Thursday, October 16, 2014

BADUT-BADUT PAS PKR YANG BAKAL HANCURKAN ISLAM DI MALAYSIA

Baru kini Kerajaan Indonesia menyebelahi golongan agama yang meminta Mahkamah Persekutuan tidak tunduk pada cabaran dalam petisyen untuk menggugurkan Undang-undang Perkahwinan 1974 yang mahukan pengiktirafan perkahwinan antara agama.
Perkahwinan antara agama sudah menjadi perkara yang lumrah di negara yang lebih 90 peratus rakyatnya beragama Islam itu.
Kes yang paling sukar dilupai adalah melibatkan artis Lydia Kandou dan Jamal Mirdad. Jamal Mirdad Islam manakala Lydia Kristian.
Walaupun tidak mendapat pengiktirafan selama ini, namun kini ia telah dicabar oleh sekumpulan penuntut-penuntut undang-undang Universiti Indonesia supaya perkahwinan antara agama dibenarkan agar ia memudahkan urusan perkahwinan dan perceraian.

Kita kena akui bahawa Malaysia mempunyai sistem pengurusan yang terbaik dari segala aspek dari aspek ekonomi (pengurusan harta), sosial dan juga kekeluargaan. Badan-badan agama di negara ini telah berjaya menggaris dan melaksanakan undang-undang yang memelihara aqidah umat Islam dan memenuhi hak-hak waris yang terlibat dalam apa jua kemaslahatan umat.
Malaysia tidak seperti Indonesia yang punya ramai penganut agama Islam, malah melebihi seluruh penduduk Malaysia tetapi hak beragama mereka agak longgar dan kelihatan seperti tidak terpelihara mungkin atas faktor-faktor kelalaian mengambil mudah.
Dalam sebuah negara yang punya ramai penganut agama Islam, undang-undang Islam boleh dicabar oleh segelintir rakyat yang mungkin berlainan agama yang mahu melihat Islam itu dicemar kesuciannya. Proses ini telah berlalu berdekad-dekad lamanya dan seorang orientalis terkenal Shnuck Groenger telah berjaya mencetuskan kekeliruan dan huru-hara di kalangan penganut Islam di seluruh rantau Indonesia.
Proses ini masih berjalan dan usaha yang dilakukan untuk mengiktiraf kahwin antara agama ini adalah salah satu dari proses untuk memusnahkan Islam di negara yang punya penduduk Islam teramai di dunia.
Mungkin inilah sebabnya Malaysia juga telah menjadi sasaran mereka yang mahu mencabar keuntuhan perundangan Islam yang terbaik di kalangan negara-negara OIC.
Kemusnahan Islam mengikut sejarah sering dilakukan dari dalam dan tidak hairan banyak pertubuhan-pertubuhan berhaluan kiri di Malaysia bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mencetuskan perpecahan dan huru-hara antara umat Islam. Akhir-akhir ini mereka hampir berjaya untuk memusnahkan ketumbukan politik orang Melayu Islam apabila BN, dalam dua pilihanraya umum tidak berjaya meraih sokongan padu, walaupun dari umat Islam sendiri.

Umat Islam di negara ini telah dikelirukan dalam pelbagai sudut, politik, ekonomi dan agama sendiri bila PAS dengan terang-terang menolak perpaduan dengan UMNO yang sama-sama Islam dan menjalin hubungan yang kuat dengan parti DAP yang jelas mahu menghancurkan Islam!
Nasib baik kita punya perlembangaan yang utuh yang perlu di pelihara dan helaian-helaian keramat inilah yang mahu dimusnahkan agar memudahkan kerja mereka untuk menghancurkan terus umat Islam di negara ini.
Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat telah dimansuhkan dan kini Akta Hasutan pula hendak dimusnahkan, padahal inilah undang-undang yang telah memelihara keharmonian negara selama ini. Parti-parti yang majoritinya dianggotai oleh orang Melayu, PAS dan PKR bakal menjadi agen pada kemusnahan Islam di Malaysia jika mereka terus meletakkan diri mereka di papan pemotong DAP.
Kepada pendokong politik dari pembangkang, jadilah pembangkang yang baik dan ikhlas dalam menegur dan saya berdoa agar petualang-petualang agama dapat dihapuskan dari muka bumi ini dan mengekalkan Malaysia dipimpin oleh orang Islam sehingga kiamat.