Para pemimpin BN kini telah dibawa masuk ke kancah perang psikologi oleh pembangkang yang mana gelanggang dan syarat telah ditentukan oleh mereka sendiri.
Kerajaan PR telah berjaya mencipta isu demi isu untuk meraih momentum dan populariti yang mana semua isu-isu ciptaan ini telah diserang balas oleh kerajaan BN yang tentu menganggapnya telah berjaya meraih sokongan dipihaknya.
Hakikatnya semua maklum impaknya terlampau kecil atau hampir tiada kesan langsung.
BN telah kalah di tujuh PRK yang mana kalau BN sudah mula meraih sokongan sudah tentulah parti ini akan berjaya menawan beberapa kerusi kerana telah menjadi lumrah dalam PRK-PRK sebelum ini BN telah menunjukkan prestasi yang lebih baik kerana semua jentera parti dan kerajaan bertumpu dikawasan-kawasan terbabit.
Hakikat ini telah digunakan oleh pembangkang untuk melunturkan semangat jentera BN. Mahfoz Omar telah mula dengan melontarkan idea 7-0. Tujuh dimenangi oleh pembangkang dan tiada kerusi yang berjaya dirampas oleh BN. Hakikat kemenangan BN di Batang Ai telah diperkecil-kecilkan oleh Hadi Awang dengan isu cawat.
Ketulah BN bermula 18 bulan lalu apabila kalah teruk dalam pilihanraya, tetapi selepas semua keputusan diumumkan, Hadi telah menyedarkan UMNO bahawa parti Melayu itu masih kukuh dan tidak kehilangan banyak kerusi seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain dalam BN.
Para pemimpin dan pakar strategi BN telah terperangkap dengan mainan ini. Di Permatang Pasir BN jentera BN juga telah dilalaikan dengan isu kelemahan calon yang membuatkan mereka terpaksa dalam mode pertahanan sedangkan mereka sudah jauh melangkah ke hadapan lebih-lebih lagi ianya merupakan kawasan BABI (Brader Anwar Bin Ibrahim).
Kegagalan pemimpin BN juga terserlah apabila PR berjaya melunturkan kredibiliti agensi-agensi kerajaan yang penting seperti Polis, SPRM, SPR, institusi kehakiman dan institusi raja sekalipun. Malah kewibawaan dewan sekalipun telah berjaya dicabar dan dipermain-mainkan.
Sebenar BN mempunyai banyak alasan untuk merempuh ketumbukan pembangkang tetapi oleh kerana tiada kesatuan dan persefahaman dalam melancarkan serangan maka impak serangan itu tidak menunjukkan kesan.
Tindakan samseng DAP di Dewan Undangan Negeri Perak, isu lilin Teoh Beng Hock, isu orang UMNO tak masuk syurga,isu negara Islam, isu Nga baca Quran, Kampung Buah Pala, Gobalakrishnan yang menampar polis, perarakan menentang ISA, PPSMI, pendirian Hudud dan Negara Islam oleh DAP, isu arak dan kuil di Selangor, penglibatan Exco Selangor dalam kongsi gelap, tulisan jawi yang dibawa oleh Teresa Kok, tanah 999 tahun dan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan.
Tetapi ada pihak dalam BN hanya membiarkan ia begitu sahaja kerana ia melibatkan kepentingan sesuatu kaum. MCA akan berdiam diri kerana tanah pajakan 999 tahun yang diluluskan oleh Nizar adalah hak orang Cina. MIC tidak akan bersuara mengenai isu kuil kerana is kepentingan orang Hindu.
Tetapi bagi orang Melayu semangat berparti tetapi diberikan keutamaan walaupun ia mempunyai harga yang tinggi yang melibatkan soal-soal terpenting seperti aqidah. Bila ada pertembungan ini maka mereka akan menuding sesuatu puak itu dengan mendedahkan perbuatan yang lebih teruk dalam agama. Kepentingan agama dalam hal ditolak tepi walaupun oleh sebuah parti yang mengaku mempertahankan Islam.
Pendeknya Islam itu hanya dipandang apabila ada kepentingan tertentu dan umumnya, rasionalisma kemanusiaan, realiti, hakikat dan kebenaran semuanya boleh dinafikan oleh sesiapa yang mempunyai kebijaksanaan untuk memanipulasi keadaan.
Apakah para strategis BN sudah termasuk dalam perangkap ini ataupun sudah kepupusan sentuhan?