Monday, April 23, 2012

Melayu: Di Persimpangan atau Menyimpang?





Tidak nampak akan kita bilakah masanya umat Melayu Islam akan bergabung dan bersatu di bawah satu panji suci yang berteraskan agama Islam. Sosio budaya Melayu kini lebih jauh menjurang dan kalau mahu diumpamakan berkerat rotan berpatah arang, memang sudah hampir.
Agama yang menjadi anutan dan disanjung kini sudah menjadi alat untuk mencapai sesuatu, untuk menyerang dan menghina antara kelompok, bukan lagi untuk mencari keredhaan illahi dan cara hidup. Ya memang ramai yang bersolat, memang ramai yang puasa, zakat dan kerana terlalu teruja hendak pergi haji sanggup merasuah untuk potong giliran. Itulah wajah umat sekarang. Yang menunaikan umrah setiap tahun pun ada tetapi perangainya tetap bertentangan dengan shariah.
Yang paling ketara dan yang paling buruk sekali adalah menempah tempat untuk mendapatkan kuasa, di peringkat mana sekalipun.
Tuduhan-tuduhan liar, prosa-prosa kesat, herdik dan maki sudah menjadi biasa seolah-olah Melayu kini sudah berubah identitinya; dari sebuah bangsa yang kaya dengan sopan santun kepada sebuah bangsa yang tidak tahu budi dan bahasa. Fitnahnya meliak-liak, kalau dipelihat jijiknya, mata pasti terbeliak dan terbelalak. Mungkin peribahasa 'orang memberi kita merasa' kini boleh dinegatifkan maksudnya.
Kuasa Melayu adalah segala-galanya di bumi bertuah ini. Siapa yang berkuasa akan menentukan segala-galanya. Kuasa Melayu juga telah memastikan Islam bersyiar di bawah naungan Perlembagaan, bukan kerana Islam itu perlu dilindungi tetapi umat Islam itu masih bebas menganut dan mengaku Islam walaupun pegangannya tidak sekuat mana. Cuba bayangkan jika Perlembagaan tidak menjadi Islam sebagai agama persekutuan. Inilah sebenarnya impian kafirun untuk melenyapkan Islam dan menyempurnakan tugas mereka di bumi ini seperti yang telah ditentukan Allah.
Kuasa Melayu juga telah memastikan semua prasarana Islam direalisasikan, kuasa Melayu juga telah membolehkan umat Islam Malaysia mencapai impian keduniaan dan melangsaikan tugas fardhu ain dan kifayahnya. Kuasa Melayulah juga telah membolehkan kekayaan dan kemakmuran dirasai bersama. Kuasa Melayulah yang membolehkan umat Islam di Malaysia ini menjadi golongan bijak pandai dan tokoh akademik yang menempa nama di pelusuk dunia.
Tetapi, walau dengan pencapaian ini Melayu kini sudah hampir hilang ingatan, hilang pedoman dan hampir kesemua yang dinikmati selama ini seolah-olah tidak adil. Untuk menegakkan keadilan itu maka ada yang memikirkan untuk melupuskan sebahagian kenikmatan itu kepada bangsa asing dan pendatang.
Lebih menyedihkan kesucian tempat sujud pun dicemari dengan najis yang berkata-kata atas nama kebebasan beragama, amalan khurafat hendak dijadikan adat. Menegur, mengherdik perempuan Islam tak menutup aurad tetapi di masjid di surau mereka pula menjadi kunjungan anjing kafir yang keparat.
Banyak hujah, banyak tohmah diselit dan dibelit untuk meraih pengaruh dan sokongan. Segala pekong dan kurap terdedah dalam masyarakat Melayu yang selama ini dikongkong, dibendung dan dilindung. Tuduhan rasuah dan pecah amanah menjadi zikir saban hari, sedangkan yang salah dihukum setelah diadili. Segala nikmat dan hikmat di bumi bertuah ini dinafi dan dikufuri.
Kalau agama sendiri disangkal kesuciannya Raja dan Sultan apatah lagi? Institusi yang disanjung selama ini menjadi institusi yang dikerasi dan boleh diuguti. Raja seolah tiada makna lagi, kalau jadi republik amat elok sekali.
Hai Melayu, tidak cukup dengan kemunduran yang bertambah setiap hari, tidak cukup dengan masalah sosial yang disaksi, kuasa pula hampir dibahagi, agar dapat jadi Perdana Menteri.
Adakah Melayu kini di persimpangan atau sudah menyimpang?

No comments: