Friday, February 17, 2012

Ke mana Hala Tuju PAS Sekarang?







Parti Islam Semalaysia kini sedang merintis jalan ke arah menjadi parti yang persis UMNO; sesuai dengan kempennya sedikit masa dulu, PAS ganti UMNO.
Proses 'elimination' kini sedang berjalan rancak dengan beberapa tokoh yang mempunyai latarbelakang agama seperti Nasharudin telah disisih dan Hasan Ali yang begitu pragmatik perjuangannya kini dihumban keluar oleh PAS itu.
PAS juga tidak menyalak bila jawatan EXCO agama negeri Selangor dipegang oleh MB dari PKR yang mempunyai pendidikan sekular.
Nampaknya PAS sedikit demi sedikit sudah terkeluar dari perjuangan asalnya membentuk negara Islam, walaupun tegas Mursyidul Amnya parti itu tetap dengan perjuangannya.
Bekas Menteri Besar Perak, Nizar pula menyatakan dengan jelas bahawa tiada terdapat satu dokumen atau perlembangaan PAS yang menyatakan perjuangan parti itu untuk menubuhkan kerajaan Islam.
Slogan Negara Berkebajikan pula diwar-war di corong-corong khutbah Jumaat sebabai penawar kepada DAP dan PKR yang pasti tidak mahu negara Islam.
Kenyataan Anwar mengenai sokongannya terhadap negara Israel juga tidak memberikan impak kepada parti itu untuk berpisah dari Pakatan yang karut itu.
Gesaan untuk menyaman pihak yang berkaitan video Anwar bercengkerama dengan China Doll 21 Februari tahun lalu juga tidak diberatkan oleh PAS.
Inilah drama yang kita dapat lihat oleh badut-badut politik dalam Pakatan Rakyat. Akhir sekali sudah tentu rakyat akan dapat menilai di tahap manakah mereka berada. Walau sudah perintah 4 negara tetapi kata sepakat dalam satu pakatan mantap masih di awang-awangan lagi.
PAS bukan lagi sebuah parti Islam. Memang benar di sis Allah cuma ada dua parti iatu Hizbullah dan Hizbusyaitan. PAS yang mana? Tepuk dada tanya selera.

1 comment:

Anonymous said...

Tak cerdik penulisan ni encik.sila guna 'birdview' bila menulis.