Pepatah Melayu cakap pelanduk yang tersepit. Tetapi dalam dongeng Melayu pelanduk adalah seekor binatang dari spesis yang cerdik dan sentiasa mempunyai akal yang panjang. Kenapa pula dalam bidalan Melayu pelanduk yang tersepit?
Kini di tanah Melayu ini seolah-olah bakal ada satu gegaran yang amat kuat yang lebih kuat dari gempa tsunami 2004 di Acheh, malah lebih kuat dari tsunami politik 2008.
Gegaran pada kali ini bakal disebabkan oleh 3 ekor gajah yang besar yang mana ada diantaranya fikir dia lebih besar.
Pertembungan 2 parti yang mewakili 3 kumpulan Melayu Islam kini semakin memuncak menjelang pilihanraya di mana rakyat telah diberikan peluang oleh semua bentuk media, media perdana dan media alternatif untuk menilai dan memberikan keputusan yang terbaik melalui pilihanraya.
Maka di sini ingin diperkatakan tidak semua maklumat mempunyai kesahihannya dan tidak semua maklumat dapat diterima baik. Tidak terdapat seorang pun di negara ini sekarang yang mempunyai kata putus dan memberikan impak terhadap keputusan pilihanraya akan datang ini. Yang boleh berikan keputusan adalah bersifat bukan makhluk. DUIT! Ekonomi memainkan peranan yang amat penting kerana ekonomilah yang menjadi sentimen terkuat dalam mempengaruhi manusia. Minta maaf jika dikatakan keterlaluan kerana agama bukan lagi menjadi ikutan yang kukuh oleh kebanyakan rakyat Malaysia, waemah yang beragama Islam sekali pun.
Walaupun banyak isu perkauman dan agama dimainkan namun duit tetap memberikan impak terakhir. Mungkin kita bercakap soal dasar parti, soal prinsip pemimpin, namun itu hanya cakap kosong kerana akhirnya rakyat akan melihat pada kepentingan wang dan ekonomi mereka.
Di sinilah setiap pihak yang bertanding sedang mula mengumpulkan dan menstrategikan perbelanjaan mereka untuk PRU13.
Siapa yang berperanan sebagai pemegang kunci peti duit ini dan dari mana sumbernya? Kerajaan? Korporat? Peniaga? Wang kongsi gelap? Wang panas? Wang dadah? CIA?
Inilah persoalannya. Namun sebagai orang Islam yang berbangsa Melayu tentulah kita gusar apabila ada golongan yang senang-senang menggadaikan tanahair ini dengan wang dan mempertaruhkan nasib anak bangsa kepada golongan tertentu.
Bila 3 kumpulan terbesar umat Islam kini sedang bertelagah kerana kuasa maka hasilnya tidak lain hanyalah orang Islam juga yang menerima padahnya. Hari ini mungkin kita tahu yang menyaksikan kita adalah orang Cina dan India yang menyemarakkan api pertelingkahan ini, esok mereka menjadi 'Sultan'.
Bukan pelanduk sahaja yang binasa malah gajah Melayu yang besar perkasa semuanya akan tunduk kepada Babi yang memerintah.