Monday, December 5, 2011

Air Liur Basi Orang Politik


Tidak ada seorang perwakilan UMNO tidak menyentuh soal perilaku parti pembangkang. Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli Majlis Tertinggi serta perwakilan bahagian semuanya menyinggung dan menghentam pembangkang. Malah pembangkang sudah jadi macam sup tulang dibuatnya. Dimakan dagingnya, disedut pula som-somnya sehingga menjadi tulang kering.
Apakah kesannya apabila persidangan kali ini sama seperti persidangan-persidangan sebelum ini menjelang PRU13? Pembangkang telah menjadi bahan hentaman UMNO/BN sejak kalah teruk dalam PRU12 lalu.
Umum pun sudah tahu hakikatnya bahawa pemerintahan pembangkang di semua negeri bukanlah sebuah pentadbiran yang baik malah lebih buruk dari itu. Jangan disentuh lagi tentang tatacara pemilihan parti, visi parti dan manifesto bersama. Jelas mereka tidur nyenyak di satu bantal yang sama, keluar air lir basi yang sama tetapi mimpi, impi dan angan-angannya lain-lain.
Pemimpin umumnya Anwar telah ditelanjangkan sehingga dia 'buat kerja' tetapi dia masih berketik dan berbisa. Tuduhan liwat masih berkuatkuasa, kenyataannya yang terus mencetuskan kontroversi agama dan bangsa, khianatnya terhadap rakyat Malaysia dan negara dan banyak lagi; tetapi rakyat terus menerima pembangkang dan mempercayai mereka boleh mengantikan BN untuk menduduki Putrajaya.
Dengan penerimaan rakyat terhadap pembangkang itu apakah UMNO masih lagi mahu kekal di dalam 'denial syndrome' lagi? Kenapa fokusnya masih kepada pembangkang? Kenapa masih lagi tidak mahu mengakui satu persatu kesilapan mereka.
Masih banyak lagi penyokong setia kerajaan tetapi di mana usaha mereka untuk meyakinkan kumpulan ini agar setiap kesilapan UMNO dan gelagat pemimpinnya dapat dikekang.
Semua merak mahukan jawapan dan bukannya hentaman politik terhadap pembangkang yang mereka semua telah tahu dan maklum.
Mereka mahu tahu kenapa Sharizat masih lantang menyatakan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan NFC sedangkan darah dagingnya pun aktif di dalam syarikat itu. Mengapa beliau atau suaminya tidak mahu menjawab dengan jelas apakah tidak ada calon lain yang layak untuk menduduki ketiga-tiga jawatan itu. Memang tidak terdapat penyelewengan tetapi bagaimanakah akar umbi UMNO mahu menjawab persoalan moral dari segi urus tadbir NFC itu yang mendapat pinjaman mudah dan geran berjuta-juta duit pembayar cukai itu?
Rakyat mahu tahu apakah UMNO benar-benar serius dalam melaksanakan Hudud dan apakah program jangka panjang dan jangka pendek untuk mencapai hasrat itu?
Rakyat mahu tahu apakah UMNO mampu mempertahankan perlembangaan dan agama Islam sebagai agama persekutuan? Apakah program mereka untuk mempertahankan satu-satunya benteng yang melindungi nasib orang Melayu di Malaysia
Rakyat mahu tahu bagaimana seriusnya kerajaan UMNO mahu menyelesaikan masalah sosial remaja dan retua Melayu kini.
Rakyat mahu tahu apakah strategi UMNO untuk membendung gejala murtad di kalangan umat Melayu Islam kini.
Rakyat mahu tahu jika UMNO mahukan Islam mengapa para pemimpin wanita dan isteri pemimpin lelaki masih ghairah mendedahkan aurad masing-masing dan mempamirkan ke'vogue'kan mereka di khalayak.
Akhir sekali rakyat mahu tahu bagaimana UMNO mahu mencantas para pemimpin atas dan bawah yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan.
Ramai yang masih sayangkan UMNO tetapi benci yang teramat dengan sebilangan besar pemimpin-pemimpinnya yang tidak sedarkan diri.
Ramai juga sudah naik malas untuk mengikuti pidato-pidato pemimpin dan perwakilan kerana ianya hanya seumpama radio berkarat yang mengulangi perkara-perkara yang basi dan berbasi.