Sunday, August 31, 2014

Isyarat Anwar Mahu Hapus Raja Melayu?

Sultan Selangor menitahkan setiap parti komponen Pakatan Haram 
mengemukakan sekurang-kurangnya 2 nama untuk jawatan MB
Adakah kedegilan Anwar untuk mengemukakan hanya nama isterinya untuk jawatan Menteri Besar sesungguhnya adalah satu isyarat jelas bahawa beliau memang berhasrat untuk memberitahu rakan-rakan bukan Melayunya khususnya DAP dan pengundi  bukan Melayu bahawa dia mahu menghapuskan sistem beraja?

Baginda Sultan Tuanku Sharafuddin telah menitahkan bahawa semua parti di bawah Pakatan Haram mengemukakan sekurang-kurangnya 2 nama untuk jawatan Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim tetapi KETUM PKR itu tegar mahu isterinya dilantik menjadi Menteri Besar hanya dengan harapan agar Tuanku Sultan Selangor menggunakan budi bicaranya kerana undang-undang tubuh negeri Selangor tidak memihak kepada hasratnya itu.

Beliau berharap jika kuasa raja berjaya dihapuskan bahawa hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri atau Presiden Malaysia akan menjadi lebih cerah. Untuk mempercepatkan proses itu, beliau sedang menggunakan kuasa sentimen kebencian rata-rata kaum Cina khususnya terhadap raja Melayu.

Adakah kedegilan Anwar mahu isterinya menjadi Menteri Besar 
Selangor satu isyarat beliau mahu hapuskan institusi Raja di Malaysia ini?

Pada sesetengah golongan ini mereka telah menyaksikan bagaimana kuasa raja-raja Melayu telah menyelamatkan kuasa politik Melayu hancur khususnya di Selangor dan Perak. Kuasa raja-raja Melayu juga telah berperanan sebagai kuasa pengimbang perbalahan politik antara parti Melayu sendiri seperti apa yang berlaku di Terengganu dulu.
Samada beliau berjaya atau tidak percubaan ini adalah sebagai permulaan untuk dia mencabar kuasa Raja Melayu sehingga kuasa itu hilang dan impiannya untuk melihat Malaysia yang dikuasai secara mutlak oleh penguasa politik.
Jika sekiranya Sultan Selangor itu menggunakan budi bicaranya dan menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar pertama wanita, ia adalah satu kejayaan besar Anwar ke arah memansuhkan sistem monarki di negara ini, satu situasi menang-menang di antara Dinasti Anwar dan DAP.

Saturday, August 30, 2014

PAS Makin Keliru dan Mengelirukan

Kemelut PAS dan PKR dilanjutkan lagi dengan perebutan kerusi Dun Pengkalan Kubur yang kosong akibat kematian ADUNnya Noor Zahid Omar.
Belum pun selesai isu MB Selangor yang kita sama-sama saksikan betapa kelirunya di pihak Pakatan Haram terutama PAS dalam keputusan mereka.
Kita tak pernah lihat mana-mana orang Islam lakukan perkara ini sebelum ini.

Jihad PAS hanya untuk menumbangkan BN dan UMNO 

Dahulu pegang bendera DAP ni macam pegang anjing

Dua anjing Anwar dalam PAS

Tak tahu beza antara darurat dan mudarat 

KETUM PKR berkeras hendak menjadikan isterinya MB manakala PAS pula, menurut keputusan Majlis Syuranya tidak mahu wanita memimpin Selangor, tetapi keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat pula tidak boleh membuat keputusan yang jelas; samada mereka mahu terima wanita sebagai MB atau mencadangkan beberapa nama untuk jawatan itu.
Dilemma terbaru ialah menjunjung titah Tuanku tiap-tiap parti dalam pakatan itu mencadangkan sekurang-kurangnya 2 nama. Mustafa Ali pula mengumumkan bahawa PAS tidak akan menuntut kerusi MB itu atas dasar persepakatan.
Kini kerusi DUN Pengkalan Kubur pula menjadi medan perang sebelum perang di kalangan Pakatan Haram, antara PAS dan PKR.
Begitulah apabila mereka bergabung dengan niat utama untuk membuat mungkar maka mungkar juga antara mereka.
Apakah dengan isu-isu yang melanda Pakatan Haram ini akan terus membutakan mata penyokong mereka? Di sinilah nepotisma paling ketara, di sinilah kita lihat maruah sebuah organisasi Islam terus ditenyeh dan dilenyek hingga keputusan Majlis Syuranya pun tidak diambil peduli. Kita lihat PAS sendiri makin keliru dan mengelirukan.
Jika pengundi Pengkalan Kubur boleh berfikir dan mengambil iktibar dari rentetan bagaimana PAS sedang digilis oleh penyangak-penyangak Anwarinas di peringkat pusat sekarang sudah tentu BN akan menang lebih besar dalam PRK DUN itu.
Jadikanlah Pengkalan Kubur tempat berkuburnya Pakatan Haram ini.

Thursday, August 28, 2014

Ketua Pengarang BH Harus Lebih Peka

PKR berbohong bukan satu news lagi kerana ia berlaku setiap kali pemimpin mereka buka tu dia mulut. 

Berita Harian hari ini membawa berita muka depan "PKR BOHONG". Akhbar itu merujuk kepada kenyataan KETUM PKR, Anwar Ibrahim yang beberapa hari lalu mengatakan bahawa telah menjadi kebiasaan dan secara konvensyennya Pakatan Haram itu menghantar hanya 1 calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU 2013 dan PRU 2008.
Menurut Menteri Besar Khalid Ibrahim, pada tahun 2008 dan 2013, nama bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga telah dicalonkan. Permohonan itu menurut Khalid dibuat secara berasingan. 
Bagaimanapun pencalonan Hasan Ali telah dibantah sendiri oleh Hadi Awang atas semangat setiakawan dan dengan sokongan PAS dan DAP pencalonan Azmin telah ditolak oleh PKR.
Jelas sekali PKR bukan sahaja berbohong tetapi memang sentiasa berbohong dan akan terus berbohong.
Ketua Pengarang Berita Harian harus lebih peka dengan tajuk muka depannya kerana dengan tajuk sebegini, ia bukan lagi boleh dianggap sebagai berita kerana berbohong adalah amalan PKR. 

Sunday, August 24, 2014

Islam Kembali Subur di Bumi Eropah

Mungkinkah ini satu mimpi ngeri masyarakat barat? Islam telah berkembang begitu pesat tanpa pertumpahan darah atau peperangan.
Apakah ini juga bermakna bahawa nilai kehidupan palsu yang diagungkan oleh masyarakat Barat akan berakhir dan bakal membentuk satu tamadun baru dengan disuburkan oleh nilai aqidah yang haq?
Apakah ini juga bermakna masanya sudah tiba untuk Islam menakluk kembali Al Hambra, Cordoba, Sepanyol serta seluruh bumi Eropah, Amerika dan mencipta semula kecemerlangannya semula? ALLAH HU AKBAR!!!!

Saturday, August 23, 2014

MINUMAN RINGAN MAMPU LUNTUR KARAT?

Dulu kita dengar cerita pasal kemampuan luar biasa minuman ringan ini. Apa pendapat anda paparan video ini? Apa tindakan kita?
Bagi peminum tegar minuman ini pasti akan berkata bahawa video ini adalah palsu dan bahan cecair dalam botol itu adalah kimia peluntur karat.
Jadi, bagi siapa yang yakin dengan video ini, berhentilah meminum minuman yang dikategorikan sebagai minuman ringan ini.
Waemah apapun, jenama inilah yang telah menyebabkan penderitaan warga Palestin selama ini. Jadi samada secara fizikalnya ia bahaya ataupun tidak, terus boikot Coca-Cola!!!!

Ukuran Kejayaan Dalam Hidup


Pada usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pada usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pada usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pada usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pada usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pada usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pada usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pada usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pada usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pada usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pada usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pada usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu kemenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pada usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pada usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pada usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pada usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pada usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pada usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali...yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.

Thursday, August 21, 2014

Asal Bukan UMNO Kena Kencing Pun Tak Apa

Masih utuh sokongan terhadap KETUM akibat keberkesanan gagasan ABU, Asal Bukan UMNO. 

Ungkapan ABU atau Asal Bukan UMNO amat menyerap di sanubari penyokong PR sehingga apa jua yang dihidangkan oleh KETUM itu diterima tanpa apa-apa persoalan pun.
Anwar telah mengeksploitasi naluri dan kecenderungan manusia terhadap benda-benda buruk dengan menyebarkan kebencian secara teratur.
Walaupun jelas dan nyata penipuan demi penipuan, ia tetap meraih sokongan juak-juak pembangkang.
Penafian-penafian yang dibuat terhadap kes-kes karnal Ketua Pembangkang itu secara berseloroh juga telah diterima tanpa bangkangan.

Tuesday, August 19, 2014

Himpunan Ucapan Lucu DS Samy Vellu?

"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangatlah besar"
Datuk Seri Samy Vellu telah dengan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dalam sejarah MIC iaitu hampir 31 tahun. Malaysian Insider ada ceritanya, di sini. Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun.
Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan merindui Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang- kadang terlalu banyak warna”.
Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"kita mahu meningkatkan sistem pos kalu bule hari ni pos, semalam sudah sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangatlah besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya  “saudara-saudari” )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

Disaat  Pas mnfkafirkan Umno....apa ini orng Pas...smua org kafir...saya pun dia kata kafir.....

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain."

Majlis Syura Jadi Majlis Salah

Dua trump card Anwar yang telah digunapakai oleh Anwar bila Khalid umum sokongan PAS terhadapnya. 

Seratus hadis yang serupa pun tak akan dipedulikan oleh PAS bila berdepan dengan PKR dan DAP 

Mungkin Kak Wan Kipas tak begini, tetapi dia hanya patuh pada (Mu)sang suami.

Begitu hina jadinya Majlis Syura PAS dibuat oleh Anwar Ibrahim. 'Salah' dalam bahasa Arab adalah bekas atau bakul sampah.
Ini kerana keputusan dan ketetapan Khalid kekal sebagai Menteri Besar telah tidak dipedulikan. Juga bantahan Majlis ini terhadap Wan Azizah jadi MB wanita pertama juga telah ditolak mentah-mentah. Siapa yang tolak? Jawatankuasa Pusat.
Apakah maknanya kewujudan Majlis Syura yang dikatakan sebagai badan tertinggi parti Islam itu jika semua syor dan cadangannya dibakulsampahkan?
Di mana pula letaknya maruah PAS jika majlis ini tidak lagi dihargai dan disegani?
Kini semua keputusan nampaknya dibuat diperingkat Jawatankuasa Pusat dan ini membuatkan PAS sama seperti parti-parti lain.
Dengan senario terbaru ini maka PAS sudah hilang hak untuk bercakap pasal Islam kerana jika ia masih berkokok mengenai Islam pasti sudah ekornya sedia digelumangkan dengan tahi oleh golongan Anwarinas didalamnya. Janganlah buat jeritan 'takbir' sebagai identitinya kerana pasti akan ditertawa serta diejek dengan jeritan 'takebeer'.
Dr Ridhuan Tee pula telah menelah kerajaan Selangor ini bakal menjadi 'Darul Babi' tanpa berselindung lagi.
Takziah PAS!!!!

Thursday, August 7, 2014

Anak Kecil Pandan Cicir Sekolah; Mana Piji, Mana Skandar?

Akibat terlalu berpolitik anak Melayu yang tercicir pun tak dipedulikan oleh wakil-wakil rakyat PAS dan PKR di sini. Sibuk nak ganti MB, sibuk dengan kemelut parti, anak ini yang hanya dipanggil Dewi tidak dipedulikan.
Dewi, salah seorang dari anak-anak ini berusaha 8 tahun dan tak pernah kenal sekolah. Hai YB-YB nak tunggu 8 tahun lagi ke?

Difahamkan bahawa adik-beradiknya yang lain walaupun ada yang sudah bekerja, juga tidak bersekolah.

Apa tu Piji? Nak tolak Kalit tolak sekali hak anak-anak Selangor ni dari mendapat pendidikan.

Akibat terlalu sibuk berpolitik, wakil-wakil rakyat ni gagal laksana keperluan asas rakyat. 

Hai lah pemimpin PR, adakah kamu betul2 pembela rakyat dan pembela bangsa serta agama? BULLSHIT!

Nasib Rakyat Selangor dan Ghazzah Sama?

Braveiron faham kenapa seluruh dunia tidak mampu berbuat apa-apa tentang isu Palestine dan kemusnahannya akibat sifat kebinatangan golongan Zionis. Ini kerana golongan itu sudah menguasai negara terkuat dan punya pengaruh terbesar dalam dunia dalam semua bidang, Amerika Syarikat. Seolah-olah umat manusia kini tidak boleh hidup tanpa Amerika. Itu satu bab.


Tapi apa yang lebih menghairankan ialah di Tanah Melayu ini, penyokong kuat Zionis pun punya pengaruh yang sama? Seolah-olah individu ini, yang tidak punya kuasa yang termaktub, boleh merobah kepimpinan sebuah negeri!


Sudahlah itu, yang bakal penggantinya itu ialah rakan sekatilnya pula (yang didaftarkan halal). Nepotisma? Peduli apa dengan nepotisma? ia hanya terpakai dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Dalam Pakatan Rakyat semuanya halal.


Nak sedapkan cerita lagi, mereka semua bukan orang Selangor dan KWK (Kak Wan Kipas) pula tidak dilahirkan di Selangor, malah tidak pula lahir di Tanah Melayu! Dia lahir di bumi Yahudi Timur.

Sifir kepimpinan Selangor ini dah memang tahap mengarut dah. Tapi yang menghairankan bukan sahaja orang PKR boleh terima malah orang Selangor pun hanya mampu bersuara dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Masalah mental? Atau rakyat Selangor kini setaraf dengan umat Gaza yang menanti untuk dijamah oleh penyokong kuat Zionis ini.



Begitu juga parti Islam PAS yang tenggelam punca, sehingga sepotong hadis yang melarang wanita menjadi imam pun tak dapat dikeluarkan. Hai PAS, kamu ni kata parti Islam. Mungkin cuma pada nama tapi pada hakikat kamu ni bertaraf anjing penyokong Zionis pada hakikatnya.