya sama tetapi kaedahnya berbeza.
Apa salahnya jika pun apa yang diperjuangkan oleh Ambiga dan PR sama, PAS menjadi tunggaknya dan puak kafirun menyertainya sama mengikut rentak sunnah? Di mana kedudukan Islam yang dibawa Nik Aziz sekarang? Sama-sama kita tunggu penjelasan Nik Aziz tentang tatacara pilihanraya mengikut Islam, kalau beliau gagal, ternyata beliau telah dipukul gelombang kesesatan yang amat jauh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment