Thursday, April 26, 2012

WAJIB SERTA BERSIH: Nik Aziz Jauh Tersasar

Apakah Nik Aziz mengeluarkan pendapat mengatakan wajib menyertai perhimpunan haram Bersih 3 atas premis yang betul? Apakah hukum itu bersifat beliau sebagai ulamak ataupun sebagai orang politik? Perhimpunan Bersih adalah satu gerakan haram dari segi undang-undang negara dan telah terbukti mencetuskan huru hara dan menjejaskan masyarakat umum yang datang dari segelintir masyarakat yang belum terbukti mendapat penerimaan seluruh warga negara. Nik Aziz sebagai seorang ulamak politik hanya mampu untuk mengatakan wajib untuk sertai perhimpunan itu kerana hanya sekadar dakwaan yang samar mengenai pengundi hantu yang dakwanya 'mengundi' kerajaan yang ada sekarang ini dan beliau juga menghukumkan haram bagi mana-mana wakil rakyat yang menang memakan wang elaun. Perkara pengundi hantu yang didakwa ini masih lagi di bawah pemerhatian SPRM dan dari apa yang mereka dapati, senarai pengundi hantu itu sebahagian besarnya adalah dari rekod-rekod mengundi yang tidak dikemaskinikan akibat waris-waris si mati gagal melaporkan status kewujudan mereka dan juga mereka yang tidak menukar alamatnya. Banyak lagi sebab-sebab yang melibatkan isu yang didakwa pengundi hantu ini. Apa yang jelas dakwaan pengundi hantu itu bukanlah betul dan sahih 100%. Adakah Nik Aziz sedar bahawa ada kemungkinan wakil rakyat PAS, PKR dan DAP juga menang hasil dari undi 'hantu'? Apakah yang kurang daripada arahan wajib menyertai perhimpunan itu? Yang kurang ialah beliau terus gagal untuk memberitahu bahawa jika masalah pengundi hantu itu selesai apakah sistem pengundian yang ada sekarang ini bertepatan dengan syariah? Mengapakah sebagai seorang ulamak besar gagal memberikan penerangan yang ringkas mengenai tatacara pengundian yang selaras dengan syariah dan bukan hanya setakat isu pengundi hantu? Nyata beliau hanya bermain-main dengan hukum atas nama politik dan meletakkan Islam pada tahap yang paling rendah sekali kerana menyertai gagasan yang telah dimulakan oleh musuh nyata Islam, Ambiga. Kafir laknatullah inilah yang membersoalkan sistem perundangan Islam apabila membela Lina Joy dan mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan ditambah lagi dengan pejuang tegas gerakan LGBT! Tak mampukah PAS sebagai sebuah parti politik yang telah wujud sejak sebelum merdeka mengadakan gagasan lain untuk memperjuangkan isu yang serupa? Lupakah Nik Aziz ketika Rasulullah dan para sahabat duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyeru umat bersolat jemaah di masjid seperti mana orang Nasrani dan majusi memanggil penganutnya? Cara memanggil orang Islam solat telah diputuskan dengan kaedah azan, tetapi jelas tidak sama dengan cara orang kafir memanggil umatnya bersembahyang. Misinya sama tetapi kaedahnya berbeza. Apa salahnya jika pun apa yang diperjuangkan oleh Ambiga dan PR sama, PAS menjadi tunggaknya dan puak kafirun menyertainya sama mengikut rentak sunnah? Di mana kedudukan Islam yang dibawa Nik Aziz sekarang? Sama-sama kita tunggu penjelasan Nik Aziz tentang tatacara pilihanraya mengikut Islam, kalau beliau gagal, ternyata beliau telah dipukul gelombang kesesatan yang amat jauh.

Monday, April 23, 2012

Melayu: Di Persimpangan atau Menyimpang?





Tidak nampak akan kita bilakah masanya umat Melayu Islam akan bergabung dan bersatu di bawah satu panji suci yang berteraskan agama Islam. Sosio budaya Melayu kini lebih jauh menjurang dan kalau mahu diumpamakan berkerat rotan berpatah arang, memang sudah hampir.
Agama yang menjadi anutan dan disanjung kini sudah menjadi alat untuk mencapai sesuatu, untuk menyerang dan menghina antara kelompok, bukan lagi untuk mencari keredhaan illahi dan cara hidup. Ya memang ramai yang bersolat, memang ramai yang puasa, zakat dan kerana terlalu teruja hendak pergi haji sanggup merasuah untuk potong giliran. Itulah wajah umat sekarang. Yang menunaikan umrah setiap tahun pun ada tetapi perangainya tetap bertentangan dengan shariah.
Yang paling ketara dan yang paling buruk sekali adalah menempah tempat untuk mendapatkan kuasa, di peringkat mana sekalipun.
Tuduhan-tuduhan liar, prosa-prosa kesat, herdik dan maki sudah menjadi biasa seolah-olah Melayu kini sudah berubah identitinya; dari sebuah bangsa yang kaya dengan sopan santun kepada sebuah bangsa yang tidak tahu budi dan bahasa. Fitnahnya meliak-liak, kalau dipelihat jijiknya, mata pasti terbeliak dan terbelalak. Mungkin peribahasa 'orang memberi kita merasa' kini boleh dinegatifkan maksudnya.
Kuasa Melayu adalah segala-galanya di bumi bertuah ini. Siapa yang berkuasa akan menentukan segala-galanya. Kuasa Melayu juga telah memastikan Islam bersyiar di bawah naungan Perlembagaan, bukan kerana Islam itu perlu dilindungi tetapi umat Islam itu masih bebas menganut dan mengaku Islam walaupun pegangannya tidak sekuat mana. Cuba bayangkan jika Perlembagaan tidak menjadi Islam sebagai agama persekutuan. Inilah sebenarnya impian kafirun untuk melenyapkan Islam dan menyempurnakan tugas mereka di bumi ini seperti yang telah ditentukan Allah.
Kuasa Melayu juga telah memastikan semua prasarana Islam direalisasikan, kuasa Melayu juga telah membolehkan umat Islam Malaysia mencapai impian keduniaan dan melangsaikan tugas fardhu ain dan kifayahnya. Kuasa Melayulah juga telah membolehkan kekayaan dan kemakmuran dirasai bersama. Kuasa Melayulah yang membolehkan umat Islam di Malaysia ini menjadi golongan bijak pandai dan tokoh akademik yang menempa nama di pelusuk dunia.
Tetapi, walau dengan pencapaian ini Melayu kini sudah hampir hilang ingatan, hilang pedoman dan hampir kesemua yang dinikmati selama ini seolah-olah tidak adil. Untuk menegakkan keadilan itu maka ada yang memikirkan untuk melupuskan sebahagian kenikmatan itu kepada bangsa asing dan pendatang.
Lebih menyedihkan kesucian tempat sujud pun dicemari dengan najis yang berkata-kata atas nama kebebasan beragama, amalan khurafat hendak dijadikan adat. Menegur, mengherdik perempuan Islam tak menutup aurad tetapi di masjid di surau mereka pula menjadi kunjungan anjing kafir yang keparat.
Banyak hujah, banyak tohmah diselit dan dibelit untuk meraih pengaruh dan sokongan. Segala pekong dan kurap terdedah dalam masyarakat Melayu yang selama ini dikongkong, dibendung dan dilindung. Tuduhan rasuah dan pecah amanah menjadi zikir saban hari, sedangkan yang salah dihukum setelah diadili. Segala nikmat dan hikmat di bumi bertuah ini dinafi dan dikufuri.
Kalau agama sendiri disangkal kesuciannya Raja dan Sultan apatah lagi? Institusi yang disanjung selama ini menjadi institusi yang dikerasi dan boleh diuguti. Raja seolah tiada makna lagi, kalau jadi republik amat elok sekali.
Hai Melayu, tidak cukup dengan kemunduran yang bertambah setiap hari, tidak cukup dengan masalah sosial yang disaksi, kuasa pula hampir dibahagi, agar dapat jadi Perdana Menteri.
Adakah Melayu kini di persimpangan atau sudah menyimpang?

Wednesday, April 4, 2012

PAS FOR ALL RAP


Hey y’all c’mon down and check this out,
It’s ‘bout dudes who blow their mind’s out,
Never ever tired to shut their mouth out,
During the day and till the lights out,
Telling the people to kick the government out......
PAS FOR ALL 2X
C’mon you Muslims and Non Muslims alike,
Say what you want and what you like,
Doesn’t really matter whether it’s wrong or right,
As long as the rakyat buys it outright......
PAS FOR ALL 2X YEAH Y’ALL STILL WITH ME?
Even with the satans we are friends,
What is there working with harbis, jews, homos and lesbians,
Behold men, we are the keepers of the heavens,
For UMNO, they are worse lot, man,
PAS FOR ALL, YEAH MAAAN....... PAS FOR ALL!!!
Offer forgiveness for the sins,
For defenders of Islam we have the signs,
We are privileged to curse and swear blind,
And God is with us man,
AND REMEMBER, PAS FOR ALL 2X
Suraus and masjids we dominate,
In ceramahs and khutbahs we eminate,
How evil the BN had propagate,
Damn them all, damn them all, and this is definite!!
PAS FOR ALL 2X, C’MON MUSLIMAHS, BRING THE POM POM GIRLS DOWN!!!
(Everybody) PAS FOR ALL 10X
And remember y’all to recite this in yer dzikr yeah, yeah, yeah