Saturday, February 12, 2011

Kebangkitan Rakyat, Cara Mesir?

Sebuah lagi negara umat Islam dilanda kemelut politik di Timur Tengah selepas Iraq dan Afghanistan. Belum lagi kita jengok apa yang berlaku di Tunisia dan pun kita membuat telahan apa yang bakal jadi di Jordan, Syria, Arab Saudi, Qatar, Oman dan lain-lain negara Teluk. Kita juga masih teringat akan hiruk pikuk negara jiran, Indonesia apabila Soeharto meletak jawatan.
Di Malaysia aman walaupun ada yang mengatakan bahawa negara ini adalah bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meledak. Krisis di Mesir telah memberikan suntikan semangat kepada beberapa fanatik PAS agar perkara yang serupa terjadi di Malaysia kononnya atas nama kebangkitan rakyat. Keamanan, kesejahteraan dan kemampuan negara untuk membantu banyak negara lain bukan memjadi kayu pengukur untuk puak-puak ini untuk bersyukur terhadap apa yang telah ulil amri capai selama sejak negara mengecap kemerdekaan.
Pencapaian yang paling ketara ialah menyelamatkan ribuan rakyat kita yang terperangkap di negara Mesir yang bergolak di mana kebetulannya terdiri ramainya dari kalangan penuntut.
Walaupun sedar sebenarnya ramai penuntut-penuntut tersebut lebih cenderung kepada gerakan anti-establishment atau pembangkang kerajaan telah mengambil langkah apa jua keajaan lain; menyelamatkan rakyat negara ini. Tetapi perbuatan ini juga telah diperlekeh dan difitnah dengan pelbagai tohmahan yang busuk! Kerajaan pimpinan Najib terlalu sabar dalam menyelesaikan kemelut ini walaupun disimbahi dengan fitnah-fitnah tersebut.
Semangat fitnah tersebut jelas tergambar di muka-muka para pelajar kita yang telah sampai di tanahair di mana segolongan besar daripadanya yang berhaluan pembangkang ini dapat dikenali dengan sikap mereka ketika bersalaman dengan tokoh negara yang menyambut mereka di lapangan terbang. Seseorang mungkin duduk dan memikirkan apakah yang berada di dalam benak kepala mereka ketika itu. Mereka selamat sampai tanpa mengalami sebarang kecederaan pun. Apakah mereka beranggapan bahawa tiada perlunya berterima kasih kepada mereka yang menjalankan tanggungjawab dan hanya perlu bersyukur kepada Allah?
Walaupun ada tokokh pembangkang dari PAS khususnya MB Kedah dan Ketua Dewan Pemuda mengucapkan terima kasih tetapi hairan juga mursyidul amnya mengambil sikap membisu sehingga hari ini. Begitu juga Presidennya. Apakah ini pendekatan yang dipegang oleh penuntut-penuntut yang tidak berterima kasih ini? Apakah ketaksubannya terlalu menebal seperti tokoh-tokoh PAS ini?
Mengapalah kita tidak mahu memandang ke hadapan dan mahu melihat negara menjadi lebih progresif di samping melihat akan kejayaan yang lebih yang boleh diraih dengan bersatu hati dan tenaga? Biarlah apa imej yang dibawa, nasionalis ke, kebangsaan ke, politik suku, agama suku ke tetapi jelas Islam dan Melayu masih sinonim dan perlu kepada pembaikan yang berterusan. Dengan terus berbalah apakah hasrat ini akan tercapai?
Setakat ini pemimpin negara silih berganti dengan program transformasi kepimpinan yang begitu tersusun. Apakah kita mahu sistem pemindahan kuasa ini berlaku seperti mana yang berlaku di negara-negara yang kita maklum sekarang? Bolehkan kita memberikan takrifan yang lebih pragmatik terhadap istilah 'kebangkitan rakyat'?

1 comment:

tempeyekmelaka said...

Jangan khilafiah sudah, Allah Akbar!!!