Monday, August 10, 2009

UMNO Harapan Terakhir Umat Islam?

Apakah petunjuk yang diberikan Allah kepada Pok Nik untuk mengkaji semula perjanjian batil dengan pakatan setan. Semua telah dipertontonkan tetapi beliau masih memandang sebelah mata dan tidak mahu memberikan komen yang diharapkan dari seorang yang diberikan jawatan Mursyidul Am.
Allah telah menyenangkan kerja beliau dan beliau hanya perlu membuat keputusan samada mahu terus di dalam pakatan ini berdasarkan petanda-petanda yang bayyin.
Sahlah sudah DAP memang menentang Islam dan suara-suara yang dijulang untuk kepentingan Islam terus diketis begitu sahaja malah penghinaan demi penghinaan dilontarkan yang melihatkan betapa lemahnya umat Islam di Tanah Melayu Jawi ini.
Jika soal arak sahaja boleh diabaikan begitu sahaja, apa lagi dengan hasrat besar PAS untuk menegakkan hukum hudud.
Samada PAS tidak dihiraukan atau memang PAS ini rela sekali tidak dihiraukan demi membela perut dan jawatan masing-masing. Tetapi kesan yang terbesar bagi rakyat negara ini adalah umat Islam bukanlah umat yang boleh mendominasi negara ini di kala parti yang konon membela Islam sudah menjadi sebuah parti picisan.
Musnah sudah harapan sejumlah besar umat Islam yang telah memberikan sokongan kepada parti ini untuk melihat Islam benar-benar terbela. Cuma kita ingin melihat apakah umat Islam masih mahu meletakkan harapan untuk menegakkan Islam menerusi UMNO.

1 comment:

x said...

hahaha
lawak betui la entry. baca tajuk pun dh nak gelak..

harapan terakhir sbb harapan terawal yg lain kan..haha

erm boleh jd harapan terakhir, tp ubah cara tu. tak pyah duk suap pengundi. klu nak bwk islam bwk la betui2.
k lah bg coment kt sini takdak gn. tertekan kt adress blog ni td. terbaca tajuk entry ni..lucu rasa. sbb tu bg coment sikit.

k lah sory yer tuan blog..hahaha