Tuesday, January 3, 2012

Rakyat Sebagai Hakim, Peguam dan Raja?



"Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidakadilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen,"

Kenyataan Mahfoz Omar di petik dari Harakah.net ini adalah satu kenyataan yang paling bodoh dalam usaha Pakatan Rakyat membela Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sedarkah Mahfoz bahawa kempen tersebut dengan sendirinya adalah subjudice atau telah mengeluarkan hukum sebelum mahkamah membuat keputusan?

Kempen Bebas Anwar 901 telah mendahului keputusan mahkamah dibuat berdasarkan andaian bahawa Anwar akan didapati bersalah. Siapakah mereka di sebalik kempen ini dan tak usahlah diharapkan Majlis Peguam kerana majlis ini sudah menjadi satu majlis yang paling strategik untuk memporakperandakan Islam dan umatnya.

Kempem bebas Anwar ini jelas menunjukkan betapa taksub tahap yang tertinggi terhadap pemimpin walaupun Pengerusi DAP sendiri sebagai peguam Karpal telah mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang memang terlibat dalam perlakuan liwat.

Inilah makhluk yang dibela oleh ulama-ulama PAS termasuk Mahfoz sendiri. Apakah rakyat kini dijulang Pakatan Rakyat sebagai Hakim, Peguam dan Raja?

3 comments:

Anonymous said...

Fitnah Liwat Anwar II

Mengapa bahan bukti dari doktor pusrawi tak boleh dipakai?

Mengapa pengadilan secara syariah tidak mahu digunakan?

Mengapa JAWI tolak pendakwaan untuk HUKUM QAZAF bagi penuduh zina/liwat?

ADILKAH PROSES PENGHAKIMAN MALAYSIA HARI INI?

Berani BERSUMPAHKAH bahawa PENGHAKIMAN MAHKAMAH YANG DIKAITKAN DENGAN POLITIK tidak dipengaruhi oleh UMNO/AGEN2 UMNO/BN?

Banyak keraguan proses mahkamah & penghakiman ... walau apa2 bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap ANWAR!

Sistem Kehakiman perlu perkemas mengikut Separation Of Power melalui PRU13- tolak UMNO/BN!

Anonymous said...

Tolak BN/UMNO, then what. Can u guarantee that the same pattern will not happen if he is power? He has made few blunders and attempted to initiate few more blunders during his tenure in the government, and you want to allow him to be the head of blunders as PM?

Anonymous said...

Kalau bhn bukti dr. Dr pusrawi tu penting kenape Anuar tak panggil dia sbg saksi. Yg aku tahu beliau hanya doktor biasa dan bukan pakar dalam kes sodomi, rogol dan sebgnye.Sebenar tak ade konspirasi pun dalm kes ini hanya puak Anuar yang mempolitikkan sebab takut kebenaran.