Tuesday, May 8, 2012

Bubar Sahaja Jabatan Mufti Kelantan

Amat sukar bila kuasa politik berada di tangan ulama yang kemudiannya menggunakan kuasa dengan peranannya sebagai ulama. Apakah kuasa ulama seperti Nik Aziz yang juga Menteri Besar boleh mengeluarkan sesuatu hukum yang mana ianya di bawah bidang kuasa Mufti? Apakah wajar jawatan Mufti di negeri Kelantan dibubarkan? Nik Aziz telah mengeluarkan hukum wajib untuk umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3 dan ramai telah menurut fatwa orang tua ini dan keluar bersama keluarga dan anak-anak kecil dengan harapan mendapat imbalan daripada Allah atas nama jihad menentang rasuah dan penyelewengan kuasa oleh BN. Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan hukum terhadap perkara yang tidak jelas pula telah mengeluarkan hukum haram menyertai Bersih 3 dengan alasan ianya memudaratkan. Mufti Kelantan mungkin telah terperangkap dalam isu ini tetapi beliau amat tegas bila ditemuramah dan dengan jelas beliau juga meletakkan hukum yang sama terdapat perhimpunan itu sebagai seorang Mufti dan bukannya sebagai salah seorang ahli tetap Majlis Fatwa Kebangsaan. Bagi rakyat Kelantan dan juga umat Islam seluruhnya apakah ini akan menimbulkan satu dilemma yang besar diantara hukum yang diletakkan oleh penguasa dan hukum yang berbeza yang diletakkan sebagai penguasa agama? Nik Aziz sebagai Menteri Besar harus bertindak untuk membubarkan jawatan Mufti Kelantan sejak beliau mengambil tampuk kuasa jawatan eksekutif nombor 1 Kelantan itu jika ia benar-benar mahu mempelopori gagasan kepimpinan ulama di negeri itu. Apa guna kerajaan menghabiskan wang untuk membayar gaji dan elaun Mufti jika ia sebenarnya sudah tidak berfungsi dan semua persoalan berkaitan agama di selesaikan oleh pejabat Menteri Besar? Bubarkan Jabatan Mufti Kelantan terus dan Nik Aziz boleh menjadi penguasa agama yang tertinggi di Kelantan di bawah Sultan. Mungkin juga seperti tahap Nabi saw dan para sahabat ra. Lupakan konsep ulama' dan umara' yang telah ditetapkan oleh ulama salafi seperti Imam Mawardi dan lain-lain tokoh siyasah Islamiah. Apapun PAS tetap dengan perjuangan mereka untuk menjadi rakan pemerintah dengan DAP dan PKR selepas PRU13 nanti dan sudah pasti selepas itu kita akan saksikan apakah PAS boleh lakukan untuk memperbaiki nasib umat Islam. Selama ini kita tidak nampak taring PAS yang kononnya mempunyai penyokong yang ramai yang mudah dipatahkan oleh PKR bila Menteri Besar Selangor tidak memberikan jawatan Exco Agama dan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak memberikan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam PP kepada ADUN PAS negeri itu. PAS juga gagal dalam segala hal dalam membendung aqidah umat Islam dalam isu gereja DUMC dan isu arak yang diketepikan dengan mudah sekali oleh samseng Ronnie Liu.

Friday, May 4, 2012

Tetamu Biga (Disesuaikan dari Tetamu Senja-ASS)

Kita datang ini hanya sebagai tetamu biga. Bila tiba detik nanti rempuhlah penghalang dataran merdeka. Kita datang ini kosong otak kosong minda. Bila pulang nanti baju basah pedih mata. Pada tetamu yang garang merusuhlah dengan berang. Bawalah sampah sarap dan cemar lorong jalan. Pada tetamu yang curang dan sodok ikut belakang. Derhaka kepada Tuhan dan tidak kepada Syaitan. Bila kita lihat manusia sudah padat. Atau penguasa terkujat-kujat. Segera kita panjat. Atas peronda melompat-lompat. Segera kita angkat, hingga rodanya tertongkat. Bila kita lihat manusia di timur barat. Hingga mesti larat ke pintu lokap ke kandang rakyat. Harus kita lekas menonjolkan semua keparat. Kita datang ini hati dengki hati hasad. Bila pulang nanti bawalah daki padat pekat.